Monday, September 5, 2011

Kisah Mastan Ghani kecil...

.



Sebelum berangkat pulang ke ibu kota, memang tak sah kalau tak 'pekena' rojak Mastan Ghani yang femes amos  tu. Boleh capai tahap kempunan kalau tak makan bila dah balik T. Intan.


Oleh kerana aku syak bandar T. Intan mungkin sesak sebab hari itu hari Sabtu (biasanya, orang ramai berbelanja hari Sabtu), aku pun tukar pelan asal untuk makan rojak Abdullah Mastan Ghani yang terletak di belakang stesyen bas.


Sebaliknya, aku singgah saja di sebuah restoran cawangannya yang terletak tak jauh dari tebing Sungei Perak. Tapi sayang. Walau kuah kacangnya memang umpph..! dia tak benar-benar ikut petua cawangan lain agaknya. Timun dan Sengkuangnya lembik, tak 'krunchy'. Aku syak buah-buah tu diparut.


Mungkin dia cuba nak mudah dan cepat dengan menggunakan parut tetapi untuk 'super cuisine' macam itu mana boleh 'shortcut'. Rojak itu perlu disediakan mengikut tradisi. Timun dan Sengkuang itu perlu diracik, barulah 'krunchy'. Walaupun leceh dan lambat tetapi itulah caranya.


Nah, sekarang aku dah kempunan nak makan rojak Mastan Ghani. Sabtu hari itu aku makan tak puas... memang tak puas hati. Nak pesan sepiring tambah nanti ada yang jeling-jeling pulak. Aku ni penyegan orangnya...



imej: google. Aku lebih suka rojak mastan Ghani versi kedai di belakang stesyen bas T. Intan ini.

Boleh nampak tak cucur udang di balakang tu? Memang sedap dan yang penting memang ada udangnya. Bukan sekadar cucur saja. Kalau dah sampai T. Intan tapi tak cuba, memang merana...







.

7 comments:

tasekM said...

khamis hr tu.
aku pergi gak mengushar mastan ghani belakang bus stand tu.
tak bukak.

kat tepi sungai ada eh mastan ghani..?

lagi satu mee rebus yg sedap dekat bangunan skomk lama tu beb...
kedai pak apa ntah namanya.




.

cheqna said...

belum pernah sampai teluk intan =)

Nizam.Ariff said...

TM,
Yg kat tepi sungai tu adik dia kut. Kuah rojak dia ok gak... kurang sikit manisnya. Semua pun ok cuma aku rasa pekerja dia tu malas sikit, dia guna sagat, tak nak racik gna pisau. tak crunchy la jadinyer...

Aku suka mee rebus Pak Din yang terselit kat deret bangunan MARA tu ( D'Mara ?)...



cheqna,
kalau jejak kaki kat T.Intan, carilah Mastan Ghani. Sekali makan rojak dia, rojak mamak lain jadi tak bes.... hahaha

aza ni said...

munkin sekali aku dapat betul betul jejak ti ni bukan setakat seberang je...

Nizam.Ariff said...

Azani,
ko kena cuba... hahaha

Teacher Ereen said...

ushhh.. sampai tak roger2..
kalo tak leh teman tumpang sepinggan
wakkakakaka... poyo...
eh tepi sungai tu kat area kolej komuniti tu ker...

ee... esok nak serbu kedai rojak dollah tu lah.. mee rebus dia memang sedap antara kerabat dia...

hehehe

Nizam.Ariff said...

Ereen,
ye, yg ada kolej komuniti tu... dan ada rumah tumpangan tu.
Tempat ok, tak sesak dan besar, cumaaa.... tu la, dia malas nak racik guna pisau...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com