Thursday, October 27, 2011

Burung dalam sangkar aku...

.



Wahai kau burung dalam sangkar
sungguh nasibmu malang benar
tak seorang pun ambil tahu
duka dan lara dihatimu

Wahai kau burung dalam sangkar
dapatkah kau menahan siksa
dari kekejaman dunia
yang tak tau menimbang rasa

Batinmu nangis hati patah

riwayat tertulis penuh dengan
tetesan air mata

Sungguh ini satu ujian
tetapi hendaklah kau bersabar
jujurlah kepada Tuhan.


(sila youtube: bagai burung dalam sangkar - emilia contessa, jika nak dengar lagu ini)



Dulu masa kecil-kecil aku suka lagu-lagu begini. Pada masa itu, aku ingatkan lagu Bagai Burung Dalam Sangkar ini memang mengenai riwayat hidup seekor burung yang tak dapat terbang bebas, lalu hidupnya terseksa.


Namun, dewasa ini, apabila aku tilik-tilik balik, lagu itu bukan tentang seekor burung yang biasa-biasa. Ia tentang burung yang sungguh sesuatu. Mari aku tunjukkan. Semoga kelihatan kisah sebenar akan lirik itu.


Burung dalam sangkar yang dimaksudkan bukan burung sebenar, jauh sekali burung jantan yang merujuk kepada kejantanan seorang jantan. Sangkar yang dimaksudkan bukan pula sangkar yang sebenar, jauh sekali sangkar yang merujuk kepada sangkar kain denim biru yang berzip atau fly-button.


Jika merujuk kepada puisi-puisi golongan sufi dan penyair-penyair seperti Hamzah Fansuri dan lagu-lagu ciptaan Kalijaga dan seangkatan dengannya, Burung, Perahu, Memerang adalah metafora tentang kehidupan.


Apabila merujuk kepada burung dalam sangkar, ianya memang spesifik tentang Jiwa atau Hati. Aku pernah menulis satu puisi tentang tema burung yang hampir sama.


Mana dia sangkarnya? sangkarnya adalah tulang rusuk. Mana burungnya? Burungnya ialah jiwa yang ada dalamnya (bukan 'di dalamnya' tetapi 'dalamnya', ada perbezaan).


Ianya tentang jiwa dan penyeksaan yang jiwa bakal terima dari dunia.


Dan lagu ini adalah sesuatu bagi aku, kerana aku juga, entah mengapa, amat tersentuh jiwa aku sekarang ini...owh....!







.

11 comments:

tasekM said...

tersentuh jiwa tu bagus.
bermakna hati tu masih hidup...

macam aku nih...
hmmm...







heh.

.

Nizam.Ariff said...

TM,
Jiwa aku macam jiwa Ayu Jannah... lutsinar dan rapuh, mudah berderai. kalau sentuh takut berkecai...

sepa said...

kenapa tak di dalamnya, brader. kenapa mesti dalamnya... waduh! pening2!

camne nak bagi makan burung2 tuh...? kah kah kah...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
ada bezanya.. ko cari sendiri la.. kakaka...BM101.

Burung tu makan pelik sikit... dia tak makan padibesarnasional. dia makan embun. embun kerendahan diri.

ckLah @xiiinam said...

Burung itu metafora cuma. Kan!

Macam sajak Lelayang Merah (Nor Aini Mohamad) ini. Langsung tak cerita pasal lelayang sebenarnya. Lelayang itu cuma metafora. Cuba teka, apa yang dilambangkan melalui lelayang tu: (ckLah paksa kau baca sajak ni)

Angin petang melambai-lambai
bersama daun, bersama burung
riangria bersyair
riangria bersiul.


Atas padang rumput di pinggir sawah
seorang anak lelaki
melepas lelayang merah manari
mengikut gendang angin
mereka usik mengusik
di dewan udara
hingga terungkai benang pengikat dirinya.


Bersama angin yang 'asyik
lelayang merah terus terbang
jauh, jauh...... hingga
ke kaki senja yang berdarah


Esoknya
ia terdampar di pinggir sawah
dalam kelesuan
lelayang merah, wajahnya tiada indah.


Datang anak lelaki
bersama sebuah lelayang putih
padanya, ia tiada menoleh


Lelayang merah
di pinggir sawah menangis sendiri.

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Aku dah la jiwa parah ni, Cikgu sengaja nak aku nanges ek?

Akulah lelayang merah itu satu waktu dulu...lepas bebas dan terbabas... nilai waktu keriangan silam yang dilupakan... owh...

Lily Abdullah said...

Eh? Ingat akak sorang je parah jiwa.

Kak Lah,

Sunguh,sajak itu buat orang nangis pabila dibaca dan ditafsir berkali-kali,

ckLah @xiiinam said...

Aku dan Lily...
Penulis kata, lelayang merah itu adalah seorang gadis...yang terlalu lepas bebas. Seronok dengan keasyikan dunianya, hingga diri ternoda.


Akhirnya, budak lelaki itu tak mau main dengan dia lagi, kerana lelaki tetap memilih lelayang putih (gadis yang suci) sebagai isterinya.

Itu kata penyajaklah...

Takkan Aku....tak...tak..tak mungkin.

Bangun dik! Bangun!

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
musim terngkujuh memang selalu hujan kak.. hahaha




Cklah,
I pun bulih trnoda taw, auuuuww!!!

kakaka...

Lily Abdullah said...

Aik..mana komen saya yang lagi satu semalam.

Saya komen sajak ini, tentang habis manis sepah dibuang.

Balik2..pi mai pi mai..perempuan juga yang rugi.

Musim tengkujuh ni, kabel internet kak baru disambar petir. Jadi talian internet dah mcm iklan biskut tu

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
dah check spam.. tak ada...

mungkin komen tu tak sempat sampai dah offline.


keadilan hanya wujud di mata yang melihatnya kak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com