Sunday, October 30, 2011

Keindahan biasanya dibontoti oleh keganasan....

.


Langit petang itu indah. Sungguh indah dengan matahari memancar kuning di barat. Tetapi ganas tirai hitam ada membawa bencana dari timur.





Manakala di tengah-tengahnya, ada sang pelangi yang comel.


Secomel gadis sunti yang baru mengenal erti gincu bibir dan minyak wangi.
Gadis sunti yang masih rapuh tulangnya, masih lembut daging-dagingnya.
Masih hitam warna rambutnya, masih tiada cela pada betis kakinya.


Pelangi petang itu datang cuma sementara.
Tak sempat pun datang dengan membawa sekarung harta.
 
Secepat ia datang, begitulah juga ia cepat dirobek-robek oleh angin ganas dari timur.
Disentap rambut ikalnya, dibogelkan tubuhnya sejurus sebelum ia diperkosa oleh awan kumulus nimbus dikhalayak ramai, kemudian ditertawakannya.

Setelah itu, pelangi yang kini robek-robek kulitnya dilupai oleh semua yang pernah memujanya.

Dan dia berjalan bertatih-tatih kesakitan manakala darah merah berjejeran dari celah-celah kakinya sepanjang dia berjalan menuju ke sebuah surau usang yang ada berhampiran untuk meminta pertolongan dan simpati.

Sayangnya, surau itu terlalu usang untuk menolongnya.
Surau itu terlalu daif dan mudah roboh hatta hanya dengan bunyi dengung siar-suara yang keluar dari corong masjid batu yang anggun dengan segala ukiran emas dan tabung-tabung dermanya yang sentiasa penuh setiap kali jemaah berjumaat di situ.
Masjid batu yang berdiri gah di atas bukit sana.

Oleh kerana itu, gadis sunti itu  mati di kaki tangga surau usang itu.
Dan air hujan dari ribut kencang menyebarkan jejeran darahnya ke serata aspal hitam.
Lalu tersebar lagi hingga ke jalan-jalan yang menuju ke setiap pintu-pintu rumah yang tertutup.


Lumrah.





.

10 comments:

aza ni said...

semoga penjenayah terhukum

samada metafora atau realiti

Nizam.Ariff said...

Azani,
metafora yang kau maksudkan itu adalah rea;iti dlam sketsa ini.

Sama seperti pelangi petang itu yang adalah realiti kepada langit gelap dibelakangnya.

Kalau begitu, mana mimpi???


Tuan Sinister pun tercari-cari mimpinya.

Hanya Juliet yang tahu dimana mimpi itu berada.

Bagi marhain macam aku, anggaplah segalanya sama ada tidur atau jaga, kesemuanya adalah realiti.

sepa said...

brader, nih kisah muammar gaddafi, ke?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tak de la...
sengaja melepaskan geram kat kemelut kemanusian dalam konteks Malaysia jer..

sepa said...

sori la brader, guna main serkapjarang je tuh...! aku sensitif sikit kalau bab muammar gaddafi nih.! bila ko kata "rambut ikal", terus terbayang si muammar gaddafi. dak badwi nih brutal betul. boleh ke tahap bunuh pemimpin.!.

cheqna said...

hurm...

Lily Abdullah said...

Teringin snap gambar pelangi.tapi jrang jumpa. Lagi pulak aku takut petir.

Alahai!

Lily Abdullah said...

Ko cakap pasal banjir kat Thailand ek? hoihikhik

tasekM said...

kdg2 aku rasa indah dgn derita itu sama.



.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
si gadaffi ni pun bukan baik sangat pun aku tengok, peluang barat ambil atas pintu kelemahannya...




Cheqna,
mung sana dok hujang?


Waterlily,
Aku snap dari dalam kereta jer. kalau berdiri di luar, aku pun tak berani... kalau kena panah petir, boleh rentung macam kartun tom n jerry tau.. kakaka



TM,
kalaulah emas dan debu dirasakan sama, tiada apa lagi yang dapat memujuk pintu nafsunya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com