Saturday, November 10, 2012

Racun Tikus...

.

"So, how haaa?"

Aku cukup suka dengar cara dia cakap perkataan itu. Innocent and naive. Juga ada sedikit kerisauan dan kerapuhan. Dia seorang wanita berketurunan Cina, seorang pengurus projek dan seorang yang berjawatan. Tetapi dalam beberapa perkara dia akan meminta pandangan aku.

Dalam kes yang di atas itu, aku ceritakan keadaan aku dan meminta dia jangan terkejut dan juga meminta dia teruskan kerjanya walau pun selepas ini pemantauan aku terhadap projeknya hanyalah 50% sahaja. Kata aku lagi, 50% lagi aku gunakan untuk memikirkan tentang kesihatan diri aku.

Aku katakan kepadanya, hanya 50% fizikal aku yang tiada di situ tetapi kepala aku masih boleh digunakan jika dia perlukannya, pada bila-bila masa. Aku katakan juga aku sedang memikirkan jalan hidup aku seterusnya. Worst case scenario, aku tak mampu bekerja lagi dan terpaksa berhenti dari alam pekerjaan.


"So, how are you going to finance yourself, pay your expenses?"

"I will have to sell all assets and balik kampung. I will have to use everything minimum until I die laaa..."

"What if you live longer than your savings?"

"Well... I will use my last RM10 to buy Racun Tikus laa.." kata aku secara spontan.

"What for?"

"Minum racun laa... Orang Cina banyak buat macam tu maa"


Dan aku ketawa.. ketawa dan ketawa lagi.
Namun gegar dan ghairah ketawa itu menurun di hujung-hujungnya... bertukar menjadi satu helaan nafas yang berat.





.

10 comments:

cheryna zamrinor said...

Yup. Cakap memang mudah.

*eh...pendek tak komen kali nieh? Tak baguskan?

Nizam.Ariff said...

cheryna,
sebenarnya, aku rindukan komentarmu yg panjang-panjang...

Kakzakie Purvit said...

Ada waktunya bila minda tak boleh berfikir on the spot disamping utk berguaru jalan singkat diambil tapi hakikatnya bercakap mudah utk melakukan belum tentu lagi kerana iman masih kukuh lagi kan...kan...

Nizam.Ariff said...

kakzakie,
begitulah...
aku jawab gitu pun sebenarnya macam nak perli kaum dia yang suka ambil jalan singkat... hahaha

oshinz said...

kalau ambil racun tu terus mati time tu jugak takpe. jap lagi kalau tetiba tak mati? haaaa merana kot hidup. menyusahkan pihak hospital pun dah satu hal. hehehe. macam-macamlah manusia ni.

Nizam.Ariff said...

oshinz,
banyak gak kes minum clorox tapi tak mati.... menyusahkan orang,
betul gak tu

Jna marcello said...

ataw pun telan 30papan panadol ;/

Nizam.Ariff said...

Jna,
30 papan mahal gak tu...
racun tikus murah sikit.... hahahha

Lady Windsor said...

cina tu lurus bendul eh??

Nizam.Ariff said...

LW,
haah... hahaha..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com