.
Salah satu 'permainan' aku semasa mengisi ruang masa lapang selepas pulang dari sekolah rendah ialah bermain-main dengan semut.
Sebenarnya, bukanlah bermain-main seperti yang biasa, tak seperti bermain bola atau bermain badminton. Jauh sekali seperti bermain lastik atau rakit batang pisang (yang kemudian dikejar tuan punya pokok pisang).
Bermain-main dengan semut sebenarnya lebih kepada " aku bermain sedangkan semut menjadi bahan mainan ", begitulah sedikit sebanyak acara 'bermain' itu. Caranya....
Apabila Bapak sedang berehat di 'kerusi malasnya', aku akan pinjam sekejap pemetik api. Kemudian aku menyelinap masuk ke dalam stor untuk mencari Playar Muncung Panjang (Long Nose). Kemudian...? Aku akan ke perdu pokok Kuinin kerana disitulah Emak aturkan botol-botol Kicap Tamin yang kosong, yang menanti untuk dikitar semula kepada K***** Botol.
Aku umpil penutup plastik botol Kicap Tamin menggunakan Playar Muncung Tajam dan aku biarkan ia terkepit. Kemudian, aku pergi ke pangkal pokok kelapa yang penuh dengan sarang Semut Api (Semut Merah).
Aku kacau sarangnya. Sudah tentulah semut-semut itu marah dan keluar berbondong-bondong untuk menghalang seekor gergasi yang sedang cuba memusnahkan binaan mereka.
Kemudian gergasi itu, tanpa rasa belas kasihan, mula membakar penutup botol kicap tadi. Apabila plastik itu mula mencair, ia akan menitis jatuh bersama-sama api kecil.
Gergasi tadi akan menitiskan plasti panas cair dan berapi itu ke atas semut-semut yang kucar-kacir itu. Sungguh seronok apabila semut-semut itu tumpas seekor demi seekor, malah ada yang terbakar!
Lebih teruja lagi apabila setiap kali plastik panas itu menitis, ia diikuti dengan satu bunyi '' zuuppp.. zuupppp.."
Ketika itu, aku terbayangkan kapal terbang sedang menjatuhkan bom-bom atom semasa perang dunia ke-2.
Kadang-kadang aku terasa seperti Garoda di dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
.
18 comments:
ron
lepas K direct l takde e ...ya..
sori aku kluar tajuk lak
tapi aku macam boleh bayangkan seorang gergasi sedang membuat honar dari balik bangunan pencakar
langit....macm cerita ultraman raksasa mengibas ngibas ekornya maka terbarailah parlimen, menara berkembar petronas serta menara kl...
haih...aku dulu...yang lain salah malam kot...?
esokkan?
aku pun penah buat keje yg sama. mungkin telampau byk layan ultraman. sesekali terasa nak jadi resaksa.
btw, kau penah bakar sarang kerengga?
Azani,
shhh.. berdirect-direct pun tak apa.. hahaha
Ada tu, masing2 penat bekerja di siang hari. aku teruskan untuk menceriakan dinihari...
Tijah,
Aku tak pernah bakar sarang kerengga tapi memang aku selalu 'pecahkan' sarang kerengga sebab nak ambik telur atau kerengga yang bersayap tu.. nak dibuat umpan memancing puyu..
ko bakar nak buat apa? Pelik gak nih....
saja. rebel. kadang2 rasa nak marah kat mak ayah tapi takut derhaka. so buat la apa2 jenis kemusnahan yg munasabah utk salurkan amarah
Tijah,
wooo.. brutal giler.. gua respek angkat kaki ke kening... hahaha
betul-betul gergasi ler...kesian semut-semut yg tak berdosa tu..hehe
Cheit...tunjuk terror dengan semut...haha
aku syak.
kerana ko la semut api tu simpan dendam.
kita tak kacau dia pun... dia mesti nak ketit kita.
.
wo! brutal tuh brader...! semut2 nih wa pernah la simpan dlm buku tebal2... pas tuh buh dlm frame...
mem,
apsal lu tak tdo lg...! :p
sepa,
ko pulak pesal tak tidor lagi hah...?
hehe.
.
power jugak lu punya permainan..laga semut pernah main?
menyeksa binatang tu tanda² orang sadis... dan err, mungkin sedikit pervert (aku banyak sangat tengok svu & criminal minds)
musim semut ke nih?
n3 before tis pun pasal semut gak kan?
hoho...len kali amik gambo semut atas meja aku ni ha, suka sangat ulang alik depan aku
FadhilahM,
sapa suruh dia selalu hurung lauk lauk yang mak aku masak....hahaha
Cklah,
eh, dia pun bulih ketit.. tapi dia tak nak melawan, sapa suruh... hahaha
TM,
itulah permulaan permusuhan geng semut api dan manusia... kih kih kih
Jeb,
pernahhhh..... laga semut hitam. Hah, yang ni pun aku nak buat entri khas.. dedikasi untuk lu...
KOG,
Hari tu pun ko kutuk aku , pasal kes semut pun ko kutuk aku... hahaha
BK,
semut yg kat atas meja ko tu jenis hurung gula. kalau ko buat teh tak cukup manis, ko picit jer perut dia... dapat balik gula tu... kan?
hahaha
Sepa,
weh.. tu lu cuba buat mumia semut tu...
dah bangun?
Post a Comment