Kalau entri sebelum ini adalah hasil cetusan idea setelah baca komen CkLah, kali ini kerana komen daripada Jeb.
Melagakan Semut Hitam.
Imej: google ntah dari mana... |
Ada sejenis semut hitam yang bersaiz sebesar kerengga selalu aku gunakan untuk main lawan-lawan. Memang banyak semut berwarna hitam. Jangan salah pilih kerana ada yang boleh menyengat dan pedih. Semut yang aku gunakan untuk laga-laga ini jenis yang tak pandai nak menyengat.
Semut ini bersarang di dalam tanah. Mereka keluar masuk sarang melalui satu lubang kecil, sebesar anak mancis yang dibuat di kilang mancis Teluk Intan di tebing Sungei Perak itu.
Untuk menangkapnya, aku perlu kail atau pancing mereka. Guna apa? Kreatif... perlu kreatif. Aku gunakan sejenis rumput atau bunga lalang pun boleh kut.
Imej: google ntahkat mana... |
Aku tarik bunga lalang itu lalu aku akan dapat batang lembut di pangkalnya. Batang bunga lalang atau rumput ini aku jolok ke dalam lubang semut itu dalam-dalam. Aku rodok-rodok supaya semut-semut itu marah.
Dan menjadi resmi si semut, mereka akan keluarkan segala macam benda yang menghalang lubangnya. Mereka akan gigit dan tolak ke luar lubang. Cuma, apabila guna batang rumput yang lembut, gigitannya akan terbenam dan semacam melekat. Jadi aku cuma tinggal tarik keluar batang rumput atau bunga lalang itu.
Kadang-kadang, aku akan dapat 2-3 ekor sekaligus. Aku ambik 2 ekor saja untuk dilagakan.
Semut ini serangga yang suka berkawan tetapi mereka mengenal sesama mereka melalui sesengutnya. Supaya mereka berlawan gusti, aku kena jadikan mereka itu saling tak kenal (maka tak lah bercinta). Caranya...?
Aku cabut sesungut-sesungut semut itu, kedua-duanya sekali. Hah..! Sekarang mereka telah 'buta', tak kenal siapa kawan siapa lawan.
Seterusnya, apa yang harus aku lakukan ialah pertemukan mereka berdua dan biarkan mereka bergusti sehingga penat atau putus tengkok salah satu daripadanya, sambil itu aku minum air kelapa muda yang segar... berlagak seperti taukeh judi haram!
.
18 comments:
tak boleh nak komen lelebih nanti ko kata kutuk
tapi... ko pernah bakar tikus hidup² ke? pastu biarkan dia lari susup sasap?
KOG,
errr... nak tangkap tikus pun payah, apa lagi nak bakar dia hidup2... aku tak pernah.
cer citer, ko buat tu kenapa?
tak buat, ex-ofismate aku buat, dia cakap seronok... ???
KOG,
Seronok lagi kalau tikus tu dah hangus, terus curah sos BBQ... perrgghhh...
hahahaha
laga semut ni permainan anak bunian ok...
:p
.
perghhh...nostalgic ni bro..satu rumput kalau boleh dapat 3 ekor, tu kira kejayaan yang paling besar..haha..
gua punya minat main benda ni sampai gua laga semut dengan anai-anai..tapi gua tengok anai-anai tak power mana..haha
TM,
ye ke? basib baik aku tak kena culik dek org bunian... kakaka
Jeb,
kalau lubang tu meriah, memang selalu dapat 2-3 ekor...
Ko lagakan dgn anai-anai memang la anak-anai kalah. anai-anai tu 'lembut'.... hahaha
aku paling kuat pun main laga spider.
laga semut ni rare benor permainannya.
.
TM,
eh, aku ingat laga spider la rare .. sebab mana nak cari boxing spider tu. semut ni banyak merata-rata...
cer citer sikit pasal spider tu kat entri ko ek..? tugasannnn... hahaha
spider mmg kaki gaduh ok.
aku cari spider kat pokok pandan.
sgt banyak ok.
badan siap ada kaler2 bersinor2.
aku simpan dalam kotak mancis.
dlm kotak tu ko bubuh la daun pandan sikit buat macam rumah dia.
satu spider satu kotak.
lepas tu kasi laga la.
haha.
bukan2 je permainan budak kampung eh...
.
ish..ish.. kejam.. kejam.
TM,
tengok komen kakpah.... hahaha
aku tak tau nak kata apa...
setahu aku kat pokok pandan ada banyak kala jengking...!
Kakpah,
bab semut tu aku tak kurung dia kak.
spider yang kena kurung pastu dibagi makan sayur daun pandan jer...ingat spider tu maun ke pun?
tasek yg kejam kak.. hahahaha
kejam!!!
dulu aku suka "operate" cicak idup-idup
pastu aku suka biar dia lemas dalam baldi sambil aku tengok dia tercungap-cungap mintak nyawa
*aku tak kejam kan?kan?kan?
gambo semut hitam tuh macam 'kesatria baja hitam' :)
spider kalau jumpa kat pokok limau lagi power dari kat pokok pandan..kat pokok pandan banyak matbon je..haha
BK,
Ko mengingatkan aku tentang cicak-cicak yang aku lastik dan bunuh... aku nak buat entri pasal ni pulak la... hahaha
Sepa,
Kalau semut tu naik motor enduro, memang macam kesatria baja hitam... sampai sekarang aku tak tau apa maksud Baja tu....
baja tuh bukan ke perkataan indon bermaksud gagah...!
baja meysia adalah fertilizer...
Sepa,
yang aku tahu baja tu besi waja... hahaha
Post a Comment