Saturday, October 15, 2011

Negara 4 musim versus Negara 'empat' musim...

.


Aku sedar kebanyakkan negara-negara maju terdiri daripada negara-negara yang mengalami 4 musim. Kemajuan disini didefinisikan secara barat.

Manakala, kebanyakkan negara-negara yang berhampiran khatulistiwa mengalami kemajuan yang lebih lembab, kecuali dlam beberapa dekat ini apabila teknologi telah meruntuhkan sempadan negara bangsa, dunia tanpa sempadan.



Soalannya, kenapa negara-negara 4 musim, secara relatifnya dan secara majoritinya, lebih maju daripada negara-negara berhampiran Khatulistiwa?


Aku rasa cuaca 4 musim itu memainkan peranan dalam hal ini.


Bayangkan keadaan mereka yang terpaksa menghadapi musim-musim yang berubah setiap tahun dan sepanjang hayat mereka. Bayangkan keadaan mereka yang terpaksa merancang bekalan makanan untuk musim sejuk semasa musim panas. Dan bayangkan mereka telah hidup begitu selama ribuan tahun.

Aku rasa mereka mesti telah matang dengan dugaan untuk terus hidup, kelangsungan hidup, menjadikan jiwa-jiwa mereka lebih kental.


Bayangkan pula kita-kita yang hidup di negara yang kalau tak buat apa-apa pun pokok boleh tumbuh malar hijau sepanjang tahun. Masuk sahaja ke hutan, paling tidak akan jumpa pokok ubi kayu yang tak perlu ditanam. Hanya perlu dicabut dan dimakan. Kita tak perlu berusaha keras. Kita beruntung dan jiwa-jiwa kita menjadi 'manja' berbanding mereka.


Kalaulah usia manusia itu boleh dikira mengikut musim dan bukan hari, usia mereka-mereka yang tinggal di negara 4 musim itu tentulah lebih 'tua' daripada negara berhampiran khatulistiwa. Dalam masa setahun, umur mereka adalah 4 musim sedangkan umur kita cuma satu musim. Mereka itu lebih 'lama; hidup berbanding kita. Mereka itu lebih matang dalam hal-hal 'survival' berbanding kita.


Eh, sekejap.

Negara kita satu musim atau dua musim?

Mungkin negara kita juga 4 musim: sun... no sun... rain... no rain.

Tapi kita masih belum cukup mandiri?






.

10 comments:

sindiketsulit said...

6 musim la bang nijam.
tambah lagi 2

election, no election.

musim jugak tu kan?

kucingorengemok said...

musim buah tak kira?

ckLah @xiiinam said...

Sekarang musim periksa...:D

ckLah @xiiinam said...

Opppps, maaf bagi komen tak cerdik. Orang cakap pasal Geografi, awok loyar buruk pula...:D

tasekM said...

aku syak peratus pengaruh musim terhadap kematangan tu tak berapa besor la...



.

Nizam.Ariff said...

Wos,
eer... tu musim gak tu... hahaha. kul 3am tak tido lagi? ko mengemas rumah ke weh..?



KOG,
Musim durian.. musim rambutan... musim duku.... wuih, kalau ikut teori, orang Malaysia mesti paling maju...kan?



Cklah,
oh ya la... musim periksa, musim orang mentelaah dan menjadikan lebih pandai.. betul gak tu....




TM,
ada tas.. ada... contohnya negara2 macam switzerland tu, bila usim sejuk dia org tak kuar rumah, jadi dia orang yang bersifat inventif akan duduk terperuk dalam rumah buat benda2 miniatur dimana seni + kejuruteraan tergabung... terkenal dengan jam swiss, pisau... juga cerita tentang Ikea... orang-orang Ireland, German ..

Ramai orang kaitkan bilangan peperangan dgn kemajuan negara, kerana desakan untuk survival menyebabkan mereka terpaksa berfikir dan bekerja keras...

sepa said...

aku setuju ngan tm... ehem ehem...!
.
brader,
semalam aku tgk natgeo... satu masa dulu. lama dulu. ada satu tanah yg sgt besar bergerak. bercantum ngan tanah di negara2 arab. tanah tuh adalah benua afrika. dalam dia bergerak, sempat dua keping tanah berpecah. satu bercantum ngan asia, jadi benua india. satu lagi hanyut ke oceania, jadi papua... itu pasal la kot, manusia2 di 3tmpt tuh kaler lebih kurang...

.
brader,
org2 british yg kolonial tuh. dulu2. lama dulu. adalah barbarik dan hidup berpandu ngan sihir2...

hahahaaaa...
.

lantak la...! apa yg aku komen nih...?! hahahaaaa...

.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
tapi dari segi teknologi dia org lebih maju kut...?

Fadhilah Maarif said...

errr..musim buang anak....

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
errmm... musim tak maju.. itu musim mundur... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com