Monday, October 10, 2011

Satu masa-elah al-jabar yang rumit...

.

Aku ada satu masalah al-jabar.


Soalan:

Ada 3 jenis sabun basuh baju di Malaysia. Sabun-sabun itu diberikan nama Baya, Dinamit dan Kaboom. Tiada sabun lain yang wujud di Malaysia ketika itu.

Sabun Baya kata ia mencuci lebih bersih dari sabun X dan Y.

Sabun Dinamit kata ia mencuci lebih bersih dari sabun X dan Y.

Sabun Kaboom pula kata ia sabun yang terunggul dalam hal-hal mencuci baju.

Sila jawab soalan-soalan ini:

1. Namakan sabun-sabun X dan Y yang dikatakan kurang kuasa mencuci.

2. Sabun yang mana satukah yang menipu?


Jawapan:


Baya > X + Y
DInamit > X + Y
Kaboom = 1

erkk...?

Ahhh... pening kepala aku dibuatnya.

Tolong aku jawab, terutamanya soalan nombor 2 !







 .

14 comments:

gadisBunga™ said...

pecah kepala nak jawab soalan ni. baik aku gi cuci baju je, lagi senang!

Nizam.Ariff said...

GB,
ko nak cuci baju guna sabun yang mana satu, X atau Y ? hahaha....

sepa said...

brader,
jgn main sabun malam2 woi... hehehe...

Nizam.Ariff said...

sepa,
basuh malam-malam la.. esok tinggal sidai ja... hahaha

aza ni said...

Dinamit menipu
X=Dinamit
Y= Kaboom

aza ni said...

Z= Baya

tasekM said...

kalau:

baya > x + y
dinamit > x + y
dan kaboom = 1

kita bulih kata,
baya dan dinamit tak mungkin x (sbb baya > x + y dan dinamit > x + y)
bermakna.
x = kaboom.

jika x = kaboom, maka mungkin baya atau dinamit.

tapi.
bila kaboom = 1 (aku faham 1 bermaksud pertama or paling bagus)
tapi dalam maths tak bulih anggap gitu sbb no 2 dan berikutnya adalah lebih besor. lebih besor mungkin bermaksud lebih baik)

kesimpulannya.

formula ko tu salah ye.
tak bulih diterima.

haha.

percubaan aku menghubungkan teori matematik sebenar dgn lateral thinking = gila!

haha.




.

tasekM said...

*jika x = kaboom, maka mungkin baya atau dinamit = y.

tasekM said...

eh kejap.
boleh je nk anggap terbaik = 1.
aku terlupa akan nombor2 -ve.

eh.
dah la.

aku nk buat kerja.
jahat la ko nih kacau aku pagi2...

;p



.

Nizam.Ariff said...

Azani,
kenapa lak dinamit penipu? sedangkan X+Y = Kaboom - Baya... hahaha



TM,
Beb.. aku rasa kan gini kut.

Baya > Dinamit > Kaboom = X + Y.

Tapi, sebab kaboom kata dia yang paling superior (kaboom=1), yang lain menjadi less than 1 (<1),

Jadi, X + Y < 1,

oleh itu,
Baya > Dinamit < 1,

Maka,
Baya > Dinamit > Kaboom = X+Y menjadi,

Baya > Dinamit > Kaboom < 1,

Jika kaboom kata dia superior (=1) sedangkan formula kat atas tu kata,

Baya > Dinamit > Kaboomn < 1;

Terdapat percanggahan di situ. Maknanya, mana boleh ketiga-tiga sabun itu melebihi dari nilai 1.

Kesimpulannya:

Ketiga-tiga sabun tu MENIPU.. !

Hahahaa.........

aza ni said...

soklan spm tahun ni?haha


aku berkarat

Nizam.Ariff said...

Azani,
Soalan bocorrrrr... hahaha

kucingorengemok said...

zaman bila punya masalah ni? sabun cap kapak pun belum wujud... (aku selalu rasa high cium sabun cap kapak masa tunggu mak we aku basuh kain)

Nizam.Ariff said...

KOG,
Mak aaiiiii... sampai gitu sekali?
kalau gitu, aku nak beli sabun cap kapak banyak2, mak tabur dalam rumah ko... ahaks!

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com