.
Dia terlalu geram, dadanya penuh dengan dendam. Kesumat tersemat dalam di dasar lubuk hatinya. Terpendam lama sungguh dan dia biarkan dendam itu merengsa dan bernanah. Sehinggalah akhirnya dia mendapat peluang yang dia tunggu-tunggu semenjak kematian anaknya yang telah dibunuh.
Dia seorang doktor. Menjadi kelaziman seorang doktor pulang lewat dan tak pula tentu masanya. Ia bergantung kepada jumlah dan keadaan kes. Pada satu hari, kepulangannya disambut dengan pintu rumah yang terpecah, jiran-jiran yang berkumpul, polis dan paramedik. Kepulangannya disambut dengan esak tangis isterinya yang longlai menahan hiba.
Di dalam perut kereta Polis, dua orang lelaki yang masih muda telah pun bergari. Doktor muda itu renung dalam-dalam muka kedua-dua lelaki itu. Dan renungan itulah menjadi titik tolak dendamnya.
Setelah berlalu beberapa tahun, akhirnya kelmarin kedua-dua lelaki itu ke hospitalnya kerana cedera akibat pergaduhan dalam tahanan. Dan malam kelmarin juga, doktor itu telah berjaya melunaskan dendamnya.
Sekarang ini kedua-dua lelaki itu terbaring lemah di hadapannya. Doktor itu tersenyum lantas mengejutkan kedua-dua lelaki itu. Terpisat-pisat kedua-duanya, kemudian terkejut kerana mereka dapati sedang berbaring di atas katil yang sama.
Lantas doktor itu menenangkan kedua-duanya dan meminta supaya jangan bergerak keterlaluan kerana luka mereka masih berjahit dan masih berdarah.
" ... saya telah cantumkan dada dan perut kamu berdua. Saya telah buang jantung salah seorang daripada kamu kerana telah rosak akibat luka dan jangkitan..."
Kedua-dua lelaki itu tercengang, sungguh tak percaya. Kini kulit tubuhnya mereka dari paras leher hingga ke perut telah berjahit dan bercantum, persis saudara kembar siam!
"... kini kamu berkongsi jantung yang sama. Jantung itu tak mampu menampung kamu berdua lama-lama. Perlahan-lahan kamu akan mati... kecuali salah seorang daripada kamu mati dahulu..."
Doktor itu keluar meninggalkan bilik itu. Ketika pintu bilik itu hampir-hampir terkatup, doktor itu sempat melihat kedua-dua lelaki itu sedang cekik-mencekik leher lawannya. Ya, jantung itu hanya mampu untuk menampung salah seorang daripada mereka. Tiada perkongsian.
Doktor itu tersenyum.
.
12 comments:
puas hati...
etika?
belakang cerita...
Azani,
hahaha... cerita tahyul mahyul jer nih... jangan nak google lak.. tak jumpa.
kenapa la ko buat cerita kejam-dendam-kesumat pagi2 nih...
.
TM,
sajaaa.... dapat inspirasi yang begitu-begitu...
amacam, kesumat tak? hahaha...
ko nak aku sambung apa jadi kat 2 org tu tak?
apakes doktor tu dendam sampai macam tu...
okokok...sadis..memang sadis!
Jeb,
Alaa... cerita ciptaan aku je pun...
doktor tu suruh budak 2 orang sendiri pilih sapa yg patut mati... kakaka.
BK,
inspirasi pagi-pagi isnin... hahaha
tak baik berdendam...
Kakpah,
tu la.. ntah hapa-hapa la doktor tu kan?
hahahaaaaa
Dendam tu menyakitkan weh...
ckLah pernah buat eksperimen. Bila dah maafkan orang, rasa lapaaaaaang dan nyamannnn sekali....
brader,
brutal... warrrrggghhhh...!
cklah,
alaaa cikgu, cerita rekaan semata-mata. Tapi kalau betul-betul, sadis sungguh ceritanya... pembalasan yang sungguh kejam... hahaha
Sepa,
tu belum lagi jenis sentap tulang belakang hidup-hidup sampai tercabut dari badan... hahaha....
Post a Comment