.
Malam tadi aku ada mengalami beberapa siri mimpi. Aku cuma nak kisahkan dibahagian mimpi aku yang terakhir, mungkin dalam pukul 5am. Aku kata mungkin. Mungkin juga pukul 6am kerana aku kata mungkin.
Begini...
... oleh kerana kerana jiran aku, seorang Imam dan pengerusi surau, telah berikan saranan aku patut tukar paku kepada paku yang lebih panjang kerana kekisi yang aku hendak pakukan kepada lantai itu masih renggang (paku tak cukup panjang), maka aku pun tinggalkanlah kerja-kerja naik-taraf rumah aku. Aku mahu beli paku yang lebih panjang.
Dengan hanya berseluar 3/4 tanpa berbaju kerana berpeluh. Aku sangkutkan baju T aku ke bahu, aku berjalan kaki ke balai raya yang tak berapa jauh dari rumah. Aku lihat balai raya itu penuh dengan orang kerana ada 'ekspo' dan pertandingan. Aku masuk ikut pintu sisi dan terus ke satu 'booth' yang menjual perkakasan (hardware) kegunaan domestik. Aku cari paku yang sesuai. Ada paku kayu, ada paku simen. Aku nak pakukan kekisi kayu aku kepada lantai simen.... macam mana tu?
Tiba-tiba tumpuan aku terpesong ke pentas kecil disebelah aku. Ada satu pertandingan 'rekacipta' atau mungkin juga 'Kaizen'. Aku kata mungkin juga sebab aku tak pasti pertandingan apa. Ada juri tetapi aku tak nampak 'backdrop' atas pentas tu. Jadi aku tak tahu. Ada dua orang peserta sahaja dan rekaan masing-masing telah pun di letakkan di atas pentas.
Aku lihat peserta pertama ialah seorang pekerja kilang. Dia naik ke pentas lalu dia tunjukkan rekaannya iaitu sejenis alat penyembur racun berkapasiti 2.5 liter. Katanya, rekaannya itu kecil untuk menyenangkan surirumah menggunakannya. Ia sebagai galakkan kepada surirumah di kota untuk berkebun sayur di belakang rumah yang luasnya sekangkang kera itu. Jadi, tak perlu besar-besar. Katanya, rekaannya adalah ergonomik dan ekonomik. Dia mendapat tepukan gemuruh dari juri dan hadirin.
Kemudian, peserta kedua pula naik. Tiba-tiba aku lihat saudara Anwar juga naik bersama-samanya. Mereka berdua berhati-hati membuka sebuah kotak yang agak besar, mungkin bersaiz 4'x4'x5'. Dengan wajah yang ceria seorang ahli politik, Anwar pun terangkan bahawa rekaan penyembur racun versinya lebih cangggih, lebih besar dan lebih dari segala-galanya.
Tiba-tiba aku merasa meluat dengan cara penyampaiannya yang macam cakap besar. Jadi, aku terus naik ke atas pentas dengan berseluar 3/4 dan baju yang aku sangkutkan pada bahu. Aku lihat ada lebih kurang 20-30 hadirin dan ada 3 orang juri duduk di meja hadapan.
Aku minta Anwar dan pembantunya yang berwajah bulat buka penutup kotak itu. Aku lihat di dalam kotak itu ada sejenis mesin penyembur racun seperti yang pekebun guna di ladang-ladang atau di sawah padi (blower macam jenama Robin). Aku belek pada salah satu sisi kotak itu, aku dapati ada satu lubang dimana selinder penyembur itu dijulurkan.
Dia terangkan, apabila motor itu dihidupkan, kipas akan menyemburkan racun keluar ikut lubang pada tepi kotak. Aku pusing kotak itu beberapa kali. Aku rasa tak ada penambaikkan pun pada rekaan itu. Sama seperti memasukkan mesin racun ke dalam kotak.
" Ada automasi yang kamu buat?", aku tanya. Anwar terkejut. Dia geleng-gelengkan kepala.
" Ada apa-apa yang ditambah?", aku tanya lagi. Dia gelengkan kepala lagi.
" Ada apa-apa yang dikurangi?", aku tanya lagi. Sama, dia gelengkan kepala.
"Habis tu, apa penambah-baikkan yang kamu buat? tak ada apa-apa pun..!.", kata aku dengan kritikan yang pedas.
Orang ramai seolah-olah setuju dengan aku. Juri juga. Tiada 'kaizen' pun pada ciptaannya. Lalu aku turun dari pentas dan aku beli beberapa batang paku.
Aku mahu gunakan paku itu untuk aku pakukan kekisi rumah aku ke lantai simen.
.
8 comments:
mimpi yang berkait dengan realiti...ron...
selamat meneraju...
sudah sampai masanya...
kami dibelakangmu...
Azani,
err... lain macam jer bunyinya. jangan berdiri rapat sangat, aku geli... keh keh keh
bertanding di ADUN Kota Anggerik ke?hehe
Jeb,
hahahaa... kamu jahat!
satu lagi fiksyen maya dicipta di kota anggerik, kalaulah begitu.. kakaka
brape lama dah ko tak jumpa dia.?! rindu sampai termimpi2...!!! hehehe...
nasib baik ko tak buh paku seketul kat kepala dia... :p
Sepa,
tak mao la buh paku. cam pontianak lak. nanti berubah jadi manusia, sapa nak bela? aku tak sanggup...
aku syak pada anwar ada la paku yg ko cari.
keh keh.
.
TM,
Oh tidakkkk!!!!!!
Pulang paku buah keras...
Post a Comment