.
" abah, boleh beri 20 sen ? " pinta si anak.
Si abah yang sedang duduk bersila di siar kaki di sebuah surau terposak-posak meraba-raba semua poket yang ada tapi yang dipinta anaknya tiada. Si ayah termenung sebentar.
" anak solat sunat, mana tau nanti ada rejeki yang mampir kepadamu..."
" bagaimana rejeki boleh mampir di sini ? " tanya anak itu lagi.
" kamu minta terus kepada Pemilik dan Pemberi rejeki... semoga akan dilunakkan hati-hati yang melihatmu lalu memisahkan sedikit rejeki yang diperolehinya untuk kamu..."
Lalu si anak pun terus bersolat sunat di atas sejadah. Sekonyong-konyong sedang si anak berdoa meminta 20 sen, ada seorang lelaki yang berikhtikaf menyedarinya lalu meletakkan beberapa keping duit syiling berjumlah 50 sen.
Si anak kesukaan lalu membawa duit-duit syiling itu kepada abahnya. Si anak tunjukkan semua duit syiling itu lalu memberitahu ada seorang lelaki telah meletakkan duit syiling tu di atas sejadah ketika dia berdoa.
" apa yang kamu mahu lakukan ke atas duit 20 sen itu ? "
" tadi saya terlihat tabung surau ini. saya mahu sangat menderma tetapi saya tak punya duit " kata si anak.
" nah... tadi kamu mahu hanya 20 sen. sekarang kamu mendapat 50 sen. ambil sahaja apa yang kamu minta pada asalnya iaitu 20 sen..."
" bagaimana dengan yang selebihnya ? " tanya si anak pula.
" itu bukan hak kamu, maka masukkan ke dalam tabung itu bagi pihak orang tadi. hak kamu cuma 20 sen "
" ooo... kalau begitu, pahala orang yang berikan duit tadi melebihi saya kerana saya hanya menderma 20 sen ke tabung itu sedangkan dia menderma 30 sen ? " tanya si anak lagi.
Si abah tersenyum lalu mengusap-usap rambut si anak.
" kalau pahala diukur melalui banyaknya duit yang didermakan sememangnya tidak sama..."
Si anak berasa kurang puas hati.
" jangan khawatir kerana jika derma itu diukur dengan keikhlasan, pahalanya adalah sama. bahkan pahala keikhlasan itu tidak boleh diukur dengan banyaknya derma " tambah si ayah.
Si anak tersenyum.
.
16 comments:
keikhlasan memang sukar untuk diukur...
cheqna,
...juga sukar untuk dirasa kecuali orang yang merasanya...
kecik2 dah pandai bedikari... bagus!
belakang rumah aku.
ada indon2 sedang besarkan longkang.
satu petang.
hari dah nak hujan.
kebetulan aku di dapur.
seorg pekerja indon minta tolong.
nak tumpangkan segala mak nenek mesin di bawah bumbung belakang rumah aku.
aku izinkan.
dan ptg smlm.
dia panggil aku.
beri aku wang atas pertolongan.
aku kata.
tak payah.
pertolongan aku itu tak seberapa.
dan aku ikhlas.
dia tinggalkan duit.
dan berlalu sambil ucap terima kasih.
aku belajar.
keikhlasan itu.
kadang2.
balasannya rezeki.
.
NM02,
eh.. itu cuma sketsa jer.. tak de berlaku secara realiti pun... hehehe.
tapi akhlak yang ditunjukkan adalah bagus...
TM,
betul... kadang2 balasan itu didunia lagi.
berbalik kepada kisah ostazah Tasek tadi, dilema menerima wang upah memang mengganggu niat keikhlasan di hati. Namun, jika orang yang memberi itu pula mahu berlaku ikhlas kepada kita sedangkan kita menolaknya, kita telah menghalang niat ikhlas beliau. Ini memang dilema.
Oleh itu, hamba rasa, jikalau si indon itu benar2 mahu memberi setelah ostazah tasek menolaknya, tak manis jika tidak diambil upah kerana kita juga perlu menjaga adab sopan dan sudah tentu oztazah Tasek tidak mahu dianggap sombong olehnya.
lagi pun, bukankah itu juga rezeki yang Tuhan titipkan melalui tangan si indon (setelah kepastian diterima bahawa si indon itu benar-benar mahu ostazah Tasek menerimanya). Wallahu'Alam.
betul.
aku tak mahu terima kerana aku ikhlas.
dan dia yg memberi juga ikhlas.
aku terima duit tu.
kata dia, 'ini dari taukeh. rezeki buat kamu. bukan rezeki saya...'
.
TM,
oo... dia seorang yang amanah. ko patut jadikan Indon itu menantu kamu...
kalau ikhlas tapi jauh, kira dak?..
Cikgooden,
itu ikhlas yang paling baik...
orang tak nampak.. derma dari jauh...
pemberian yg ikhlas sesungguhnya akan dibalas dengan kebaikan yg tidk dijangka.. moral of the story.. ikhlas dlm apa jua urusan yg dikerjakan... hehehhe
SMM,
ikhlass... amat payah nak jaga segala lintasan dalam hati. kalau terlintas sedikit ketidak-ikhlasan dalam hati, habislah...
salam tuan punya blog. aku terpanggil untuk menjawab komen dpd:
1. ostazah Tasek, dan
2. kiyai Aku.
dpd aku yg hanyalah pakar motibasi yg tak bertauliah...
ostazah Tasek,
tiada lgsg erti keikhlasan di situ.
yg ada cuma hal urusniaga biasa yg berjenis trading.
jadi, dua perkara masih belum selesai di situ:.
1) service order harus diberikan kpd mamat indon tuk diberi kpd tokehnya. (jgn lupa masukkan cukai gomen 5%)
2) invois disertakan sama. dlm invois tuh harus masukkan rate per kaki persegi sewa. kalau si Indon tuh terlebih bagi keluarkan kredit note. kalau dia terkurang bagi keluarkan debit note. (atau kalau terlebih, ko pulangkan baki. kalau terkurangkan ko buh la dlm invois sbg diskaun. sbb dlm akaun tokeh tuh, dia dah masukkan jumlah wang yg dia keluarkan ke dlm akaun provision for access road.)
itu keikhlasan namanya...
wang tuh tak boleh digunakan dlm sebarang cara, sebab akad tak selesai... hehehe...
.
kiyai Aku,
juga tiada lgsg unsur keikhlasan.
budak kecik yg dapat duit 50sen tuh. dia boleh belanjakannya, samada utk tujuan derma atau beli eskrem. tp harus diingat. dia mestilah menganggap duit yg dia dpt itu adalah satu bentuk pinjaman. pinjaman yg harus dibayar pada nilai duit yg dia terima tadi.
cam nih. dia terima duit tuh di atas sejadah. di atas sejadah itu jugalah dia mesti pulangkan, sbb dia tak berusaha tuk mengingatkan wajah lelaki yg letak tadi. katakan 50sen pd masa tuh adalah bersamaan dgn 100gm beras. jika dia bayar balik 10tahun akan datang, duit yg patut dia letak atas sejadah, harus juga bernilai 100gm beras. mgkn juga dah jd RM29 pd masa tuh.
itu keikhlasan namanya...
hahaha...
sebenarnya, aku pun pening bila bab2 duit dan perlakuan manusia dan kaitannya nih...
pada aku duit adalah harta... harta byk fitnahnya....
balik ke...
"monetory system is totally fraudulent"...
kahkahkah...
Sepa,
ye la tuu.... (mata pandang atas)
duit hanya perkara dunia, sang pembawa fitnah nikmat. Ia hanya pembawa... kesian dia, dia tak salah apa-apa tapi orang yang salah.
Dino,
hahaha... (*tutup muka dgn bantal sambil ketawa*)
.
Sepa,
Ko pekup muka dgn bantal nampak cute laa....
ceit!!!!!
Post a Comment