Wednesday, October 2, 2013

Mee Bandung Muar tapi di USJ Subang Jaya

.

 Tengok gambar dulu...





Gerai No. 8 di foodcourt di depan perumahan Goodyear Court 3, USJ.

Aku tak pernah makan Mee Bandung Muar yang terkenal itu.
Jadi, apabila aku makan yang ini, aku rasa macam makan Mee Bandung Muar jugalah.
Kuahnya pekat, ada daging, ada tauhu, ada udang... ada telur celur kuah tu.
Bagi aku, rasanya memang dah sedap... taklah macam mee bandung yang biasa aku makan.
Mee bandung yang biasa aku makan tu kuahnya terasa sos cili yang dicairkan... dan manis!

Tapi kawan aku kata, rasanya belum sampai ke tahap yang di Muar.
Katanya sebab yang di Muar kuahnya ada kacang, sedangkan yang ini kacangnya ditaburkan.
Apabila sampai sahaja mee, kawan-kawan terus cakap, "Ni tak cukup untuk Nizam".
Tapi aku rasa dah sedap dah... boleh mengulang lagi nanti.
Cuma lain kali aku nak suruh tambah mee...

Kita tengok gambar lagi...





Yummmmmmmmyyyy...





.

17 comments:

nae nematoda said...

sedapnyaa...tetiba rasa lapar balik

Nizam.Ariff said...

Nang,
Hah! Apa lagi... pi cepat rendam megi kat dalam tapawer... hahaha

Kniedaz said...

adoila...kau buat aku nak makan mi bandung pulak

sepa said...

Ko mengembalikan nostalgia ketika aku duduk d usj12 bro.

.

Lelaki said...

ermmm aku pun gila gak dgn benda ni...nak try la.

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
cepat cariii kat utara sana.... hehehe


Sepa,
Aku kadang2 masih lalui lorong rumah tu...


Lelaki,
silakan... dan beritahu apa pendapat saudara...

Kay said...

mee bandung situ mmg best! ada 2 gerai mee bandung yg sedap kat situ... lamanya tak p USJ!

tapi bg saya ada lg best... mee bandung Nilam Klasik, dekat Sri Muda...

LydSunshine said...

Mee ni tamak. Dah bandung, muar lagi. Kalo gi bandung ni, org bandung pun tak tau akan kewujudan mee ini. heheh..

*nampak pun cam sikit. Kalo nak jimat, bawak mee dari rumah. Celur sendiri.

Nizam.Ariff said...

Kay,
Ok.. Nanti aku cari..


LyDS,
Tapau bawak balik rumah... tambah mee...

t.a.t.a said...

seroja, ikut cadangan Nizam pi rendam megi, pastu bubur nasi jangan lupa. sebelum tu baca bismillah juga, karang kau tak kenyang makan.

Nizam.Ariff said...

Tata,
megi + bubur nasi?
wuihh..

t.a.t.a said...

si seroja tu kalau makan nak kena ada nasi. tu yang dia pun cadang nak cari calon suami Jawa. hahaha

Nizam.Ariff said...

Tata,
err... aku jawa gak ni..
iso ngomong sitik-sitik... hahaha

t.a.t.a said...

loh? Jowo? hahaha.

podo la nyong. sitik-sitik waie ngomong.

Nizam.Ariff said...

Tata..
hahaha....

Dr K said...

Insya Allah aku akan cari kedai ni

~ penggemar mee bandung tegar ~

Nizam.Ariff said...

Daddy Ziyyad,
Silakan... silakan..
Nanti beritahu aku...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com