Thursday, November 3, 2011

Serba salah.... soal etika ... dan nilainya

.

Aku sentiasa digayuti oleh rasa serba salah apabila dibayangi dilema antara oportunistik atau pesimistik.


Ini adalah foto-foto yang aku ambil pagi tadi di tempat transit anak aku:






Pagarnya telah roboh.

Biasanya, kalau sebelum pagar roboh, aku kena hantar beg dan pakaian ikut pintu pagar besi. Oleh kerana aku biasanya letak kereta aku di tepi jalan (kerana tak mahu menyusahkan penghuni kejiranan di situ), aku terpaksa menapak jauh sedikit.


Sejak pagar hijau itu roboh, aku sepatutnya boleh melintas melalui pagar itu dan aku boleh jimatkan lebih separuh jarak berjalan dan masa.


Kalau aku seorang yang suka mengambil kesempatan dengan keadaan semasa untuk keuntungan diri, aku sepatutnya redah ikut pagar yang roboh itu. Biasanya, orang-orang yang oportunistik adalah orang-orang yang realistik juga. Orang-orang ini dikira sebagai orang yang 'berjaya' kerana cepat mengambil peluang yang ada. Patutkah aku menjadi oportunis dalam hal ini?


Kalau aku abaikan pagar roboh itu dan terus masuk ikut pintu pagar yang sebenar, jarak berjalan dan masa tidak akan kurang daripada selalu-selalu. Sama saja. Tetapi, aku akan dilihat seperti orang yang bodoh, orang yang tak pandai mengambil peluang, orang yang 'lurus bendul', orang yang tak realistik. Lebih kejam lagi, aku mungkin dituduh sebagai orang yang kurang berjaya atau terkebelakang dalam segala hal.


Dalam hal ini sebenarnya ada sesuatu yang bermain dalam kotak fikiran. Aku terfikirkan tentang etika.


Patutkah aku langgar etika dan dijadikan teladan oleh budak-budak bahawa ceroboh pagar yang roboh itu sesuatu yang dibenarkan dan oportunis, yang mana bersikap oportunis itu baik untuk pembangunan sahsiah diri untuk menjadi orang yang berjaya pada masa depan ?





Apa aku buat ?

.... aku toleh kanan kiri, tak ada budak. Budak ada kat dalam.

Aku bolos ikut pagar roboh itu. Aku oportunis dan aku tak langgar etika. Etika hanya dinilai jika ada pihak lain yang melihatnya dan tahu. Kalau tak ada orang yang nampak atau tahu, etika tak ada nilai.... hahaha.





.

8 comments:

cheqna said...

setuju dengan part yang last tu

aza ni said...

berapa lama masa utk buat keputusan setelah terhidang peluang?

tasekM said...

aku tak kisah kalau ko bolos ikut pagar roboh tu.
yang takut ialah...

ko terjerombab masuk longkang.
dah pulak nak keluar tersekat tang ponggong.

amacam..?

keh keh keh.




.

Nizam.Ariff said...

Cheqna,
high risk, better gain... hahaha



Azani,
soalan ko bagi aku idea... nanti aku buatkan satu entri susulan, insyaAllah..




TM,
mana ko tau saiz bontot aku ek? ko pernah intai eh....

Fadhilah Maarif said...

haha...setuju ngan TM..

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
hah??? Akak pun tau saiz bontot aku...? bahaya nih... kena tukar spender labuh... kakaka

sepa said...

letih kepala hotak aku baca, brader. ko nak masuk ke rumah tu je, kan.?
bukan nak kena cap jari ke, tunjuk lesen ke...! masuk je le... :D

*jgn jatuh longkang udah* hehehe

Nizam.Ariff said...

Sepa,
etika bro...

ini soal etika keibubapaan..

kakakaa

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com