Tuesday, December 6, 2011

Aplikasi cinta oleh Pak Tua

.



"Cinta adalah sesuatu yang hebat ...", ujar Pak Tua yang telah uzur tetapi masih menggulung sebatang rokok daun nipah.

"Perasaan terhadap cinta yang hebat itu sungguh dahsyat. Lupa diri adalah salah satu daripadanya...", katanya lagi. Rokok daun nipah itu disuakan pada api pelita kemudian kempus-kempus mulutnya menyedut rokok seperti straw. Ompong pipinya, terperosok jauh ke dalam.

"Cinta juga sesuatu yang dahsyat...", sambungnya. Api mula membakar hujung rokok daun nipah. Cepat-cepat Pak Tua tiup supaya padam.

"Kerana cinta juga, banyak jiwa yang tergadai tanpa mendapat kebaikan apa-apa pun...".




Pak Tua batuk terkokol-kokol kerana tertelan asap rokok yang tebal. Dia urut-urut dadanya yang nipis tak berisi. Seorang pemuda merampas rokok Pak Tua. Dia tak buang rokok itu.

"Biar saya yang tolong hisapkan rokok ni. Pak Tua teruskan cakap pasal cinta. Saya nak dengar..."


"... dan cinta mampu berikan kepuasan dan disebabkan kepuasan itu manusia sanggup berebut-rebut", kata Pak Tua sambil merampas semula rokok daun.

Pemuda itu hanya sempat hisap sekali sahaja.






.

5 comments:

tasekM said...

berebut?
kalau aku.
beralah sahajalah.

terbanglah kamu cinta...




.

Nizam.Ariff said...

TM,
elehhh... dah dapat. cer kalau masih bujang pon-pon-pon mcam dalam cerita Kecubung tu? mau bertarik rambut agaknya... kakaka

sepa said...

kerna cinta duniaku berperang...!

:)

Nizam.Ariff said...

Sepa,
yup.. itulah maksud dia tu...

ASH said...

....ish..Pak Tua tu nak peturun ilmu MADU TIGA ke?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com