.
"Buah tengah lebat ni. Kalau tak nak balik, mak tebang!", perghh..! Ancaman dari mak mertua.
Sepatutnya aku tak perlu risau kerana bukan aku yang kena tebang. Pokok manggis yang berbuah lebat tu yang kena tebang. Aku elok segar bugar, jauh dari libasan mata kapak mak mertua. Mak mertua cakap begitu sebab nak pastikan anak-menantu balik, supaya tak membazir segala hasil tanamannya.
"Mak tanam ni untuk makan anak cucu aku, hah! dah berbuah, tak termakan-makan pulak". Dan minggu lepas, mak mertua datang ke rumah membawa 2 plastik besar buah manggis.
Ya, mak mertua telah menggunakan salah satu konsep perniagaan " kalau orang tak nak ke laut, kita bawa laut kepada orang" - maka lahirlah Sunway Lagoon. "kalau orang malas ke kasino sebab kena pergi ke Macau, kita bawa Macau kepada mereka", maka lahirlah Genting.
Kalau orang bandar payah nak balik ambik manggis, biar manggis yang datang ke bandar.
2 perkara:-
1. Orang kata, jumlah ulas manggis itu pasti akan sama dengan jumlah 'kelopak bunga' di bontot buah tu. Betul ke?
Aku cuba buktikan. Aku ambil sebiji, aku intai bontotnya. Aku kira jumlah petal bunga tu, lepas tu aku aku kopek manggis... betul jumlahnya! Aku makan. Aku ulang balik dan ulang balik sampai .. .entah berapa biji. Aku rasa dekat 15 biji aku habiskan semata-mata untuk buktikan teori itu. Mengikut jumlah manggis yang telah aku makan, jumlahnya masih belum cukup untuk dibuat data statistik dan dimasukkan ke perisian SPCC.... kena makan lagilah ni... paling kurang 200 biji lagi!
2. Manggis melambangkan kejujuran dan keikhlasan kerana walau pun kulitnya hitam, isinya tetap putih suci.
Errmm..... minta maaf, aku tak reti nak buktikan kejujuran dan keilkhlasan secara saintifik kepada manggis itu. Walau pun aku boleh makan beberapa puluh buah lagi, aku tak jumpa caranya untuk ukur kejujuran dan keikhlasan buah manggis itu secara statistik dan saintifik. Maaf. Aku gagal... aku seorang yang gagal.... gagal... terlalu gagal. Noktah.
.
18 comments:
eh, malam ni malam jumaat ek?
alasan nak makan manggis 10 kilo
KOG,
Awal bangun? Makan manggis banyak-banyak boleh senak perut rupa-rupanya... walau pun manis tapi berasid rupa-rupanya...
hehe keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu... dalam kes ini umpama semut hitam di kulit manggis yang gelap... tak terlihat ~
manje,
Hah?! Ada semut kat buah manggis tu ke? tak nampak pun?.... ooo.. semut tu pun ikhlas...
putih betul isi manggis.?!
*ada pepatah ttg manggis tak.?!
Sepa,
ada... putih seperti isi manggis....
errrr ye kut.. entah!
buah yg sangat jujur & tak suka menipu, sebab tu harganya mahal..
bak sini manggis tu, nak tolong buktikan jugak teory tu betul ke tidak
ron,aku masih tercari jawapan apa relevannya manggis terhadap durian??tak k try durian campur manggis ...ap jadi?
hahaha...
*putih bak telur dikupas... pernahla aku dengar. :)
antaranya :
pipi licin bak pauh dilayang
hidung mancung bak seludang
.
tapi... aku suka yg ini.
'burung terbang dipipiskan lada...
sebabnya,
inila antara peribahasa melayu yg melihat ke langit. yg lain banyak guna ayam. :p
apa kaitan keikhlasan dgn hitam putih lak nih...?
soalan ikhlas dr aku yg tak berapa nk putih.
.
Sudip,
Aku pun pernah dengar perkara yang sama... buah yang jujur... boleh buat satu karekter kartun yang baru... hahaha
Hani,
Dah abisssss... hehehee...
Azani,
Manggis sejuk, durian panas. Kalau bertemu, pasti mabuk... itu kata orang tua-tua.
tapi, orang sains macam kita ni, kalau sejuk campur panas, bukankah jadi neutral?
kalau neutral kira ok la kan?
Sepa,
banyak peribahasa Melayu jenis tunduk ke bumi.. ikut resmi padi, mithalnya... tu sebab kita ni bersopan santun orangnya. Cuma peribahasa bumi kenyalang lain sikit kut... keh keh keh
TM,
ha ah la... kenapa warna putih selalu dikaitkan dengan keikhlasan ek?
padahal, ada gak jenayah Kolar Putih...
aku tak reti la bab-bab ni...
ini buah kesayangan aku nih.
err... nanti bila ko pos buku tu, boleh pos sekali manggis barang sekilo dua?
mcm ko taip tu..
"Kalau orang bandar payah nak balik ambik manggis, biar manggis yang datang ke bandar."
aku la org bandar yang payah nak balik kampung tu.. kehkeh.
Wos,
weehh.. itu mak mertua aku je yang boleh buat. bukan aku.. keh keh keh
ker.. ko nak aku pesan mak mertua aku?.. HAHAHAHA
takpe bang.
aku pun dah ada sorang.
cukup dah.
wos,
manggis bukan boleh makan banyak2 pun... cirit weh... beli je la kat chow kit, 10 biji pun dah puas tu....
Post a Comment