penceritaan yang menarik |
Jalan-jalan hujung minggu nan lalu di The Summit USJ, selepas mengerang-erang akibat kaki diurut, aku masuk ke Popular Book Store di situ. Aku mahu cari buku-buku berasaskan sains kerana mengikut perkiraan aku, sudah bertahun aku tak beli / baca buku-buku macam itu.
Kemudian, aku tertarik dengan sebuah buku berkulit tebal dengan tajuk yang sangat-sangat 'catchy' ini oleh Paul Parsons (Dr.). Dia dedikasikan buku ini untuk guru Fizik beliau.
Aku tergerak nak beli apabila aku terbaca satu 'statement' yang menyatakan " Kelajuan tidak pernah membunuh, namun apabila anda tidak (berhenti mengejut), itulah yang membunuh...".
Kenyataaan seperti itu lebih kurang sama seperti kata-kata penjual pinggan mangkuk di Langkawi baru-baru ini... " pinggan mangkuk di sini tahan-tahan semuanya, kalau dilambung takkan pecah!..." memang pun. Ianya pecah bila dah tak melambung lagi (tetapi jatuh).
Antara tajuk yang menarik ialah " How to build an atomic bomb". Hah, kau!
Aku ingat dia bagi tau cara-cara nak buat bom atom, tetapi sebenarnya ia menceritakan hukum-hukum Fizik dan Fizik Nuklear yang bersangkutan tentang atom dan bom atom. Begitu juga yang lain, tentang 'Centripetal Force' (biasanya aku panggil Centrifugal Force atau Daya Emparan). Namun, cara penceritaan itu memang menarik untuk orang-orang yang 'benci' kepada Fizik.
Aku baru baca bab 3, anak aku dah 'rampas' buku aku tu.
Dalam masa 1 hari 2 malam, anak aku baca habis satu buku itu! Aku tanya dia, faham tak? Dia kata dia faham. Betul ke? Nanti aku nak 'test'. Sebelum tu, pergi buat persiapan untuk UPSR dulu.
Dan kelmarin pula, aku belikan 'bebola plasma'. Bukan bebola ikan atau bebola sotong tetapi bebola plasma. Ala, yang ada macam elektrik-elektrik dalam balang kaca tu. Tetapi, itu bukan elektrik. Itu adalah plasma. Apa plasma?
Plasma ialah keadaan ke empat sesuatu bahan ( the 4th state of matter). Kalau dulu kita belajar, Pepejal >> Cecair >> Gas... dan selepas gas??? Ia adalah plasma. Apa yang wujud dalam plasma? Dah.. pergi google sendiri....
.
12 comments:
bab ni memang 'blur' (saya le tu)... :)
kau citer je la. aku malas nak gugel. tv plasma tu takde kena mengena ek..
cer kau jelaskan dgn lebih terperinci lagi... aku tak faham ar..
centripetal dan centrifugal force sama ke? rasanya macam lain walaupun seolah2 sama..
FadhilahM,
Hah.. kalau blur, eloklah baca buku tu... dia punay explanation mudah untuk difahami...
Ibundo,
Alaaa.... nanti akuk cutnpaste dari wiki je la pasal plasma.. hahaha.
TV plasma tu pun guna teori yang sama la...
SMM,
Alaaa.... kat wiki ada tu... plasma tu adalah "molekul2 yang befcas yang teruja"... kalau dibuat sketsa pasal ni pun ok gak nih.... ye la, bab teruja-teruja ni... macam layang2 putus tali, keh keh keh
Jeb,
Entahlah mana satu yang betul.. dia kata lebih kurang sama jer...
ron
sakit kaki ke?kesan bersukan masa sekolah dulu ke?
kita bila sejuk, dua dua buku lali ngilu...akibat kecederaan main rugby satu masa dulu...
cntrifugal = centripetal force, kalau tak tercampak keluar atau tertarik ke dalam.....macam hayun tukul besi , selagi tak lepaskan dua dua sama
silap, bukan tukul mereton tu , ala bola besi yang di hayun masa acara balapan
Azani,
Aku lupa kaki aku menanggung beban selama 30 tahun... selagi hayat kaki aku masih ada, apa salahnya aku belai2 dia, sayang2 dia selagi dia masih hidup...
Aku rasa pun sama. centrifugal force dari centrifuge. kalau centripetal dari centripet? macam tak kena je.. hahaha
kalau plasma dlm 4th state, maknanya plasma adalah dlm keadaan supercritical, dan boleh lebih power dari laser.!
plasma vs laser. tak dak kaitan.?!
eh, kejap. laser bukan gas, cuma cahaya yg di-actuated & di-intensified.
ahhhh...! malas la nak gugel...
Sepa,
L.A.S.E.R - Light pastu ntah mende-mende ntah... laser tu acronym jer.
Plasma lain, dia electron yang teruja sama macam api, sedangkan laser tu cuma cahaya monochrome yang di intensified je, kalau tak silap la.. aku pun malas nak google. bukan masuk periksa pun... kakaka
plasma dgn pemalas konfem tak sama!
tak payah gugel.
Ros,
Hahahaha....
Ko dah femes. tu pun aku tak yah gugel.. keh keh keh
Post a Comment