.
Semalam, aku bersembang dengan mak aku di kampung. Kami bersembang dari satu cerita ke satu cerita yang lain. Sehinggalah ke satu cerita tentang seorang kawan aku (lelaki).
Kawan aku ni lebih muda daripada aku tetapi semasa kecil-kecil dulu, dia diantara budak-budak kampung yang berhingus hijau dan mandi bolen di tali-tali air. Diantara budak-budak kampung yang gemar memancing ikan puyu di paya-paya dan melastik burung di hutan-hutan pisang dan senduduk liar.
Dan tahun lepas dia AKHIRNYA bernikah dan berkahwin. Memanglah setahun itu sudah dikira cerita lama tetapi ada sesuatu yang menarik tentangnya. Kenapa baru tahun lepas dia berkahwin? Kawan-kawan sebayanya dah lama berkahwin dan ada yang sudah bersekolah anaknya.
Dan.... inilah ceritanya:
Mak aku kata, sebelum ini dia pernah bertunang dengan seorang gadis. Gadis itu sering mengelak bila diajak kahwin, pada mulanya. Sering meminta tunda bila diajak bertunang, apatah lagi berkahwin. Kawan aku itu memang seorang yang baik dan sedikit 'lurus' atau jujur.
Demi cinta suci, dia turutkan permintaan gadis tersebut. Mereka hanya berkawan selama beberapa tahun lagi sehinggalah pada satu hari, kawan aku itu mendesak untuk bertunang. Akhirnya, gadis itu bersetuju untuk bertunang dahulu. Itu pun setelah didesak berulang kali.
Memang terlintas di hati, kenapa liat sangat gadis itu bila diajak bertunang atau berkahwin. Selalunya, lelakilah yang payah hendak diajak bernikah.
Segala persoalan akhirnya terlerai pada satu hari ketika pasangan kekasih itu bersiar-siar memadu kasih...
Si Gadis itu tiba-tiba rebah ke tanah. Nasib naik gadis itu sempat disambut oleh tunangannya. Ketika itulah, si gadis menceritakan segala-galanya. Dia mempunyai sejenis penyakit yang membunuh. Oleh kerana terlalu sayangkan tunangnya itu, si gadis tidak mahu mengecewakannya dengan sebuah perkahwinan yang singkat. Sebab itulah dia cuba mengelak bila diajak bertunang dan seterusnya bernikah.
Akhirnya, si gadis yang baik hati itu pun menghembuskan nafas terakhirnya di ribaan tunangnya. Kisah percintaaan mereka yang penuh trajis itu disaksikan oleh puluhan mereka yang ada disekeliling... huhuhuhu..
Dan sebab itulah, kawan aku itu mengalami trauma yang panjang... ingatannya kepada bekas kekasihnya itu amat-amat sukar untuk dilupai.
Kisah cinta yang elok jika dijadikan drama atau novel...
.
14 comments:
alahai...
bukan senang nak cari lelaki yang sangat2 setia kan..
sangat2 menghargai..
yang nak berahsia² sangat apasal la
Cheqna,
tak juga setianya.... lepas setahun lebih, dia kahwin gak dgn org lain.. hahaha
KOG,
Itulah yg buatkan kawan aku tu trauma... kesian kawan aku tu...
buat novel utk criter nih brader. aku sokong.
*cuma... kalau boleh, akula yg heronya... hehehe... :)
Sepa,
nak buat gak?
aku tak sangup buat novel..
cerpen bolehlah...
kisah benar ke ni?
*
dulu aku mengelak jugak bila org ajak kawin. tapi sekarang ni bila aku dah taknak mengelak, takde pulak org ajak kawin. heheh~
tersengih aku baca komen KOG.
komen yang dasar-tak-ada-perasaan.
keh keh.
beb... kepala otak ko sama la dgn aku...
:)
.
gbunga,
beb... tuan blog ni bujang 3.
tak takut ke komen gitu..?
keh keh.
.
GB,
Kisah benarlah tu... mak aku ceritakan sendir bila aku tanya kenapa kawan aku tu lambat kawin.
Aku ada jumpa kawan aku tu musim raya lepas tapi aku tak sanggup nak tanya pasal tu.. mana tau tetiba dia kata 'AKu gay', hah..! Tak sanggup beb... hahaha
TM,
Ah.. dia dah kawin, boleh la cakap macam tu. cuba masa dia bujang dulu, mau masuk bilik guling2 atas katil sebab malu kena pinang... keh keh keh..
TM lagi,
Heppp!.... Biasaaaa diek..
;P
buat cerpen tentang nie.. saya tunggu..hehe..mesti best..
FadhilahM,
Alaaa.. kecubung pun belum siap lagi...
kalau nak buat berdasarkan cerita betul, aku kena jumpa dan interview kawan aku tu. nanti sensitif pulak... nantilah aku dapatkan cerita sebenar dari ayah dia atau org2 kampung yang tahu...
tragis...
Jeb,
yup... benar.
Post a Comment