When life is on a bubble...
Kisahnya begini:
Di sebuah negeri di Timur Jauh, duduklah sepasang suami isteri yang belum dikurniakan anak di sebuah pondok kecil yang diperbuat daripada kulit kayu dan jerami. Kehidupan dhaif mereka tidak langsung mematahkan semangat mereka untuk terus hidup seperti pasangan-pasangan lain yang ada di sekitar negeri itu.
Bagi mereka, setiap hari adalah satu kurniaan dari yang Maha Agong kerana dengan kedhaifan mereka itu, mereka terpaksa membanting tulang untuk makan dan minum; bermakna banyak perkara yang mereka telah lepaskan, termasuklah urusan-urusan yang dikategorikan sebagai fardhu Kifayah. Oleh itu, mereka tersisih daripada masyarakat sedikit demi sedikit.
Suatu hari, datang seorang bijak pandai ingin mengajak pasangan dhaif ini supaya bercampur-gaul dengan masyarakat. Setibanya di rumah pasangan itu, si bijak pandai ini pun terkedu melihat keadaan rumah mereka yang tak mampu menahan panas siang dan sejuk malam. Setelah memberi salam, salamnya itu berbalas:
Kata si bijak, " kamu perlu berusaha dengan lebih gigih lagi supaya kamu terkeluar dari belenggu kemiskinan ini..."
Si lelaki bertanya, "Katakanlah kepadaku wahai saudara, kenapa aku perlu keluar dari kemiskinan ?"
Jawab si bijak, "Kerana setiap manusia ada habuannya di dunia ini, dan tanggungjawab di akhirat nanti. Maka, sementara kamu hidup, rebutlah kedua-duanya...."
Si lelaki bertanya, "Aku telah berusaha sedaya mungkin dan inilah hasilnya. Kenapa aku perlu menjadi kaya?"
Jawab si bijak, "Kerana pujangga hebat ada berkata, kefakiran boleh menjerumus kepada kekafiran..."
Si lelaki berkata, " Anehnya, kerana setahu aku, ramai dari kalangan kamu berusaha membuang dunia semata-mata mahu dekat kepada Tuhan..."
Fikir-fikirkanlah, wahai sahabat... kita hanya pemastautin di atas satu gelembung buih yang hanyut terapung-apung dibawa angin... entahkan bila buih itu akan pecah dan hancur...
.
9 comments:
ermmmmmm
cheqna,
errmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... juge...
aku takmo jadi buih!!!
macam ustaz hari tu kata, kita minta doa , kebaikan didunia juga akhirat serta minta jauh dari api neraka ....kemudian kita tanya kenapa kita tak senang, mewah...bukankah kita minta jauhkan dari api neraka...
aku rasa maksud dia , kita sebenarnya sudah dalam kedaaan terbaik...dengan hidup kita begini..kalu lebih lagi mungkin kita lupa diri...
BK,
Ko bukan ada pilihan pun... hahahaa
Azani,
Mungkin... mungkin juga.
Ikutlah jalan masing-masing, kerana masing-masing ada jalannya...
salam. wahai sahabat.!
:)
Sepa,
bak kata Daiya, 'lupakan yang lain'.. hahaha
tak nak la jadi buih.
aku nak jadi belon.
muktamad.
Ros,
sama je.... dua-dua senang meletup.... hahaha
Post a Comment