.
... lalu tubuhnya pun menjadi salah satu daripada entiti alam yang mereput bersama-sama masa. Lalu tubuhnya pun menjalani satu prosedur biasa yang telah ditetapkan alam ini. Lalu tubuhnya pun dicerai-beraikan oleh taring-taring tajam, dibawa ke satu sudut satu persatu dan tidak mungkin dicantumkan semula.
... lalu dia pun telah melengkapkan kitar hidupnya. Kini, kitar seterusnya menanti dan dia mungkin sedang berkira-kira untuk berkata:
"... kini, giliran kamu pula".
... lalu dia pun hilang bersama-sama masa yang hanyut, menjadi sebahagian sejarah hidup alam ini.
Malam semalam sebenarnya aku telihat dia masih hidup dan menendang. Aku cuba ambil dia untuk diletakkan di sebatang pokok limau berhampiran tetapi dia telah mencubit jari aku (yang kini tak berinai). Jadi aku tamatkan niat suci aku itu.
Aku dah cuba, ok.
Mungkin dia yang tak mahu diselamatkan. Mungkin dia memang mahu mati. Mungkin dia sudah lemas untuk terus hidup di dunia yang ini.
Pagi tadi, dia pun kaku... dia telah tewas.
.
7 comments:
Kesiannya....
Baru nak tanya:
"Walang kadong....macam mana bapak Arif tidur?"
Walang kadong ya kak? Kita mentadak hihi..
cklah,
bapak ariff turu ne jempong - jempong.. kakaka
Kak Lily,
walang tu belalang kak. Maknanya, orang jawa masih iktiraf mentadak ini sejenis belalang mengikut fisiologinya.. fuh! akademik sungguh komen aku... hahaha
RIP mentadu~
mentadak mentadu gane gok aku tido...
GB,
mananya RIP... tubuhnya digerit dan diceraikan satu persatu... perit tu...
Cheqna,
mung tido nonggeng-nonggeng.. jawab mentadak tu keh keh keh...
kat Thailand org goreng menatang nih.
*ko tak mo try ka, brader.? :p
Post a Comment