Saturday, January 14, 2012

Kacang kunyah-menyesal kunyah-menyesal...

.

Aku suka kacang hijau yang bersalut Wasabi ini. Amat elok untuk orang-orang yang hidungnya tersumbat atau selsema. Sekali kunyah, terasa wap Wasabi itu naik ke rongga hidung dan... wallah... mata pun berair.







Aku suka tapi setiap kali kunyah terasa macam nak menyumpah seranah. Lepas tu masukkan beberapa biji kacang lagi, aku kunyah tapi terasa menyesal makan. Bila dah habis, aku kunyah beberapa biji lagi dan rasa seperti mahu menyesal.

Macam itulah... sampailah habis satu paket. Kunyah-menyesal-kunyah-menyesal...


Demi menzahirkan rasa menyesal itu, kadang kala kami (aku dan Mama) akan lepak-lepuk lepak-lepuk diantara kami... bila habis satu paket, adalah sikit lebam-lebam...




.

10 comments:

Insyirah said...

Kalau dah makan masuk perut, tak boleh nak menyesal...itu kan rezeki.. :p

Tijah said...

aku kalu musim hidung sumbat, nak bersin pun payah...mmg masuk kedai jepun la hari tu.

Nizam.Ariff said...

Syirah,
menyesal masa kunyah je, dah masuk perut, nak lagi.. hehehe




Tijah,
Sama la... pekena miso soup panas best. Hari tu aku order 2 mangkuk sup tu...

sepa said...

tak tau pulak ada perisa nih. nanti nak try.

oya. Kecubung dah sampai.
menarik 'prolog'nya.

Thanx. :)

tasekM said...

aku tak reti nk mmkn wasabi nih...
aku membayangkan wap tu naik gaya2 aku makan gula2 mentol la kot..?
ada gaya gitu ke...?




.

tasekM said...

aku syak komen aku dh sangkut kat spam.
cer ko check...





.

ckLah @xiiinam said...

Bapak ckLah pernah trbeli...
Masuk je mulut;
"Kacang opo toh iki?. Pti...ptui...."


....dia bagi kat ayam, ayam jeling aje. Ayam Jawa katakan...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
awat lama sangat dia orang pos ni? takkan 2 minggu baru sampai? atau.. kena tunggu air sungai naik baru bot boleh sampai ke rumah kamu?




TM,
Haaaa.. lebih kurang macam tu la...
cuma ko tukarkan wap mentol macam menstos tu kepada wap cili kering yang kena rendam dalam air panas.. macam tulah..


Ye, dia sangkut ke spam...





Cklah,
mula-mula dulu aku pun pelik kacang berperisa ini, maklumlah kacang pedas dan pedau... mula2 tu Mama yang belikan lamaaaa dulu... sekarang, aku pula yang mengidam .... hahaha

cheqna said...

hahahahaha
tu je
terima kasih =)

Nizam.Ariff said...

cheqna,
cuba la.. hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com