.
Memang sukar untuk berlaku jujur. Dugaannya sungguh besar. Pengalaman lalu menjadi buktinya. Dan semalam juga menjadi bukti yang seterusnya... ceritanya begini:
Semalam, ada pasar malam di kawasan ini. Di sebuah gerai ikan, aku memilih ikan Nyuk-Nyuk yang aku lihat masih segar. Bila aku tanya harganya, penjual itu jawab sekilo RM24. Baiklah. Aku pilih dan suruh dia timbang.
Paparan pada skrin digital penimbang itu menunjukkan angka 21.47, itu bermakna harga ikan itu ialah RM21.47. Penjual itu kata, RM21.40. Baiklah, aku dengar. Oleh kerana aku tak suka sangat sen-sen yang ada di belakang nombor itu, aku minta harganya RM21.00, digenapkan sahaja, pintaku.
"Tak dapat, bang", jawabnya. Bila aku minta kurangkan 40 sen sekali lagi, dia masih tak beri.
"Sekarang ikan segar payah nak dapat, bang. Abang tengoklah tempat-tempat lain, semuanya sama".
Baiklah. Aku berikan dia not RM50 dan duit syiling 40 sen. Kemudian, dia pulangkan baki RM30 tepat lalu melayan pelanggan yang berdiri di sebelah aku. Aku congak-congak, aku rasa dia tersilap pulangkan. Jadi, aku tanya dia balik, bukankah sepatutnya RM29 sahaja?
"Betullah tu, saya pulangkan RM30", suaranya sedikit meninggi.
Aku rasa dia tak dengar apa yang aku cakapkan tetapi dapat melihat yang aku unjukkan semula duit baki tadi. Salah faham, aku rasa. Jadi, aku ulangi semula. Aku cakapkan yang itu bukan baki sepatutnya.
"Tak boleh bang, tak dapat...", katanya lagi.
Aku terasa seperti orang yang terlalu berkira di mata pelanggan-pelanggan lain. Segan pun ada. Jadi, aku terus beredar untuk beralih ke gerai-gerai lain di hadapan.
Namun sepanjang aku berjalan itu, aku terfikir apa yang perlu aku lakukan. Sepatutnya dia pulangkan hanya RM29. Bermakna dia terlebih pulangkan sebanyak RM1. Bayangkanlah, aku minta kurangkan 40 sen pun dia tak boleh bagi, inikan pula terkurang seringgit!!! Mau meroyan kalau dia tahu.
Tapi apakan daya, aku dah cuba. Untuk cuba lagi, aku malu kalau dia sergah aku depan orang ramai. Jadi aku biarkanlah sahaja sambil dalam hati masih tertanya-tanya, macam mana dengan wang seringgit itu?
Ketika di satu gerai menjual sayur, pada kali ini aku pula yang terlebih bayar RM1. Cepat-cepat penjual itu menegur aku dan pulangkan duit seringgit itu.
Sekarang, Tuhan telah berikan maklum balas tentang isu satu ringgit itu tadi...
Hallasss.....
.
19 comments:
aku yakin kau akan jumpa jawapan dan jalannya.....
aku selalu jadi gini.
kot mula2 tu aku mcm marah sbb org terpijak kaki aku.
tak lama lepas tu aku pulak yg terpijak kaki org lain.
dan lepas tu aku akan mula memikirkan... apa pengajaran yg tuhan nk sampaikan pada aku..
.
Azani,
Minggu depan aku akan pulangkan, sebab penjual sayur tu pulangkan duit aku...
TM,
Hukum Karma... sesetengah hukuman kat dunia dah kena... ada juga sesetengah tu bukan hukuman tapi hanya sekadar 'teguran' kerana hukuman menanti di akhirat nanti..
inilah yang dinamakan karma =)
jadinya..pandai2 la yer =)
Cheqna,
kena pulangkan juga ke? Kalau dia marah aku lagi macam mana? aku takuttt....
aku cadangkan ko maukkan singgit dulu dlm tabung masjid niat pahala utk dia tara nantikan nxt week..so that 'prevention of karma..lama tau minggu dpn tu...
sebab karma itu tak semestinya jadi pada kita..mungkin ahli keluarga kita...
Alien,
haiiiyukk.... takut ni... hari ni Hari Jumaat... nanti aku masukkan...
betul kata alien, tak semestinya ko pulang kat dia.
sedekahkan kat tempat lain pulak...
hmmm...
kejap, aku nak pikir.!
*apa kata, ko framekan singgit yg dia tak mo ambik tadi. ko buh tajuk kat frame tuh : "semalam bersama ikan Nyuk-Nyuk"
eh. kejap. duit singgit ada dua muka, jd ko kena buh dlm frame yg boleh nampak 2-2 muka. kat belakang ada gambar wau.
:p
salam.
chop.chop.
tumpang lalu. nak tanya ni, ikan Nyuk Nyuk tu apa ea. aku tak pernah dengo pon.
BK,
nantilah.. kalau-kalau aku ingat lagi... hahaha
Sepa,
eh, kalau aku ambik gambar letak kat fotoblog pun ok gak kan? keh keh keh
Haniaiman,
Ikan nyuk-nyuk tu macam ikan selar kuning tapi lebih besar, sebesar pinggan nasi tambah dan lebih berisi... sayugia lebih mahal... selalunya orang buat masak lemak cilipadi atau lemak kuning....
letak dalam fotoblog.! TAK BOLEH.!!!
*nanti org cetak buat singgit palsu... :p
Sepa,
ye ke? dslr punya pasal ek? hahahaaa...
daripada download, lebih baik dia orang fotokopi duit singgit dia org sendiri... keh keh keh
Nanti mimpi, dan mengigau;
"Pulangkan! Pulangkan! Puangkan!"
cklah,
dia jadi hantu????
kakaka... padan muka dia, siapa suruh dia marah-marah aku depan orang ramai...
Masuk tabung surau pun ok gak..
dua2 dapat pahala..
dak ai,
tak boleh, dia selalu ada berniaga... kena pulangkan semula...
Post a Comment