Ibarat mentibang memanjat eskalator...
Maksudnya, (i) cara yang bijak untuk cepat naik ke atas (kerjaya); (ii) seorang yang mempunyai kelebihan tetapi pemalas (perangai); (iii) seekor mentibang menaiki eskalator (haiwan)...
Lajuuuu..... ya, aku ada tolong bangla itu tolakkan... hahaha |
Dulu-dulu semasa aku masih terbangak-bangak melihat troli itu boleh memanjat ke atas, aku terfikir apa jenis mekanisme yang membuatkan troli itu kekal tak melorot turun ke bawah. Aku ingatkan ada semacam magnet kuat yang mengekalkan kedudukan troli itu. Atau pun, ada penyendal yang mengunci kedudukannya.
Pada satu hari itu, aku tengok betul-betul apa yang berlaku. Rupa-rupanya, rekabentuk roda troli itu memainkan peranan. Patutlah disc roda troli itu nipis dan berlurah di tengah-tengahnya.
Ia menggunakan konsep yang mudah. Kalaulah roda yang bebas berputar itu tak menyentuh lantai, roda itu pasti tak akan berfungsi. Sama seperti dulu-dulu, iaitu pekena kawan-kawan yang menaiki basikal. Dia punyalah kayuh laju-laju tapi basikal tak bergerak sebab aku angkat belakang basikalnya supaya roda belakang basikal itu tak jejak ke tanah.
Berbalik kepada troli tadi, bukan setakat rekabentuk roda troli itu yang memainkan peranan. Rekabentuk lantai eskalator juga. Ia mempunyai alur-alur yang menjadikan roda troli tadi tergantung.
Tapi, kenapa sebegitu banyak troli masih boleh naik ke atas sedangkan tentulah ianya sungguh berat? Jawapannya, ada plastik yang seperti getah di celah rodah itu yang bertindak seperti brek.
Itulah 'postmortem' yang aku buat terhadap sesuatu yang biasa kita lihat tetapi mempunyai rekabentuk yang bijak dan hebat.
.
9 comments:
satu hari bulan lepas aku ke tesco ngan bibik. Selesai beli belah dan blah kitorang turun eskeletor, troli aku dulu bibik kemudian. Nak jadi cerita troli bibik aku tersangkut kat bawah sebab roda dia mungkin mengalami kecacatan yang amat teruk. Troli orang belakang pulak terus turun meluru. Aku panik. Bibik aku lagilah panik. Aku tarik troli yang tersangkut dari depan. Lepas. Tapi seluar bibik aku pulak tersangkut dekat eskelator. Nasib baik ada insan yang tolong tarik walaupun rabak.
Semuanya berlaku degan pantas.
Aku rasalah kan.. patut ada pekerja yang tunggu kat eskeletor. Kalau berlaku perkara macam ni boleh stopkan eskeletor.
perghh
kagum cheqna
sampai begitu sekali pemerhatian yang dilakukan...
kain baju kurung cheqna pernah tersangkut di roda troli...
mencikkk
aku nampak camcaterpillar... :)
.
aku pun masa guna troli tu dok study mekanisma yg deme gunakan.
ya. rekabentuk roda dan eskalator tu yg membuatkan troli tu seakan melekat.
cuma.
yg aku tak pernah tgk troli tu bergerak laju.
betul ke laju..?
.
Ibundo,
tu kalau tersepit tu mau senak perut... aku pernah juga hampir dirempuh dari belakang oleh troli orang yang baru turun dari eskalator...
Cheqna,
itu insiden yang menyanyat hati... hahahaha
Sepa,
Macam lipan pun ada juga.. kakaka
TM,
bila troli tu ambik selekoh, pak juragan yang kat depan tu punyalah kelam kabut nak kasi troli koner baring... keh keh keh....
Aku moskel bagaimana kawan2 aku terutama lelaki yang pakai kerusi roda naik eskulator.
Kadang2 aku rasa perbuatan tu cukup merbahaya dan sungguh kadang aku dengki sebab depa nampak cekap dari aku yang berjalan. Terhegeh2 naik eskulator.
ha ha..
Waterlily,
eh betullah... tak pernah nampak orang berkerusi roda naik eskalator lagi... entah macam mana agaknya. Nak kena siasat ni...
Idea menghasilkan ciptaan, dan ciptaan menjadi satu sumber pelbagai perubahan dalam kehidupan manusia.
Kang Temuk,
nak mendapatkan idea itulah yang payah...
Post a Comment