Ada yang panggil 'agas-agas', ada juga yang panggil 'baling-baling' tetapi aku panggil 'rengit-rengit' iaitu sejenis serangga terbang yang halus dan sering menghurung buah-buahan yang ranum atau hampir busuk dan berair. Ia biasanya menghurung dalam bentuk berkumpulan. Oleh kerana ianya terlalu kecil, aku tak boleh ambil fotonya yang sedang terbang.
Aku google setiap nama panggilan di atas tetapi yang keluar hanyalah imej-imej kawasan peranginan (Tanjung Agas, Rengit, Baling) dan bilah kipas (baling-baling). Jadi, aku terpaksa gunakan imej yang hampir tetapi aku pasti ianya bukanlah serangga yang aku maksudkan di atas...
imej dari google |
Dan kelmarin ada kawan telah bawa buah rambutan ke pejabat. Lalu semalam, bau wangi dan manis buah itu telah pun mengundang 'rengit-rengit'. Oleh sebab itu, petang semalam puluhan rengit-rengit pun bergentayangan di ruang pejabat, termasuklah mengganggu aku yang bertemankan secawan teh o suam di atas meja.
Dan petang semalam, salah seekor telah berjaya masuk ke dalam hidung aku!
Dan ia melekat pada kelembapan mukus dan hingus. Ia masih hidup dan cuba mengorek keluar. Masalahnya, ia dah terlekat jauh di dalam. Aku cuba capai guna jari kelingking pun tak dapat. Kini, kami berdua sedang hadapi masalah besar!
Aku berlari ke sinki lalu aku masukkan air ke dalam hidung. Aku hembus kuat-kuat. Aku lakukan beberapa kali tapi belum berjaya. Ia masih mengorek-ngorek untuk keluar dan korekkan itu membuatkan aku terasa geli. Aku bersin beberapa kali tapi ia masih tak keluar.
Kalaulah serangga itu masuk ke dalam kerongkong, aku boleh telan terus. Tak ada hal. Tapi ini ke dalam hidung. Kalau ia terus masuk ke dalam paru-paru aku dan bertelur, macam mana? Paru-paru aku cukup kelembapan dan cukup oksigen. Protin pun ada dalam bentuk dinding-dinding sel. Amat sesuai untuk inkubator. Bagaimana kalau satu hari nanti telur-telur itu menetas dan ratusan 'rengit-rengit' pun keluar dari hidung dan mulut aku macam dalam filem-filem seram? Ahhh......!
"Cuba kamu tutup hidung dan mulut dalam 10~15 minit, bagi serangga tu tak bernafas, lemas."
Hmmm... ok!
Eh... bodohlah!
.
15 comments:
dia saja la nk beramas mesra dgn ko.
ko kan suka geli2...
keh keh.
.
ha ha...ngilu beb...aku faham....cuba minta wife pakai tweezer..tapi kalau jauh sangat kau masukkan air dalam hidung, mana tahu boleh termasuk ruang kromgkong...
Dia ingat lubang tu hotel kot...
TM,
Huwaaaaa...!!! Di korek-korek macam yakjuj makjuj korek tanah nak kuar...
Azani,
Kerongkong?? Huawaaaaaaaaaaaa.... juga!
Cklah
Hotel?? Huwaaaaaaa..... lagi!!!
kat sini kita ada gak istilah rengit-rengit. kecil cam tuh gak. cuma kalernya itam. tp selalunya bertandang jam2 maghrib.
yg kat buah aku tak pasti... tp, bukan langau. :)
Sepa,
kalau yang gigit-gigit hisap darah tu bukan ke agas?
Entri ni buat aku teringta ke adik.
Dia cukup hangin kalu benda menaatang kecik2 ni masuk lubang hidung arau kerongkonng dia.
Silap gaya boleh masuk spital sebab dia ada asma yang akut.
Kak Lily,
asma sebab fobia kut...
apasal ko tak sembur dengan sheltox je..
hiiiiii......
Kakpah,
kat opis tak ada sheltox..!
Kalau ada dah lama aku sembur...
eh?
sekali sedut rokok, lemas la dia... macam fogging gitu
KOG,
ooo.... betul gak tu.
tapi mana da org sedut rokok ikut hidung... tersedak la...
Kelakar la awak punya entri!
Ara.
Terima kaseh....;)
Saya sekarang ada binatang masuk kat hidung. Tk tau binatang apa
Post a Comment