.
Semalam. Kepala 'nyut-nyut' denyutnya. Tekak 'kroh-kroh' kahaknya. Hidung 'slurp-slurp' hingusnya. Kalaulah dikumpul semuanya sekali, boleh dibuat bahan-bahan Cendol atau Air Batu Campur agaknya - ada kuning-kuning, ada hijau-hijau, ada yang jernih pekat tetapi lazat... keh keh keh.
Dan tadi, aku dan kami pun berkeputusan untuk ke DEMC. Selepas 4 hari demam dan masih belum kebah-kebah, kawan-kawan mengesyorkan untuk aku dan kami pergi uji darah. DEMClah yang kami tuju sebabnya parking senang dan urusan mudah. Hanya bawa buku klinik. Tak payah bayar, tak payah buat surat sokongan. Kalau dulu-dulu, kami biasanya ke SDMC (f.k.a SJMC) tetapi sekarang parking payah. Mahal pula tu. Macam tak sudi nak terima orang macam aku je.
Aku tak perlu uji darah... lega! Mama kena uji darah. Kesian. Punyalah payah nak cari urat darah dia, mau 5 kali cucuk baru jumpa urat darah agaknya. Biasanya begitulah. Kalau aku senang sahaja. Aku genggam tangan 4-5 kali, terus 5-6 urat darah aku timbul macam buaya tembaga di Batang Lupar. Pilih salah satu urat, cukup untuk 3 tabung uji sekali sedut.
Hanya bakteria, bukannya virus. Lega. Maklumlah, kawasan perumahan kami ini adalah kawasan hitam untuk virus Denggi. Lebih-lebih lagi wabak selsema mula menular. Takut terkena SARS ke, selsema Babi atau Burung ke. Biasanya, awal tahun begitulah. 5 tahun dulu pun kami kena Denggi awal tahun juga. Seminggu di SDMC, platlet darah aku dah turun sampai 24 counts. Kalau turun bawah 18 counts, kena siap-siapkan kain kafan 7 ela... kalau batang tubuh aku, mungkin kena lebih sikit nak balut.
Dan doktor berikan cuti 2 hari lagi...
Dan tadi, aku dah poskan Kecubung kepada orang-orang yang memesan. Tunggulah 2-3 hari baru sampai agaknya. Untuk Sepa, ko punya mungkin bulan depan baru sampai, siapa suruh duduk jauh-jauh dari aku. Pos biasa. Kepada semua, terima kasih kerana menyokong aku.
.
13 comments:
berehatla.
moga cepat sembuh =)
cheqna,
baik buuu... hehehe
Semoga cepat sembuh..
besarnya urat2 ko...!!!
...ko pernah tgk berapa besar buaya Batang Lupar tu.?! ko jangan...!!! :p
.
oya, pasal Kecubung. biar lambat asal dapat... thanx, brader. :)
.
Dak Ai,
Dah ada blog baru... fotoblogaku.blogspot.com dalam sakit-sakit gitew...
Sepa,
Besar2 ke buaya sana tu? Aku ingat besar cicak jer...
Kecubung? Dua tigga hari lagi aku mati keracunan la sebab tak dak ilmu tawar racun ha ha..
Kak Lily,
masih ada masa untuk pergi Patigeni... hahaha
dah ada blog foto..?
jap nk pi tgk.
.
TM,
pegi la.... datang balik taw.. hahaha
kawan aku pernah sebut "selsema unggas" aku rasa nama tu kiut benor!
KOG,
nasib baik tak cakap.. "selsema mergastua"... hahaha...
ko dah ada foto blog.?!
.
akupun nak ke sana kejap... :)
Sepa,
adaaaaaa...... nak lawan ko....
Post a Comment