.
Petang ini bakal menjadi sejarah dalam hidup aku (aku masih hidup?). Tepat jam 3.30pm petang ini, aku akan menjalani hukuman gantung. Jika aku masih hidup selepas itu, aku akan dihukum gantung lagi... dan lagi... berkali-kali.
Petang ini, tepat jam 3.30pm, aku akan diminta berbaring di atas meja panjang. Algojo akan memberi salam dan meminta kebenaran untuk masuk ke bilik hukuman seluas 8'x10' itu. Jika aku jawab salamnya, dia akan menyibak langsir dan masuk. Kalau aku tak jawab, dia tak akan masuk. Oleh kerana aku orang Islam, aku wajib menjawab salamnya. Jadi, sang algojo itu tetap akan masuk!
Setelah berbaring, dia akan tanya keadaan aku sama ada selesa atau tidak. Bila aku cakap selesa, dia akan bertanya berat badan aku dan tinggi aku. Aku akan berikan informasi kepadanya. Selain untuk perkiraannya, mungkin juga dia beritahu 'undertaker' untuk ukuran keranda nanti. Itu aku agak sahajalah. Aku tak tau.
Kemudian, dia akan berdiri di atas kepala aku. Dia akan minta aku tanggalkan cermin mata, keluarkan segala benda yang ada di dalam poket aku, yang berupa dompet, kunci kereta, telefon bimbit dan sekotak rokok. Setelah sudah, dia akan sarungkan kepala aku dengan tali seperti tali kekang kuda yang diperbuat daripada kulit bermutu tinggi. Kemudian, aku akan tercium bau tali tersebut. Bau kematian.
Tali itu akan dibelitkan di bawah dagu aku, beberapa inci di atas batang tenggorok aku. Tali itu juga akan melilit kepala aku sehinggalah ke belakang kepala. Kemudian, dia akan kejapkan tali itu mengkut keselesaan aku. Dia akan bertanya beberapa kali sama ada aku cukup selesa atau tidak dengan jerutan itu. Aneh, mahu kena hukum pun masih ditanya selesa atau tidak.
"Encik sudah bersedia?" soalan itu akan bergema di dalam bilik hukuman nanti.
Aku tak mampu bercakap atau mengangguk kerana telah terikat. Hanya mata aku yang boleh berkelip dan air mata sebagai isyarat. Isyarat terakhir sebelum sang algojo itu menekan punat suis.
Apabila dia tekan punat suis itu, integrasi motor, gear dan takal akan menarik tali tadi dan aku pun dijerut perlahan-lahan. Pada ketika itu, aku akan rasakan leher aku akan memanjang milimeter demi milimeter sehinggalah mesin itu terhenti pada beban 15kg.
Ketika itu nanti, aku akan mengalami afiksia yang tiada kaitan dengan seks. Aku akan sukar bernafas. Tersekat-sekat. Sungguh terseksa. Kemudian, sang algojo akan meninggalkan bilik hukuman itu. Tinggallah aku dan mesin penjerut itu. Mungkin mesin itu direka untuk menyeksa sebelum membunuh kerana setiap kali aku terseksa beberapa minit, mesin itu akan kendurkan tali selama beberapa saat. Kemudian, tali tadi akan diregangkan semula sehinggalah aku terjerut. Aku akan tercungap-cungap, kepala seperti akan tertanggal daripada tubuh...
Itulah hukuman aku... aku redha kerana aku orang berdosa....huhuhu.
.
12 comments:
73 pintu, 73 jalan, yang sampai hanya satu jalan (kau sakit, aku menyanyi²)
ko buat slimming treatment eh?
MRI ke ECG?
kotak kecil brand apa bro?
Pall mall? Winston?
KOG,
pesal tak nyanyi lagu selimut putih je..
GB,
ha ah.. banyaklah slimming...
tapi, mmg doktor suh slim sikit... dekat-dekat Aaron Aziz punya slim pun dah cukup...
Azani,
mana ada MRI ECG jenis jerut leher.... ni lain...
Cap orang mengail ikan... hahaha
ko maksudkan topi yang detect brain wave tu ke?
apa permintaan terakhir?
kah kah kah.
makin teruk jin dalam badan KOG nih...
.
Azani,
takde.. takde... tak masuk terowong pun...
Alien pakai lipstik,
terima kasih.... kesian tak?
Sudip,
permintaan terakhir?
errr.... nak Lasangna 10 lapis, cheese lebih... boleh?
TM,
aku pun rasa jin yang Pak Haji buang tu datang menempel kat badan dia kut... keh keh keh....
eh. algojo lupa keluarkan sekotak mancis dari poket ko.
:)
kesina?tak sebab aku rasa ko lagi 'kuat' dari aku
MamatSepa,
tak... aku tak lupa. memang aku sengaja tak kuarkan sebab mancis tu kecik je... kalau meniarap tak terasa sangat...
Alien pakai lipstick,
kuat lelaki kuat fizikal, kuat perempuan kuat mental... tu sebab ko lagi kuat daripada aku sebenarnya... percayalah.
Post a Comment