Monday, April 23, 2012

Khasiat buluh tumpat tempatan

.

Apa kes kayu ni?
Tak ada apa-apa kes. Dah 8 tahun aku gantung di situ sampai kering.
Sengaja nak tunjukkan kepada sesiapa yang masuk
ke dalam kereta. Ini bukan kayu tetapi buluh yang tumpat. Aku pernah ceritakan dulu
bagaimana aku dapat buluh ini (yang secara kebetulan).






Baru-baru ini seorang kawan baru balik dari Sarawak. Dia berceritakan tentang kayu-kayan yang wujud subur di bumi sana. Antaranya Kayu Tas. Gambir Sarawak dia tak ceritakan pulak. Kayu Tas dan Gambir bukankah secocok? Kemudian keluarlah cerita tentang Buluh Tumpat yang banyak di utara semenanjung.


Aku teringatkan buluh yang ada di dalam kereta aku. Terus aku kata, aku ada buluh tumpat sepotong. Dan aku katakan lagi, buluh tumpat aku tu bukan buluh yang tumbuh secara tumpat. Buluh tumpat aku itu sebenarnya hanyalah buluh biasa yang memang keluarga aku guna untuk buat galah. Cuma pada satu hari tu, abang aku dapati ada 2 ruas buluh itu tumpat. Selama ini tak pernah ada pun dan selepas-selepas itu pun aku tak jumpa lagi dah yang tumpat di rumpun itu.


Dia berminat. Dia kata dia nak sikit. Aku tanya balik, nak buat apa? Dia kata dia pernah dengar buluh tumpat itu ada banyak khasiatnya. Bila dia kata begitu, aku pun apa lagi, aku jual mahal la.... hahaha. Bila dia nak tahu khasiat yang lebih lanjut, berputar kepala aku mencari idea... keh keh keh...


Aku katakan, antara khasiat buluh tumpat ialah:-

  • Bila pegang buluh tumpat, orang tak boleh nak cari bila menyorok
  • Kalau letak buluh tumpat di dalam kereta dan dipandu di jalan raya, tak akan lemas di laut.
  • Kalau letak buluh tumpat di bawah bantal ketika tidur, tak akan kemalangan jalanraya.
  • Dan yang paling penting, kalau tak ada duit boleh pergi ke bank kerana di situ nanti ada banyak duit.




.

21 comments:

tasekM said...

kah kah.

saja suka buat aniaya ke org tau..!




.

Anonymous said...

ini la benda paling mujarab. lebih mujarab daripada panadol!

Nizam.Ariff said...

TM,
sapa suruh dia percaya yg bukan bukan.. hahahaa




SM,
nak kena rendam buluh tu dalam air suam dulu la kut... hahaha

jeb said...

atuk aku dulu ada buluh tumpat ni.dia dapat dari guru dia di sulawesi.ada 5 6 batang.sebatang lebih kurang 2 kaki..

memang banyak khasiatnya buluh tumpat ni.atuk aku cakap, sejak dia simpan buluh tumpat ni, bila dia ada duit, senang dia berbelanja..

Nizam.Ariff said...

jeb,
Ooo... patutlah. sama la dgn aku, bila ada duit senang sangat nak berbelanja sampai tak perasan duit gaji gaji entah ke mana...

kakakaka.....

Fadhilah Maarif said...

hehe...lawak sungguh!

Nizam.Ariff said...

FadhilahM,
kih kih kih.... saja seronok-seronok...

rencah kehidupan said...

Adano pernah juga dengar, ada orang mati tercekik buluh tumpat sebab orang geram hanya kerana Entry "KHASIZT BULUH TUMPAT TEMPATAN"

Nizam.Ariff said...

Adando,
keh keh keh....
takpe, bukan aku yg tercekik... hahaha

Pakar Terapi MRT said...

hantu betul...
aku betul betul cari khasiat buluh tumpat di buat main main
entahlah
aku ada beli sebatang rm12
lebih kurang 3 kali tapi
memang betul betul buluh tumpat
tak ada lubang dlm batang nya
dan bila jentik dgn jari tak ada bunyi mcm buluh biasa memang padat
tapi org asli tahu khasiatnya
tapi tak ingat apa dia....
kalau sapa sapa sudi nak berkongsi call saya kz 0166913629

Pakar Terapi MRT said...

aku ada sebatang buluh tumpat lebih kurang 1 meter tapi tak tahu guna utk apa
simpan dlm kete je
kalau sapa sapa yg tahu khasiatnya
sila hubungi saya.
ikhlas saya nak tahu
0166913629 kz

Pakar Terapi MRT said...

aku ada 1 meter panjang buluh tumpat
yg berwarna kuning.
tapi tak tahu apa gunanya
jika sesiapa yg tahu sila hubungi saya 016 6913629 kz
saya iklas nak tahu jgn pulak main main.... kzkajang@gmail.com

Nizam.Ariff said...

abangurut,
Entahlah apa khasiat yang Tuhan berikan kpd buluh tumpat tu. Setakat ini cuma dengar-dengar je khasiatnya tapi aku tak pernah mengalaminya.

Buluh tumpat aku punya tu bukan spesis dari Pokok Buluh yang memang jenis tumpat.

Aku punya yg dalam gambar tu adalah pokok buluh tali atau pokok buluh galah yang sepatutnya tidak tumpat tetapi ada 2 ruas sahaja yang tumpat... itu yang uniknya buluh aku tu...

Unknown said...

Sy ada satu tongkat buluh tumpat pemberian orang jubah putih

Aku said...

Nak bohong tak boleh, saya ada simpan sejengkal sebesar anu Negro, saya dah banyak Potong bagi kawan yang minta, sekarang saya nak cerita, saya potong buat keychain letak kat kunci rumah, lalu nak gi kerja, ada roadblock dia tahan suruh tepi naik motor, tunggul tak ada orang nak layan minta id/lesen, tengok depan ada trafik, gerak karang dia tahan plak, lama sangat saya start motor then gerak slow depan trafik last, lepas macam tu ajer, dalam poket ada kunci rumah berkeychain buluh tumpat. Mungkin benar menjadi dengan izin Allah kerana setiap kejadian Nya ada hikmahnya. Nak lebih lanjut join alam mimpi dan mistik dalam LINK Apps.

cawiking said...

Awak orang asli ke

Unknown said...

saya ada buluh tumpat sebanyak 1000 btg panjang 3 dan 4 kaki. Jika ada maklumat lanjut sila hubungi saya di 018 904 2646

Unknown said...

Siapa yang berhajat pada buluh tumpa pm 0139899953,area pasir mas.asli dari pokok buluh yang tumbuh dedalu,

Unknown said...

Siapa yang berhajat pada buluh tumpa pm 0139899953,area pasir mas.asli dari pokok buluh yang tumbuh dedalu,

mali said...

hihi

Nizam.Ariff said...

Ada dgr citer dari org tua2, kisah buluh tumpat ni, kenapa setan takut. Ada tok guru tu bertongkat buluh. Ada setan/jin ikut dia dgn cara sembunyi dalam ruang ruas buluh. Bila tok guru tu dpt tau, dia tukar guna tongkat buluh tumpat.
Satu lagi citer, pengamal ilmu batin boleh pukul jin/setan guna buluh tumpat. Tu sbb depa takut.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com