.
Pagi ini sungguh berangin. Mendayu-dayu je ia bertiup dan menyibak kain langsir. Pabila kain langsir tersibak luas melebihi standard, cepat-cepat aku sempitkan pemandangan orang. Aku tak mahu jiran-jiran menjenguk. Aku pemalu...
Telah 2 hari Wira aku yang genap usianya 10 tahun bermalam di bengkel cat. Sudah 2 malam juga Wira aku itu kesejukan dilencun embun tanpa aku. Aku tak sangka tengkujuh membasah sehingga lewati April. Aku ingatkan sudah mahu masuk musim panas.
Telah 2 hari juga aku ke tempat kerja menaiki kenaikkan aku yang berupa kuda berapi berkaki dua. Hari pertama saja dia dah buat perangai buasnya, kaki depannya pancit. Terpaksalah aku suruh kawan aku temui aku disebuah restoran dan berbincang di situ. Dan apabila kami berbincang, suara ka,i memang macam jin karam. Kami tak perasan yang orang lain pun tertarik dengan kami sehingalah perbincangan selesai. Oh ya, kami berbincang tentang pencapaian jabatan dia bagi tahun kewangan yang lepas dan dia tak berpuas hati dengan merit yang diberi. Sudah tentulah perbincangan itu hangat. Sepatutnya, dia datang ke pejabat aku tetapi oleh kerana kuda aku pancit di tengah jalan jadi aku suruh dia datang cari aku. Lagi puan dia yang berhajat meminta pandangan aku.
Hari kedua pula, yakni semalam, pagi-pagi lagi sudah hujan. Aku redah saja dan akibatnya bahagian depan badan aku lencun tak terkata. Jaket jenis windbreaker aku itu tak mampu menahan penetrasi air hujan yang tetesnya kasar-kasar. Sesampai di pejabat, aku kesejukkan. Aku biarkan selama 30 minit dan aku bermeditasi untuk menaikkan suhu badan sekaligus mengeringkan baju aku itu menggunakan haba dari badan. Kawan di sebelah suruh aku tanggalkan kermeja dan pakai jaket pejabat kepunyaannya tapi aku tolak.
Akibat kesejukkan di dalam bilik berpendingin hawa, aku di serang demam selsema. Dah tua-tua begini, badan terlalu manja.
Bengkel cat itu kata, Wira aku akan siap dalam 10 hari. Aku tak tahu sama ada tubuh lemah dan tua aku ini mampu bertahan selama itu apabila hari-hari diterjah dan diuliti tempias tangis jalanraya dan ludah-ludah busuk kotaraya.
.
8 comments:
wira asal wana apa?
lepas cat warna apa
Azani,
sama warna sebelum dan selepas.
murah sikit, tak payah nak tanggal kerusi dsb....
aku pulak.
dh 2 hr.
sakit kepala.
ni pun tgh nyut-nyut nih...
pesal entah.
.
TM,
musim org sakit kut...
ko belum tua, bang. tapi, baru nak tua... hehehe.
2 mggu lps aku demam&selsema, 1 mggu br sembuh. selalunya 2 tiga hari jeh...
As-salam.
Wah, wah... cantiklah si Wira tu nanti, dengan baju barunya.
Sementara ni, bila naik kuda berapi, jangan lupa selubungi tubuh dengan topi-baju plastik bila hujan. Kesihan, bila kita demam, teman sekamar turut tak tenteram.
sepa,
hah./... ko pun dah menghadapi entropi tinggi....
Kang Temuk,
yang hari tu ingakan rintik-rintik jer...
rupa-rupanya kejobos kasar.... habis...
Post a Comment