.
Aku seekor semut hitam.
Kawan-kawan kata aku semut hitam yang warnanya hitam.
walau pun kepala aku 'blonde', aku masih dipanggil semut hitam.
walau aku suka warna-warni tapi apa yang aku suka itu tak penting,
mereka masih panggil aku semut hitam.
Aku mahu terbang tinggi macam helang,
tapi tanpa sayap aku tak boleh terbang.
kawan-kawan gelar aku semut hitam dengan angan-angan.
Pada satu hari,
aku nampak seekor kelkatu di atas busut jantan.
katanya, dia mahu terbang ke langit mencari bintang
aku minta dia bawakan pesan
mintakan aku sayap seperti dia untuk aku terbang
dia bertanya, terbang aku apa tujuan?
aku jawab, aku mahu cari kebenaran
demi menjawab satu soalan
tentang realiti aku seekor semut hitam
sedangkan mak bapak aku semut merah.
Baiklah, kata kelkatu tadi lalu terbang tinggi menyusur angin
namun sebelum dia terbang jauh, dia berpaling
jeritnya, kamu mungkin tak mampu menghadapi kebenaran
kerana kadang-kadang kebenaran itu sungguh menyiksakan
Lalu aku pun berfikir,
siksa atau tak siksa pun aku masih dipanggil seekor semut hitam
yang berjalan mencari gula-gula yang bertaburan.
.
11 comments:
aku agak kelkatu tu tipu...
dia tak mo tolong semut hitam.
:)
apakah mende ini..?
seumpama semut hitam
yang berada di atas batu hitam
di malam yang hitam gelap gelemat
.
.
.
cer teka..
aku semut api
sepa,
mungkin kut... mana ada kelkatu kalau dah terbang balik semula ke busutnya....
Ash,
Ikhlas...
kalau tak pun, semut tu cari port nak berak... hahaha
TM,
semut api jahat, suka ketit-ketit....
macammana nak hilangkan semut hitam yg suka menghurung gula?
SMM,
gaul gula tu dengan racun serbuk semut... keh keh keh...
aku letak cili kering 2-3 tangkai dalam balang gula.
kalau mak, dia lilitkan kain yang dicelupkan dengan minyak tanah di leher balang.
aku pula seekor kerengga yang pinggangnya ramping bagaikan ziana zain.
salah....
SM,
huh.. macam syilake jer aku bayangkan.. .hahahaha
Ash,
apa kena semut jalan malam2? mesti ada sebabnya tu...
mender halus werena hitam..jalan malam malam pekat gelemat pulak...
.
.
.
sesuatu yang tak nampak...dan tak terasa..
.
.
.
tetapi wujud!
dan ada kemungkinan bahayanya...
.
.
.
.
so jawapannya ialah....
Ash,
Pelesittttt..!!!!!?
lariiii.....
hahahaa
Post a Comment