Thursday, May 10, 2012

NomoFobia - satu ketakutan

.

Baru semalam aku bercerita tentang telefon selular, hari ini Nomofobia menjadi topik bualan pula. Nomofobia - kerisauan berlebihan yang terbit dari ketiadaan telefon bimbit. Dengan kata lain, tak boleh berenggang dengan handphone. Kalau berenggang, dirinya terasa tak selamat.


Bayangkanlah, dulu-dulu anak bini berjauhan, hanya surat menjadi penghubung kemesraan. Surat yang dihanyutkan dalam medan masa yang akan berlabuh dari 3-7 hari selepas dihantar. Jeda masa yang sungguh menjadi tanda tanya. Di situlah kata-kata seperti " penantian satu penyeksaan " memberi erti yang dalam. Kalau dulu manusia masih boleh bertoleransi dengan 'seksaan' selama 3-7 hari, pada hari ini sesetengah manusia tak mampu menahan 'seksa' tak sampai pun sehari.


Ada yang kata, telefon selular kini kemestian, salah satu yang asasi. Mereka ini mengaitkan telefon dengan keselamatan diri, seperti satu insurans pula. Kebergantungan seperti ini bukanlah satu simbiosis tetapi lebih kepada hubungan searah.


Hubungan searah adalah hubungan yang membosankan...

Jadi, marilah kita mengatakan "TIDAK" kepada telefon selular, demi keselamatan jiwa.






.

7 comments:

tasekM said...

esok ko jgn bwk h/phone pi kerja eh...
tgk cemana.

:D



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku tengah cuba-cuba gak nih....
sekarang, aku tinggalkan h/phone atas meja je kalau nakke tandas...

ASH said...

errr..
alasan tak nak kasi MAMA call ek?
.
.
.
.
AHAKS!!

sepa said...

ko duk dlm utan cam aku, nescaya henpon hanya tinggal fungsi :
1) jadik jam
2) jadik alarm clock
3) jadik torchlight
4) jadik radio (yg compatible jeh...)
5) jadik kumira (yg compatible jeh...)

.
.
.
dan henpon akan sentiasa bagitau,

...signal tak dak...!!!


.

tapi, aku tetap bawak...

:)

Nizam.Ariff said...

Ash,
mama boleh call office...
hahaha




sepa,
tahap kebergantungan ko agak tinggi gak tu.

tapi aku anggap ko cuma memandangnya sebagai satu gadjet all-in-one... kan?

ardzmarn said...

Tiiiiii....
Tiiiii...
Tiiiiiidddd..

Huh..

Sori bro.. Tak terlafaz perkataan tiii dd..
..

Nomofobia jugak gua nie rupernyer..

.

Nizam.Ariff said...

Ardz,
komen ni masuk spam la bro. sorry...

Kalau lu berani, cuba silentkan hp satu hari. Lu boleh bawak tapi lu silentkan... amacam?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com