.
Seorang ibu tua memimpin basikalnya untuk melintas jalan raya yang sibuk. Lokasi: Pekan Tangkak. Bila: pada hari aku memegang kamera dan melihat ibu tua berbangsa Cina itu. Di dalam raga basikalnya ada seikat sayur. Cuma aku tak pasti sama ada seikat sayur itu dibelinya atau mahu dijualnya kerana aku tak tahu dimanakah longitud dan latitud pasar di Pekan Tangkak itu.
Maka, fahami
mahu aku titipkan di sini
penyegar ingatan bugar sanggar mimpi
ketemui jemala tak dikebumi
selongkarlah frasa erti
Hak bisu seorang ibu mati
nanti bayang ke uri tembuni
kosong tiada penghuni
retak mata terkaca air suci
melaut dada ombaknya terhenti
.
13 comments:
imej di atas, adakah menggunakan teknik photoshop?
puisi di bawahnya, segar...
SM,
aku guna photoscape. black&white jer. Nak kurangkan pendedahan..
tentang puisi, terimak kasih.
pergh puisi...
sampai tak faham aku...
:D
.
TM,
lorrr.. kalau tak faham, camner boleh perghh.. ni? hahaha
tentang puisi. aku tak berapa paham. kene makan kismis ke?
GB,
keh keh keh.... baik minum sesudu madu, sedap sikit daripada kismis... bagi aku la... sebab kadang2 kismis tu ada pasir/batu, selalu aku tergigit...
canteeek basikal tu yer.!
Le-Run ke.? atau Raleigh.?
.
susah betul nak paham puisi ko nih.!
suka bila semua kata berakhir dengan 'i'...
:)
bila tengok gambo nih, idea tercetus.!
apakata ko cadangkan kat tuan PM, agar
rakyat Malaysia semuanya berbasikal pergi kerja.
bulih kurangkan penggunaan RON95 bersubsidi.!
*kecuali org2 cam aku yg kerja lam utan shj yg bulih berkereta,
sebab bila drive malam2 hantu tak kacau, sebab
aku tutup semua tingkap, dan pasang music kuat2...
:)
eh Dino.!
ada satu photo editor, namanya
LITE : Colour-Up.
aku tengah asyik guna sekarang...
*Photo editor nih, bila ko upload gambar, dia bagi
ko dua option filter;
Black and White atau Sepia
pastu, ko pilih brush, tuk colorkan objek yg ko nak
kekalkan berwarna.
contohnya, gambar yg di atas tuh :
Seorang ibu tua memimpin basikalnya, ko warnakan...
yg lain ko kekalkan
Black and White atau Sepia.
:)
ko cuba la, brader.!!!
sepa,
kalau aku dapat rumah sedap nanti, aku nak pegi kedai naik basikal. rumah sekarang belum sedap. segan orang nampak basikal naik lif...
sepa,
nanti aku cuba...
aku ni bukan rajin sangat nak buat segala menda tu. Aku kalau boleh nak ambil foto dan terus jadi tak payah buat apa-apa...
Ibu yang tak dipeduli anak ke?
.
Ardz,
sorry bro, komen lu masuk ke spam semalam...
Ya, ini kisah ibu tua menanti anak pulang.... mungkin aku le tu... huhuhuu
Post a Comment