Memang telah diketahui bahawa 'pilihan' dalam hidup ini menjadi perdebatan dikalangan kita. Ada yang kata kita punyai pilihan atas segala-gala yang kita lakukan manakala sebahagian lagi mengatakan pilihan yang kita buat itu telah pun 'dipilih' oleh Tuhan awal-awal lagi. Mengikut majoriti jamaah, kita yang memilih jalan dan baik-buruk atau ganjaran-sesalan akan diberikan atas pilihan kita sendiri. Sebahagian jamaah lain mengatakan pilihan yang kita buat itu sebenarnya telah pun tertulis di kitab takdir dan kita hanya melakonkan mengikut babak-babak opera hidup sahaja.
Tak mengapa, aku tak nak ikut berdebat dalam isu itu kerana aku bukan ahli. Mereka berdebat siap dengan nas-nas dari Hadith dan hujah bersandarkan Al-Quran. Bab-bab ghaib begini mana boleh guna hukum akal dan logik akal semata-mata.
Apa yang aku nak ceritakan di sini ialah: berapa banyakkah pilihan yang kita ada?
- Tak buat apa-apa (do nothing)
- Buat apa yang perlu (do minimal)
- Buat sesuatu secukupnya (do something)
Dengan kata lain, kadang-kadang kita perlu memilih untuk tidak berbuat apa-apa dan biarkan ianya berlaku sepertimana ianya akan berlaku.
.
9 comments:
kalau tak berbuat apa-apa pun bahaya jugak, khuatir kalau dengan tindakan sedikit mampu mencorakkan sesuatu keputusan yang positif. pada aku la... ohya, mari dengar lagu `let it be' daripada the beatles.
SM,
lagu tu ada kena mengena dgn tema 'pilihan' ek? lagu beatles ni malam2 baru syok dengar...
lepas tu sambung dengar `hey jude' pulak.
SM,
sentimental ko hari ni eh... hahaha
boots are made for walking pon besh!!!
ko pilih yg mana?
.
GB,
errr....mende tu?
aku tak pandai sangat... hahaha
TM,
semua aku pilih... ikut keadaan semasa la...
n3 camneyh yg buat aku nak komen panjangpanjang...
kes 1:
Dalam realityshow The Survival, (aku tak ingat season braper), finalist adalah dua orang pompuan. Satu berjaya tidak di vote out sebab sepanjang perjalanan, dia sentiasa cucuksanacucuksini, bodeksanabodeksini... satu lagi, bangsa diam dan duduk di sudutsudut, yakataya, tidakkatatidak...
dan yang menang akhirnya yg kedua...
kes 2 :
dalam debate Wiley College vs Harvard University... (aku tgk dlm muvi The Great Debater...) sorang debater dari WC mengungkapkan begini... 'It is not the majority that decides what is right or what is wrong, our conscious mind does.!..'
dan dak WC menang debate tuh, dan kekal menang dlm national debate selama 10tahun berturutturut...
kesimpulannya :
sekiranya kita,
1. ingin kekal dalam survival kehidupan, jangan banyak hal... ikut dan senyap sajer.
2. ingin fight for a cause, mojority of one adalah caranya... mesti membebel sepanjang masa.
eh. senangnya aku buat kesimpulan...!!!
Lantak la Luncai...
hahahahahaha...
Sepa,
weh... aku ikut nasihat no.1.
no.2 tu yang aku payah sikit... aku tak suka membebel sepanjang masa... hahaha
Post a Comment