.
Aduh! Sadis sungguh pemandangan itu... hanya tinggal kaki yang masih terlekat pada tayar kereta.
Aku sekilas terpandang kaki kucing yang terjuntai keluar dari ruang tayar. Aku dah terlajak ke hadapan, jadi aku undurkan kereta aku. Aku sanggup, demi mempotretkan peristiwa itu. Aku hampirinya dengan berhati-hati. Aku lihat sekeliling tayar, mahu melihat kalau-kalau ada daging bersepai. Kalau tak pun, tali perutnya bersimpul dengan tayar.
Ternyata semua itu tidak ada. Malahan, tak ada darah setitis pun yang bergenang di atas aspal. Bila aku hampiri betul-betul, kaki itu bergerak-gerak. Tak sampai beberapa saat kemudian, kaki itu hilang dibalik dapra.
"Kacau aku nak tidur ja..." mungkin itu fikir kucing itu.
.
8 comments:
hahaha... lucu weh ko.!
aku pernah bawak anak kucing drive round town, sebab dia duk sembunyi kat dalam boot-depan.
dah balik baru perasan, bila terdengar bunyi meow meow... nasib baik kawan tuh tak rentung...!!!
hahaha..dia nk tdr pun xsenang.. kacau daun je!!
Sepa,
ahhh.. ko ganas dan sadis mengalahkan Predator!...
MizzTina,
aku ingatkan bangkai kucing tersepit pada tayar, manalah aku tahu.... hahaha
nasib baik ko tak gelek...
.
TM,
itu bukan kereta aku.,....
entah kereta sapa entah, aku berhenti (sanggup) untuk ambil foto tu... hahaha
Tayarnya empuk....hehe.
aku rasa spesis kucing ni mmg suka duduk kat tayar kete.. insiden ini pun pernah berlaku kat adik aku.. anak kucing duduk kat tayar macam tu.. nasib baik nampak sebelum kete bergerak, kalau tidak tak dapat dibayangkan macam mana..
klu berlaku mmg sadis lah..
cklah,
hahaha... kalau tak bergerak memanglah empuk. kalau dah bergerak, daging dia pulak yang jadi empuk macam daging untuk dibuat stik... hehehe
SMM,
Kucing pun pandai nak berdiang dibawah kehangatan enjin agaknya, macam orang putih... hahaha
Post a Comment