Friday, August 31, 2012

Lelaki misteri... untuk kegunaan diri sendiri..

.

Petang semalam ada pasar malam, tiap-tiap minggu pun begitu, jadi aku katakan ia juga pasar mingguan. Seperti riadah mingguan yang biasa aku buat di situ, jari-jari aku naik biru disangkut plastik nipis tetapi berat. Bila difikirkan semula, betapa berat barang-barang basah yang dibeli, begitulah nanti perut-perut kami akan memboyot dan seterusnya memuntahkan lahar beser pedas masam masin busuk ke dalam mangkkuk tandas.


Kemudian aku tertarik dengan seorang pemuda Melayu berbaju T berkolar berwarna merah-putih dan berseluar panjang perang, yang sedang memegang sebekas plastik lutsinar dan berdiri ini:







Aku lihat ada tertulis "Bantuan Untuk Kegunaan Diri Sendiri" pada sekeping kertas yang tertampal pada bekas plastik itu. Di dalam bekas itu aku lihat ada banyak helaian duit kertas pelbagai warna. Yang paling banyak ialah warna biru.


Memang ianya menarik perhatian aku. Mungkin juga beberapa orang lain. Biasanya aku lihat derma-derma untuk sekolah agama atau rumah anak-anak yatim. Ini tidak. Malah aku sempat melayangkan mata ke batang tubuhnya (bukan batangnya!), aku dapati tiada cacat celanya, kakinya lengkap, matanya cukup, tangannya sepasang. Aku jadi hairan.

Aku hampirinya sambil mengeluarkan not berwarna hijau muda. Sebelum aku masukkan not itu, aku tepuk bahu lelaki itu dan bertanya " Ini bantuan untuk apa ?"

"Ini untuk diri sendiri lah..." jawabnya ringkas sambil tersengih-sengih.

Dia mungkin tak faham maksud soalan aku. Sebenarnya, aku nak tahu duit itu nanti akan digunakan untuk apa. Adakah untuk biayai bil hospital? Atau bayar bil-bil harian? Atau untuk sara hidup, makan pakai? Paling kurang pun aku mahu dengar jawapan seperti 'saya baru diberhentikan kerja'


Sungguh misteri lelaki itu. Persoalan pokok masih melintas-lintas dalam kotak fikiran. Apa yang dia nak buat pada duit-duit itu?








.

13 comments:

Lady Windsor said...

Ko patut tanya lebih detail..

aza ni said...

dah bagi, semoga duit ti digunakan utk kebaikan diri...

kita sangka baik ...kalu silap kena soal nanti juga kan?

so kalau syak...rasanya baik jgn bagi..takut bersyubahat..

sepa said...

ko tak baca abis eh.! mgkn ada tulisan kecik tulis camnih : 'cium pipi 1henggit'. nampak kiut orgnya.!

aku ada terbaca kat Yahoo.com, ada satu mamat gantung notis kat leher, 'free hug'. hehehe

tasekM said...

sepa,
sila jgn bg ilham.
mau esok dia pulak yg bersidai kt pasar malam sambil gantung notis kat leher 'sekali memuah singgit'.

keh2.



.

ckLah @xiiinam said...

isk...tak malu betul cari duit cara macam tu!




Jap...nak tanya, mana kau tau rasa lahar tu pedas, masam dan masin? Pernah nyicipi? Hehe

sepa said...

TM,

ye la... Dino nih hyper-creative, kan.!

kalau dia buat gitu, ko tembak, pastu buh dalam blog. kihkihkih...

:D

Nizam.Ariff said...

LW,
aku nak tanya tapi cara dia jawab tu macam nak tak nak je... dia malu kut.



azani,
aku bagi je sebab dia minta secara ikhlas... terang2 dia kata untuk kegunaan sendiri...



sepa,
aku tak sanggup sebab misai dia kasar2... kakaka...



TM,
agak-agaknyer la kalau aku buat gitu mau jutawan segera... makcik-makcik mesti semua nak memuah aku sebab pipi aku cute... keh keh keh




cklah,
ya.. sebab dah rasa masa lahar tu masuk ikut mulut... dah tentu keluarnya pun sama rasanya cuma berbaur dengan gas methane...... hahaha





sepa,
eleh... aku rasa kalau aku buat betul2, dia bukan tembak tapi turut menderma, tumpang sekaki... hahaha

Lady Windsor said...

Aku rasa brader tu memang pemalas, cari duit cara mudah..orang kita pula jenis baik hati..ko le tewww salah sorangnya..haha

Nizam.Ariff said...

LW,
aku letak duit dulu baru tanya...
dgn cara jawapannya, memang aku tak ouas hati... siap sengih2 je..\
kalau interview kerja ... memang aku tak ambik kejr punya kalau aku bos.... hahaha

ASH said...

At least...dia IKHLAS dan tak menipu...walaupun tak malu!
.
.

hahahaha
.
.
.
daripada orang yang merayu rayu lebih lebih dan berpura pura..

Nizam.Ariff said...

Ash,
betul tu...
paling tidak dia dah bagi tau awal-awal ... jadi kalau nak dermakan juga, terpulanglah kan?

Lady Windsor said...

heran kan...dia buleh dengan muka selamba minta duit orang..tapi better lah sebab dia berterus terang...

Nizam.Ariff said...

LW,
yup.. betul tu...
aku respek dia kat situ..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com