Thursday, August 30, 2012

Restoran Jepun di Shah Alam... Shashimi 6 rasa

.

Kita lupakan seketika pasal 'Hangus...'. berat sangat. Kita ringan-ringan je eh..

Kita talakan fokus kepada perkara yang aku lakukan pada malam tadi.



Shashimi yang cukup untuk 2 orang... baru RM45.


Malam tadi aku cari 'port' baru masakan Jepun di sekitar Shah Alam. Selain O-Shima dan Shushi King, aku rasa mahu lebarkan sayap kudup2 sensor lidah aku ke tempat lain pula. Atas saranan seorang kawan, dia suruh aku ke restoran ini. Lokasinya di Seksyen 9, S.Alam. Walau pun ada sijil Halal untuk bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dan mungkin juga tempat memasak, aku lihat ada Sake yang dijual juga. Jadi, aku tak mahu sarankan kepada sesiapa. Kalau nak, datanglah sendiri.


Menunya banyak tetapi tiada disertakan gambar makanan. Ni yang payah sikit. Aku terkial-kial nak pilih mana satu. Akhirnya, aku panggil seorang pelayan wanita yang tak pandai berbahasa Melayu. Aku interview dia satu per satu. Aku katakan yang aku mencari Shashimi, Unagi dan Udon, juga tak ketinggalan Miso Soup. 


Dia terangkan setiap hidangan di dalam menu yang berkaitan dengan syarat yang aku nak. Soalan seterusnya ialah berapa besarkah hidangan itu, sama ada cukup untuk aku kenyang atau tidak sebab Jepun ni terkenal dengan hidang yang kecil molek. Dia pun sarankan beberapa juadah. Kemudian aku terlihat seorang pelayan lain menatang Shashimi di atas tu. Aku terus cancel pesanan tadi dan aku tunjukkan yang itu. Aku kata aku nak yang itu.


Ada ikan kod (putih), mackarel, tuna (merah), salmon (kuning), sotong kurita dan sejenis ikan lagi yang aku tak pasti ikan apa. Kemudian, aku terfikir... orang ada kata kalau selalu makan ikan-ikan mentah nanti perut bercacing. Betul ke? Nak kena cari Zentell la gamaknya.








.

16 comments:

kucingorengemok said...

tak rasa macam makan tisu basah ke? hehe. yang benar, spoiler tiap² kali orang cerita pasal makanan jepun ;)

tasekM said...

kucing pun tak mkn ikan mentah tau...

:p



.

Nizam.Ariff said...

KOG,
itulah rasa sebenar seafood tanpa ada bahan2 pengawet atau penyedap...

Nizam.Ariff said...

TM,
kucing derhaka namanya.....

Lady Windsor said...

so apa cer hidangannya? oishiii? kalau oishii aku nak p try..aku teringin nak makan telur seaurchin yang ko cakap tu...hagak2 kat restoran jepun sini ada jual tak?

Nizam.Ariff said...

LW,
aku rasa so-so la tapi puas gak.
org kata kat Sunway Pyramid tu boleh buffet lagi tapi aku tak pernah try..

seaurchin tu aku tak pasti ada atau tak..... macam tak ada je...

Linda said...

kat sunway pyramid tu = Shogun
tapi dah modified ikut malaysian style

kat sushi king = fail!!!

aku rekomen kat starhill
Jogoya Restaurant
perfecto!
kat sini sapa yang tak makan Japanese food, still ada choice lain (western, chinese, malay dll)
kalau nak pergi sana, make sure perut betul2 lapar!!!

Nizam.Ariff said...

BK,
aku ajak ko je la sekali len kali...
keh keh keh...

Lady Windsor said...

Ehh tak mo ajak aku? Hahaha ai like Japanese food...especially sushi, teppanyaki.

sepa said...

kalau ikan tongkol ye ada cacing. tak caya ko beli yang saiz besar, nescaya ko bulih tarik keluar cacing tuh dari dari daging ikan.

hehehe... aku kan anak nelayan.!

:D

Nizam.Ariff said...

LW,
hohoho... lupa.
Jom sekali... bila-bila la tapi....



sepa,
ye ke?
ceh.. lepas ni aku makan ikan kod je la...

Lady Windsor said...

Sepa,
Ya ke? Ok lepas ni aku beli salmon je la weii


Nizam.Ariff
Apa tapi tapi? Ok aku faham...haha

Nizam.Ariff said...

LW,
..tapi bila ada bonus la... hahaha

Lady Windsor said...

Tahun lepas je dua kali aku dapat baucar makan percuma kat restoran jepun di one utama..sampai sudah aku x pi sebab terlupa mana aku simpan baucar tu..

Nizam.Ariff said...

LW,
rugi tuuuu.....
lenkali kalau dapat terus je pegi...
atau pos kat aku.
nanti aku makan dan aku post entri dalam blog untuk ko... hahaaha

DokiDoki said...

Wow.. memang best betul menu masakan Jepun kat sini..
https://doki2u.com/servis-dokidoki-okonomiyaki/

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com