Friday, August 24, 2012

Mayday! Mayday! Mayday! Aku ada masalah ... tolong!

.

Setelah genap 1 tahun 3 bulan aku bersama-sama dengan Nikon, maka ia dah mula menunjukkan belangnya kepada aku. Memang belang-belang pun. Tak caya, cuba tengok siri foto-foto yang aku tampalkan di bawah ini. Aku mula kesan masalah ini pada pagi hari raya baru-baru ini apabila aku mahu ambil foto mentari pagi yang baru melucutkan gebar tidurnya.

Tapi aku hanya sedar masalah ni petang Rabu yang lepas.
Lokasi: Pantai Puteri, Melaka.
Foto-foto diambil secara Manual dengan f-5.6.



1/125s, ISO-100(manual)

1/200s, ISO-100(manual)

1/400s, ISO-100(manual)

1/800s, ISO-140 (Auto)



Dengan ini, aku berlutut sambil menyusun tangan di dahi seraya meminta kebijaksaan kawan-kawan semua agar memberikan aku nasihat akan simptom-simptom pada foto-foto tersebut.

Apa yang tidak kena dengan kamera hamba ini?
Adakah setting menu yang telah hamba godek-tak-jadi atau komponen elektronik kamera itu yang dah mula meragam?






.

9 comments:

sepa said...

masih ada rupa tu bang. cuma hue jeh pelik sket.!

ko hantar repair je la.

:)

Lady Windsor said...

Ko pakai Nikon apa? Aku nyer D3000.. Yang aku tau, tala jer...sekali sekala aku buat manual kalau nak ambik pic food...lenlain aku tak tau..ko tanya kedai la wehh...

ckLah @xiiinam said...

Macam kata Sepa...hantar kedai ajelah.
Sebab ckLah tak ada ilmu nak turunkan.
:-)


...petang dan malam tadi beraya di SS 11 Shah Alam, dan sambung ke SS 14 (nyoping).

tasekM said...

harus nk kena bawak kedai gak nih...



.

Nizam.Ariff said...

Sepa, LW, Cklah, TM,

Ok laaa..... aku bawak juga la ke kedai nampak gayanyer...
tapi tak ada sesiapa pernah kena camni ke?

karang org kedai tu kata kena tukar itu ini .. tup tup kata kosnya rm1000.... aku takut kena kencing je nanti...

sepa said...

gambar ko nih mengingatkan aku tivi sinar katod eh... bila tiub dah nak abis gas aka dan nak out, gini la rupa gambarnya...

tivi kalu tak bulih diselamatkan dah... kena tukaq hak baru na. cheq tukaq la yang baru... hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa.
kalau dah pakai 10 tahun baru rosak takpe... ini baru setahun lebih je dah rosak... buat panas hati aku je....

ASH said...

sabor sabor...
.
.
.
kalau dengan lense lain jadi serupa juga ke?

Nizam.Ariff said...

Ash,
akutak ada lense lain... tak cuba pulak...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com