Wednesday, September 12, 2012

Awan Giga di langit Shah Alam...

.




Pagi-pagi kalau disapa oleh awan bersaiz nano giga di langit yang membiru laut bermakna hari itu adalah indah buat aku. Namun jika sampai ke tengahari langit masih membiru laut, teriknya sungguh membosankan aku kerana aku ada sedikit alah dengan cahaya yang terang dan berkemilau.


Kemilau matahari mungkin dipuja-puji dalam puisi-puisi tetapi bagi aku kemilaunya membuatkan mata aku silau. Bila mata aku silau, tiba-tiba perut aku menggelegak. Apa kaitannya diantara perut dan silau, aku tak tahu. Mungkin kata-kata 'dari mata turun ke hati' tak sesuai sangat untuk aku. Ia lebih kepada 'dari mata turun ke perut'.


Gabungan silau dan perut menggelegak biasanya akan menjadikan kepala aku sakit. Ala-ala migrain gitu. Kadang-kadang sebelah kepala aku serasa mahu meletup. Serasa = seakan-akan. Apabila kepala dah sakit, setakat aspirin atau paracetamol tak cukup untuk meredakannya. Aku perlukan tidur... Jadi, kalau tadi dari mata turun ke perut, kini ia naik semula menjadikan 'dari perut naik ke kepala'.


Pelbagai cara aku telah cuba akhirnya aku beranggapan ia pastinya bermula dari mata. Setelah berkaca mata, kurang sedikitlah kes sakit kepala aku tu tapi masih ada. Kemudian, aku beranggapan ianya tentu dari perut pula. Seperti mana kata orang tua-tua, 'jangan dibiar perut kosong nanti sakit kepala'.


Kata-kata orang tua-tua itu berjaya membongkar misteri perkaitan diantara perut dan kepala. Satu pencerapan melalui pengalaman yang bagus, ada nilai saintifik dan akademik juga.


Oleh itu, aku bereksperimen untuk membuktikan pencerapan itu dapat dibuktikan secara berulang kali melalui ujikaji terhadap sukeralawan manusia, yakni aku sendiri. Tak mengapa, aku relakan tubuh aku dieksperimentasikan. Jadi, ubat gastrik pelbagai jenama sama ada cecair atau pil telah aku cuba. Di dapati ada kesan yang bagus juga. Kes sakit kepala aku berkurangan lagi tetapi tetap ada.


Kali ini aku teringatkan kata-kata orang tua-tua yang 'jangan makan asam banyak-banyak nanti sakit perut' pula. Sekali lagi, orang tua-tua dulu telah melihat perkaitan diantara asam yang masam dan sakit perut. Walau pun ubat gastrik sepatutnya mengurangkan masam, kes sakit kepala masih ada walau pun kesnya semakin terpinggir. Dalam statistik ia dipanggil 'outlier'.


Asam = masam = pH rendah.  Untuk menaikkan nilai pH itu, aku perlukan sesuatu yang beralkali atau kalau tak naikkan nilai pH pun, biarlah ia agak-agak neutral (perut perlukan suasana berasid untuk melakukan kerjanya dengan berkesan). Takkan nak telan sabun? Soda bikarbonat? Atau ada sesetengah petua, makan kulit telur yang dibakar.


Kalaulah pH rendah rasanya masam, elok juga kalau aku minum sesuatu yang pahit. Air daun Ketum sedikit pahit. Hmmmmm......... nak cuba?






.

13 comments:

Linda said...

kopi che' nah pun pahit
makan hati pun pahit.

Nizam.Ariff said...

BK,
weh.... kopi che nak kat opis dah habis la.... bila nak beli lagi ni?

Lady Windsor said...
This comment has been removed by the author.
Lady Windsor said...

ala apa susah, ko blender jer peria katak tu, then minum...gerenti pahit sampai petang...tak pun ko pi cari batang bakawali yang menggerutu tu, ambik sikit batangnya dan rebus, minum ayornya tu, gerenti nyamuk pun tak akan gigit kau sebab sampai ke darah pun pahit.
Aku berani cakap sebab arwah bapak aku paksa kitaorang minum dulu-dulu dan alhamdulillah...nyamuk serik nak gigit. Cuma aku tak tahu macam mana nak turunkan darah supaya rendah sket...huhu!

LydSunshine said...

Kulit telur dibakar. Fuh.. satu kerja plak. Kalo minum madu dah try?

Nizam.Ariff said...

LW,
aku pernah minum rebusan batang bakawali tu dulu-dulu. Sekarang dah payah nak jumpa pokok tu ...


LyDS,
ada juga cuba tapi takut jadi kencing manis pula sebab tak pasti madu tu tak bercampur dgn gula. manis semacam je madu zaman sekarang ni...

Lady Windsor said...

so ko tau macam mana pahitnya pokok tu kan...ampun la pahitnyaa...

Nizam.Ariff said...

LW,
haah... tau dan tak sedap.
kalau tongkat ali tu, ada juga la 'sedap'nya.... hahaha

Lady Windsor said...

hahaha..tongkat ali kategori lain la weii...

sepa said...

umur2 cam kita2 nih, glare dah mula di mata. itu kata Jon Bon Jali.

akupun bila terkena panahan cahaya terang terutamanya dari mentari, terasa glare. JBJ kata, dulu dia tak pakai kacamata, la ni terpaksa pakai sbb glare.
eh. mgkn nak kena pakai jugakla satu masa, tuk kurangkan glare agaknya.! la ni, aku pakai kacamata yg ambik gayanya - kacamata hitam aka sunglass. hehehe

eh. aku agakla kan, bila mata respon ngan glare, mgkn ada chemical yg terhasil yg menurunkan asid perut eh. mungkin. mungkin. sbb itu yg aku rasa. biasanya, aku teguk bebanyak air kosong. tp yg ala2 migrain, takkan hilang gitu jeh eh. memang kena telan PanadolActiFast. :)

Nizam.Ariff said...

LW,
apa lak... kategori tonik gak tu... hahaha



sepa,
hah.. ko pun sama gak ek?
banyak sistem kita dah expired rupa-rupanya.... huhuhu

sepa said...

umur2 cam kita2 nih, glare dah mula di mata. itu kata Jon Bon Jali.

akupun bila terkena panahan cahaya terang terutamanya dari mentari, terasa glare. JBJ kata, dulu dia tak pakai kacamata, la ni terpaksa pakai sbb glare.
eh. mgkn nak kena pakai jugakla satu masa, tuk kurangkan glare agaknya.! la ni, aku pakai kacamata yg ambik gayanya - kacamata hitam aka sunglass. hehehe

eh. aku agakla kan, bila mata respon ngan glare, mgkn ada chemical yg terhasil yg menurunkan asid perut eh. mungkin. mungkin. sbb itu yg aku rasa. biasanya, aku teguk bebanyak air kosong. tp yg ala2 migrain, takkan hilang gitu jeh eh. memang kena telan PanadolActiFast. :)

Nizam.Ariff said...

sepa,
hah.. ko pun sama gak ek?
banyak sistem kita dah expired rupa-rupanya.... huhuhu

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com