Tuesday, September 11, 2012

Tricky questions dalam kertas peperiksaan matematik...


[Perhatian. Ini bukan soalan UPSR. Contoh-contoh yang digunakan ialah soalan tambah-nilai UPSR]



Contoh 1: 
420 sen + RM310 - RM29.80 = ?

Jika tersilap kira (+ atau - dahulu), ada 2 jawapan daripada jawapan pilihan yang mempunyai nombor tersebut (salah salah dan satu betul). Jika cuai, jawapan pasti salah. Persoalannya, kenapa perlu diuji tahap kecuaian pelajar?


Contoh 2:
Iklan sales untuk sebentuk cincin : RM 2,400; diskaun 15%. Rosmah ada RM2,050 dan dia mahu beli cincin tersebut. Pernyataan manakah yang betul?

Ada 2 pilihan jawapan yang hampir-hampir sama tetapi tak sama. 1) Wang Rosmah terkurang RM10 dan 2) Wang Rosmah terlebih RM10. Jika pelajar cuai semasa membaca pilihan jawapan, dia akan tersalah tanda. Persoalanya yang sama, kenapa cuai yang diuji?


Contoh 3:
Tak perlulah ditulis semula soalan. Memadailah dengan pilihan jawapannya sahaja. Diantaranya, A) 618 dan 1,193; B) 618 dan 1,139; C) 816 dan 1,039; D) 816 dan 1,139.

Jika dilihat betul-betul kesemua pilihan jawapan itu, nombor-nombornya ditunggang-terbalikkan dengan harapan mata pelajar juga berpinar-pinar untuk memilih jawapannya. Sekali lagi kecuaian pelajar akan diuji. Sama ada pelajar keliru atau pun tidak. Persoalannya hampir sama juga, adakah kekeliruan yang diuji?

Ada beberapa soalan lagi yang mempunyai format yang hampir sama.



Apa yang aku nak ketengahkan di sini ialah betapa banyaknya soalan-soalan yang di anggap 'tricky'. Sama ada dalam cara soalan itu ditanyakan atau pun pada pilihan jawapan yang ada. Makanya para pelajar bukan sahaja diuji dari segi kepandaian untuk mengira malah sama ada kesilapan dilakukan untuk menjawabnya. Perkara ini bukan baharu sekarang. Zaman kita-kita dahulu pun telah ada soalan-soalan jenis 'sakit' begini. Kita telah pun 'coined' perkataan 'tricky question' lamaaaaaaaa...dulu.


Ujian tahap kecuaian bukanlah persoalan sebenar yang aku nak uarkan di sini. Sama ada kita sedar atau tidak, beberapa kesimpulan dapat dibuat daripada fenomena ini:

  • Manusia lalai atau cuai. Ini telah diterima sebagai salah satu kelemahan utama yang ada pada manusia. Penerimaan ini bukan setakat orang-orang Islam (Surah Al-'Asr), malah ia juga pasti telah diterima oleh budaya-budaya lain.
  • Kelalaian satu masalah sejagat yang perlu dididik supaya kita mengenalinya dan beringat-ingat. Tahap didikan ini telah pun bermula di peringkat sekolah rendah lagi. Malah, mungkin juga di tahap pra-sekolah. Dan didikan ini tak terhenti di sekolah dan universiti sahaja. Dalam kerjaya kita pun selalu juga kita diperingatkan akan hal-hal cuai ini. Kalau di kilang Jepun, cara didikan biasanya bermula dengan perkataan 'Bagero!'. Kalau organisasi milik orang barat, perkataannya 'are you stupid?'. Kalau organisasi milik orang Melayu, perkataannya mungkin dipinjam dari makhluk asing, contohnya begini ' @%!$@%#@ ! '.
  • Penekanan terhadap masalah cuai atau tersilap ini terlalu ditekankan sehinggakan struktur soalan peperiksaan boleh dikatakan banyak yang menguji perkara sebegini. Penekanan berlebihan ini melambangkan kerisauan kita terhadap masalah ini yang terus 'membudaya' dalam masyarakat negara ini. Budaya yang amat sukar untuk dikikir keluar dari urat nadi.

Cukuplah tiga kesimpulan. Kalau anda mahu tambah, silakanlah...


Soalan terakhir yang masih bermain-main dalam fikiran aku buat masa ini: Apakah sebenarnya yang diuji?








.

6 comments:

bukankosong said...

mungkin nak asah IQ dlm masa yg sama

Nizam.Ariff said...

bukankosong,
mungkin juga... IQ pun tricky juga...

kucingorengemok said...

saja la tu nak sebut-sebut rosmah, tak nak plak bagi contoh nama azizah ke, sabariah ke...

Nizam.Ariff said...

KOG,
hehehe... dah memang soklan tu letak nama Rosnah.... Rosmah tu kira typo je tu... .hahaha

sepa said...

bagus jugak kan, ada soalan yang menguji cuai nih. sekurang2nya bebudak tak membesar jadik org clumsy atau fuzzy. dan sebenarnya satu langkah untuk menilai tahap leadership di peringkat awal.

eh. lepas depa upsr, tak silap aku, ada satu ujian ledership eh, tapi tuk dak 5A jeh. tapi tak semua yg 5A dpt full-mark 4. ini anak aku yg bagitau. last year dia upsr.!

*satu lagi... masa aku kerja kat Alcom dulu, ada satu course bertajuk 'Team Building'. ada satu exercise, penganjur tentukan pasangan. Pada mulanya, pasangan disuruh menghadap sesama sendiri, pastuh pusing membelakangi sesama sendiri. Masa membelakangi nih, mereka disuruh mengubah sebanyak 5 benda (contohnya, bukak satu butang), pastu menghadap balik. Kemudian penganjur suruh pasangan mengenalpasti perubahan yang telah berlaku pada pasangan. Pasangan masing2 mengesahkan berapa perubahan yg diteka betul.
Lepas exercise nih, penganjur membaca satu quote : A LEADER DON'T REACTS, A LEADER OBSERVES AND ACTS WITH TOTAL CLARITY...

*Seorang leader, sangat sharp dalam observation, dan sangat particular dalam justification...

itula sedikitsebanyak aku nak tambah.

oya, dak Husna dapat fullmark 4.

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
bab bukak2 butang tu yang aku minat nak observe lebih sikit... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com