.
Sepulangnya aku dan Mama ke rumah petang tadi dari pasar malam, aku diterpa oleh anak aku yang tak putus-putus dengan bangganya menatang semangkuk mee goreng (maggie).
"Ariff masak sendiri!" katanya.
Cepat-cepat ke dapur. Aku tengok perkakasan yang digunakan. Aku tengok sinki. Kosong dan teratur.
"Ariff masak air guna apa?" tanyaku.
"Ariff guna api dapurlah. Ariff dah pandai hidupkan api dapur!" katanya penuh bangga.
"Ariff rendam mee guna apa?" aku tanya lagi.
"Guna bekaslah. Kemudian Ariff gaul di dalam mangkuk" jawabnya.
Aku intai lagi sinki yang kosong.
"Ariff dah basuh bekas dan penapis tu" jawabnya tanpa ditanya.
Aku masih tak percaya. Sebelum-sebelum ini, dia amat takut untuk dhidupkan api dapur gas kerana pernah api itu terpadam dan gasnya memenuhi ruang dapur. Nasib baik dapur aku tak meletup. Dan dia merasa fobia. Disebabkan itu jugalah aku pesan kepadanya, kalau nak hidupkan api dapur pastikan aku ada disisinya.
Aku kena percaya juga kerana buktinya ada di dalam mangkuk yang ditatangnya... mee goreng (maggie).
Kemudian, aku berpaling kepada Mama.
"Anak kita dah boleh duduk di asrama.... " kesimpulan yang aku buat.
Ya, maggie dan kehidupan di asrama seperti isi dan kuku. Saling berkehendak!
.
12 comments:
weeee tahniah Ariff..sometime we hv to believe that he is not a kid anymore.
Aku selalu harap anak-anak buah aku akan berusia lima dan enam tahun selamanya..sebab bila dah besar, masuk asrama..rumah sunyi!
o ya maggi adalah makanan ruji aku sampai la ni...haha
maggi asrama rendam pakai air water cooler je... rendam pagi, petang balik prep pun lom kembang², haha
kira arif lagi standard dari tu la
LW,
ya, betul tu.
Aku dan Mama kena terima hakikat yang Ariff sudah besar... huhuhuhu
KOG,
aku pernah juga buat Megi Kocak!
Masukkan rencah, megi dan air paip ke dalam tumbler lepas tu kocak2.
konon-kononnya bila kocak, tenaga geseran menghasilkan haba yang cukup-cukup untuk kembangkan megi dalam 30 minit... hahaha.
tak maunyer kembang....!
kah kah kah
kalau ayah aku dengar tang maggi nih
melenting dia
beliau mmg anti
bukankosong,
...cakaplah rencah buat sendiri...hahaha
oooiii...
kat asrama, air untuk masak maggie akan guna HEATER jer!!
pastu maggie akan direndam dalam GAYUNG atau TIMBA..
.
.
.
.
diulang sekali lagi
GAYUNG!! atau TIMBA!!!
.
.
.
yang digunakan untuk basuh baju, rendam stokin busuk dan mandi..
yehahahahahahahah
mangkuk mangkuk ni tak MACHO kalau di HOSTEL BOYS...
harap maklum!
Ash,
kalau pakai gayung atau timba, itu jenis makan kongsi la kut... dah besar..
kita org makan sorok2 guna tumbler je... kedekut... hahaha
Hehe...dari megi kosong, lepas ni Ariff akan upgred megi goreng mamak...
nyaris-nayaris nak makan meggi asamlaksa utk lunch tadi.tetiba jadi health concious and capai ..peket instant bihun pulak.padahal sama je MSGnya..
cklah,
mungkin juga tu... kalau dah pandai pegang sudip... hahahah
alienpakailipstik,
keh keh keh.... takpe, kurang karbo...
nostalgik, bang.!
kat Kulim dulu, dak bebudak KB la, rendam guna baldi, dan makan ramai2. aku. aku layan jugak, beb.!
eh. kejap. masa kat Kulim, ko TDI ke Tun Perak.?!
sepa,
entah... aku rasa Tun Perak...
Post a Comment