.
Ada reflection pada windshield. Harap-harap ia dapat dilihat dengan jelas.
Sungguh tak sangka pemandangan seperti di atas itu masih kedapatan di ibu kota Selangor. Betul, sungguh aku tak sangka. Biasanya ayam-ayam yang lalu di depan aku semuanya dah sejuk-beku. Dah tak berbulu, dah bogel tanpa seurat bulu pun yang menutup keaibannya. Apa yang nak aib lagi, dah disembelih.
Pemandangan seperti itu telah menyebabkan aku terimbau pengalaman dulu-dulu semasa di kampung.
Biasanya, pada petang Jumaat, Emak akan suruh aku giring ayam-ayam agar masuk ke dalam reban. Sudah tentu yang ditenang ialah ayam-ayam dara dan teruna. Dan biasanya ayam-ayam remaja ini agak liar, lebih suka tidur merata-rata. Tak kira tidur di riba siapa, di dada siapa. Harap-harap mereka tak buat seks bebas dan berkumpulan. Untuk memujuk mereka pulang ke reban, aku akan taburkan sedikit padi yang aku ambil dari dalam kepok.
Apabila yang ditenang dah masuk ke dalam reban, aku akan cepat-cepat tutup pintu reban. Semalaman mereka akan tidur bersama ibu bapa dan keluarga masing-masing... buat kali terakhir! Kerana, esok paginya aku akan masuk ke dalam reban dan akan tangkap seekor-seekor.
Manakala peraih ayam kampung biasanya telah siap menunggu di laman rumah, siap dengan raga buluh yang berbentuk bulat yang diikatkan kemas di atas motorsikal.
Dan para remaja itu pun dibawa pergi... hilang dari pandangan aku. Entah siapalah jantan yang meratah peha si dara, entah perempuan mana yang meratah dada di teruna. Aku tak mahu tahu siapa yang bakal merentap bulu-bulu pahat dari kulit mereka. Apa yang aku tahu, peraih itu berikan duit untuk kami makan.
Nyawa untuk nyawa.
.
4 comments:
Dulu aku tak reti langsung makan ayam kampung walaupun arwah bapak aku bela banyak ayam...sebabnya ayam yang arwah bapak aku bela gemok2 macam ayam botox tau..so itu kira ayam botox atau ayam asli eh?
kejap nak tanya.
org vietnam ko putus kepala tak..?
kog punya jd hantu pengantin vietnam.
heh~
.
...maka dari situla muncul istilah bapak ayam. aku agakla...!!! mereka jual sana, jual sini, dan lupakan segalanya, dan mereka bergembira...!
:p
LW,
mungkin ayam-ayam tu happy je.. bersukaria...
TM,
'orang vietnam'...?
'kepala'....?
err... kalau betullah apa yang aku rasa ko maksudkan tu, kepalanya elok je tak putus malam tadi...
sepa,
ya... ya.. .aku setuju dgn pendapat ko..
Post a Comment