Monday, October 1, 2012

Bercerita tentang peluang yang datang...

.



Tatkala orang lain menyusun langkah menabur benih seladang
aku hanya tunduk menajak tanah yang kusut dengan semak samun
memotong, menggulung dan menolak untai selirat temali urat semak samun ke tepi untuk dibakar nanti
aku terlambat? 

Peluang tidak datang sama serentak kepada semua.

Peluang tidak menjanjikan datangnya secara adil saksama.
Jika ianya adil dan saksama, itu bukan peluang tetapi hak, hak milik semua.

Telah menjadi resmi wujud peluang, ianya hanya untuk orang tertentu

orang yang bisa melihat dan merebutnya sebelum orang lain
Seburuk mana pun perangai si peluang itu, ada sisi sihat padanya
peluang hanya datang menonjolkan dirinya di celah-celah kepadatan manusia
dan hanya berharapkan ada orang yang dapat melihatnya, walau pun sekejap
lalu menarik tangannya, dirangkul, dicium, dikucup ketat-ketat
lantas menggendongnya ke rumah, ke ruang tamu, ke sofa
untuk digomol dan diperlakukan sepuas-puasnya.
dengan kata lain, mengambil peluang sementara ianya masih panas dan berdarah
bukannya setelah ianya sejuk dan mati.

Adil dan saksamakah?

Tidak... nikmat peluang itu hanya untuk orang tertentu yang sempat merangkulnya.
Jika tidak  dapat, jangan berkecil hati
teruskanlah pencarian di celah-celah kehidupan, semoga ketemu nanti.




.

17 comments:

sudipVSsenduk said...

siapa cepat dia dapat... walaupun ada yg cuba main kotor

sepa said...

yer yer yer...

peluang datang dan mengetuk pintu setiap orang.! itu pasti.
peluang datang sekejap sebagai tetamu.! itupun pasti.
peluang tak tunggu lama.! itu jugak pasti...!!!




...
ah.! jangan ko cari lagi ke mana perginya graviti.?! depa kata graviti, sekiranya dah pergi jauh, dalam 'geometri law' (dalam zero to Euclid), graviti akan berubah menjadi 'gravitation radiation', yang merupakan energy yang lebih besar dari 'electromagnetic wave'...


.

Nizam.Ariff said...

Sudipvssenduk,
dia org guna taktik kotor semasa mencari peluang dicelah-celah keributan manusia. dia org tolak-tolak, dia orang tebas cantas orang ramai demi mencari peluang yang bersembunyi ketakutan di celah-celah kangkangan manusia banyak... hahaha




sepa,
ah.. satu lagi... gravitational radiation? hahaha... adakah itu hasil daripada tindakbalas terhadap graviton? sudahkan manusia faham bagaimana nak mengawal graviti?

hmm.... aku hanya percaya bila ada orang yang pandu piring terbang di depan aku.... hahaha

Cikgu Ma said...

peluang tak kan datang bergolek, dan ia tak kan berulang...

ZaidFirman said...

ibarat macam carik keje kan..

yang ada kabel besar dan hebat, tentu sekejap dipilih. manakala mereka yang berkali kali mohon. tetap hampa.

Nizam.Ariff said...

cikgu Ma,
sekali peluang tiu pergi, peluang yang lain pula datang...



enchikseseorang,
itu peluang yang telah dimanipulasi oleh kaki-cari-peluang...

alienpakailipstick said...

Nak komen satu perkataan aje.
Peluang=Takdir

Nizam.Ariff said...

alienpakailipstick,
segala-galanya takdir...

aza ni said...

takut nak komen, graviti tak lepas lagi...hi hi

Nizam.Ariff said...

azani,
kalau tak lepas, jangan fikirkan sangat. Tuhan dah aturkan baik untuk kita. kita terima sajalah.. tak payah nak kaji sangat2...

Wanpetunjuk said...

Assalam...

Wahhhh...luar biasa rasanya baca entry kali ni. Padat dan byk perkara yang boleh difikirkan bersama....

*selamat bekerja bang!

Cikgooden said...

peluang ni ada garviti ke tak nih?..

Nizam.Ariff said...

wan petunjuk,
Kamu juga.. selamat mengembara di dunia atas air..


cikgooden,
ada... peluang tu asyikla jatuh kepada orang yang poketnya berat2...

fuh.. ko lah yang pertama dapat kaitkan 'peluang' dan 'kekuatan graviti' seseorang...

Lady Windsor said...

peluang...aku banyak kali lepas peluang dalam hidup..kali ni aku tak akan lepaskan lagi..

Nizam.Ariff said...

LW,
yesssss..... itulah semangatnya yang dicari-cari...

Lady Windsor said...

ya..aku akan pastikan semua yg ada akan dimanfaatkan..

Nizam.Ariff said...

LW,
whoaaa.... itu azam tahun baru ka?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com