'Arkk... arrkk!' ia cuba menegur aku tapi aku tak pedulikannya.
Sebelum aku ke kelas pagi semalam, aku bersarapan di D'Serambi. Seperti selalu, dan entah kenapa aku payah nak jemu, aku bersarapan nasi goreng 1/2 + mee goreng 1/2 + telur goreng + sambal kerang. Lawannya, teh tarik. Wuih, dah lama aku tak minum teh tarik. Entah kenapa teh tariknya rasa sedap pada pagi itu. Mungkin teh cap masjidnya baru ditukar, new brew, jadi terasa pekatnya. Jangan sembelit, sudahlah.
'Arkkk... arkkk!' ia berteriak lagi dari atas papan tanda jalan perumahan yang tertongok lebih kurang 15 kaki dari meja makan aku. Aku kerling lagi... dan mata-mata kami pun bertentangan.... pandang-memandang.
Dan ia pun turun...
Hmmm.... ada sesuatu yang menarik. Aku dapati ia seolah-olah 'meminta' sedikit makanan dari aku. Sejak bila seekor gagak sudah pandai meminta makanan seperti kucing? Selama ini, kucinglah yang suka cuit-cuit peha aku untuk meminta makan. Aku perlu cari jawapan kepada soalan-soalan ini:
- Adakah si gagak ini sudah pandai mengajuk perlakuan kucing?
- Adakah si gagak ini sedang berevolusi dan bakal menjadi gagak pertama mempelajari cara-cara meminta makanan daripada orang seperti aku?
- Adakah nanti ia akan ajarkan kawan-kawannya metodologi meminta makanan?
Lalu aku campakkan seekor bilis goreng. Ia datang mematuk tanpa segan silu, tanpa ada curiga yang aku mungkin akan tangkapnya dan sembelih dan goreng. Selepas itu, aku nak lihat sejinak mana ia. Aku campakkan seekor bilis lagi, pada kali ini aku campakkan lebih dekat... dan ia terus datang dan mematuknya!
Kemudian, aku nak lihat sejauh mana ia dapat menahan sensasi pedas. Aku tahu, burung 'pembangkai' sepertinya dan seperti burung hering, perutnya mengandungi asid yang kuat untuk mereputkan segala jenis bangkai yang mereka makan. Tapi, adakah ia mampu menahan pedas? Secara hipotesisnya, ia mampu.
Jadi, aku campakkan sebiji kerang yang dimasak sambal. Ia mematuknya dan aku perhatikan paruhnya elok-elok. Manalah tahu tiba-tiba ia mencungap-cungap kepedasan, bolehlah aku jiruskan teh tarik pula. Sungguh ajaib, ia menelannya tanpa ada rasa kisah pun. Malah, ia berbunyi seolah-olah suka!
Aku campakkan sebiji kerang lagi dan ia telan dengan lahap. Dan aku campakkan lagi.. dan lagi...
Kemudian aku lihat sambal kerang aku yang tinggal sedikit. Tak boleh jadi kalau begini. Aku campakkan pula fish cake (nasi goreng itu ada fish cake). Ia tak nak makan! Jadi, aku beranggapan, si gagak ini binatang sepintar Cipan yang apabila dah merasa kerang bertuah fish cake tidak mahu dijamah lagi.
Gagak perlukan kepintaran ini kerana mereka adalah binatang jenis scavenger dan gagak jugalah yang diilhamkan Tuhan untuk mengajar pembunuh pertama bagaimana cara untuk mengkebumikan mangsa bunuhnya.
Kemudian.. kemudian.. .aku lihat ada beberapa orang pelanggan lain memandang aku dengan pandangan yang 'pesal apa budak ni bagi makan gagak?' dan pandangan pekerja restoran yang 'dia ni nak suruh burung-burung gagak lain datang ke?'.
Dan yang paling aku tak tahan ialah pandangan seorang pemuda yang 'dia nak buat Trafalgar Square kat sini ke?'.
Maaf gagak, ujikaji aku setakat ini sahaja
.... esok-esok kalau kamu datang bawak kawan-kawan makanya kamu memang gagak yang pandai mengajuk kucing dan pandai pula menyalurkan ilmu yang kamu pelajari kepada kawan-kawan kamu.
.
15 comments:
ceittt tetiba aku rasa nak makan nasi lemak + sambal kerang + telor mata + teh tarik pulak pagi ni....!
penah dulu masa kecik-kecik ajuk burung gagak.
tp mak kata tak boleeeee. er
ko jgn tak tau.
aku adalah manusia yg rajin bg makan gagak.
aku selalu breakfast dekat satu kedai asam pedas kt bus stand lama kt melaka nih.
aku selalu mkn kat luat drpd dlm kedai sbb nk bg mkn burung.
tokeh kedai pun tak kisah sbb deme pun mmg rajin bg mkn burung.
sesuap aku mkn, aku lempor nasi.
aku mkn.
aku lempor.
merpati selalunya mkn nasi.
tapi gagak dia mintak ayam.
aku layankan je...
.
LW,
nanti bila makan, jangan lupa lempar sikit kerang ke burung gagak hitam ek... cuma jangan dibawak balik gagak tu, tak baik... hahaha
shafiqa,
ye ke?
ada pantang larangnya ek...
TM,
Ooo.. ko dah buat eksperimen
ada kucing tiru gaya gagak pulak tak?
ko ada try depa guna internet tak.?!
kalau setakat depa mendekat jalan melenggangmelenggok kenyit2 mata, dapat makan free, itu masih fitrah eh.!
kalau depa tekan butang2 keyboard, itu berevolusi. sbb la ni org ber'touch' skrin eh, jd tak salah depa tertinggal 1 step.
premonition : burung gagak berblogging.
:)
Gagak makan ayam TM? Makan kaum sendiri eh..
sepa,
hah.. betul gak tu..
tapi kalau gagak tu mintak makanan sambil menari Oppa Gangnam, itu sejenis evolusi gak kan?
alienpakailipstick,
gagak makan ular, makan tikus, makan katak..... semau dia makan.. kakaka
itu namanya pemerhatian dan dalam buat apa2 pon kena ada pemerhatian. kalau takde pemerhatian tak adalah sains, sejarah dan sastera.
semuanya dikupas dalam blog nieh.tahniah ye cik nizam...tinjau2 jugak kok ada gagak yg boleh dimakan. cuma nampak tikus sebesar anak kucing:)
cheryna,
gagak putih boleh dimakan kut... hahaha
tapi aku tak naklah... geli. Banyak lagi burung lain.
lepas ni kat situ berkawan kawan la gagak main kat situ :)
tak ada merpati tak apa ... gagak pun jadilah :P
sha83,
kata orang, kalau tak ada gading bertuah tanduk pun ok pe... hahaha
wah siap buat research lagi tu...eh tp gagak sekarang mmg xberapa nak takut manusia la.ye la kot macam kucing sebab dia pun reti buka tong sampah dah....hebat xhebat...survive..
AishahJ,
Ye ke sampai boleh bukak tong sampah?
Aku tak la pulak pernah nampak.
maknanya, akak lebih pemerhati daripada aku ...
cam sedap je nasi lemak tu..
Tirana,
memang sedap.. tu sebab aku selalu ke situ....
Post a Comment