.
Di bawah langit yang biru, pada pagi ini, aku silangkan tangan di dada.
Melihat bayang-bayang impian tumpah menyimbah tanah,
Melihat asap angan-angan berolak naik ke pucuk pagi.
Aku terfikir....
diantara bumi dan langit, ruangnya kosong
ruangnya sesak dipenuhi asap angan-angan
sedangkan impian mendasari bumi dipijak
pun begitu, aku masih mendongak ke langit biru.
Dan aku terfikir lagi...
kenapa langit biru yang aku pandang
sedangkan aku lihat angan-angan menjadi awan?
harapan....hanya kerana harapan yang dicurahkan oleh langit.
Lagi?
Maaf... tiada lagi.
Aku longgarkan ikatan tangan, berjalan menuju hutan
Berlindung dari terik tanpa batas awan
Berteduh, mencari kekuatan
Buat aku pekik ke seluruh alam... " aku mahu pulang!!! "
Kerana aku telah penat dek lama berpergian...
.
17 comments:
Yes, langit agak biru hari ni...hati terus jadi ceria:)
Tp nak pulang ke mana tu Nizam?
Sha blur pulak kali nieh.
langit biru mungkin akan membawa awan hujan nanti....kita xblh jangka...
Cheryna,
pulang ke asal...
pulang ke pangkal...
pulang ke dalam diri...
pulang ke tanah...
macam-macam pulang.... yang mana satu? biarlah kekal rahsia... hahaha
Aishah,
orang tua-tua kata, kalau garam mencair di dalam pasu garam maknanya hari nak hujan... betul ke?
pergilah pulang....
terguris tak aku komen gini?
hehe.
:p
.
nice entry ;)) aku mahu pulang ...
TM,
aku nak ajak korang sekali...
pulang ke kubur..
amacam, nak? hahaha
Jna,
Jom sama-sama kita pulang...
kerana kita telah penat berpergian
(ayat ke-2 aku nak update entri aku tu.. thanks for the idea.. keh keh keh)
akupun mau pulang.
makan sup tulang.
*tetiba terasa puitis rangkap di atas... hahaha.
sepa,
sup tulang kat stesyen keretapi Ipoh da bomb!
itu destinasi wajib, bila ke Ipoh, kan.?! itu dulu, criter 16tahun lebih. masih ka depa jual.?!
sepa,
soalan yang lebih tepat, masih ada ke keretapi yang singgah kat situ?
hahahaa...
aku hagak2 bek la ko pulang ke pangkal jalan...jangan berangan sket, berangan banyak2..aku hidup dalam berangan..
LW,
pangkal jalan dah kena buldoza..
waghhahaha, kena buldoza la sangat!
LW,
keh keh keh....
mendalam tu...
mendalam tu...
Tirana,
kalau yang faham tu, fahamlah.... hehehe
Post a Comment