Friday, November 9, 2012

Bertongkat dagu...

.

Aku suka duduk dan lihat.
Perangai orang macam-macam. Ada yang biru, hijau, kuning, merah.
Pakaiannya pun macam-macam. Ada yang gelojoh, cepat, lembab, malas.
Sembangnya pun macam-macam. Ada yang suka lihat kiri, kanan dan belakang.
Jarang yang suka sembang di depan.



 
Aku suka duduk dan lihat.
Dan aku duduk begini



Di sini.



Biarlah apa pun yang mereka fikirkan tentang aku.
Yang penting, aku sedang fikirkan tentang mereka.


(banyak yang aku mahu tulis tentang pengalaman di sini tetapi telah pun sedia maklum, inilah sahaja yang aku mampu tulis. Tapi, inti pati yang aku mahu tulis telah aku tulis di atas tu. Telahlah sendiri. Fikirkan maksud aku)




.

11 comments:

wanita mutalib said...

salam :)

aku suka blog begini.
menulisnya dari hati.

juga aku suka begitu.
memerhati perlakuan manusia.
duduk di sudut.
jeling dia jeling sini.

hik hik.

:)

Anonymous said...

kalau la tiang tu mampu menaip dan menjadi blogger, pasti banyak jugak yang mahu diceritakan.

Lady Windsor said...

kat opis aku tiang, kerusi, meja, komputer..mampu bercerita dari mulut ke mulut walaupun cerita di balik dinding, di balik kain etc..

ehh aku kuar topik ke ni?

sepa said...

aku. aku jugak suka duduk dan sekeja-sekajap berdir,
duduk aku, berbongkok ke depan, kepala didongak ke depan,
berdiri aku, menghadap ke sisi, kepala dihadap ke depan...
melihat orang datang pagi, dan pulang petang.!
sekali-sekala, melihat pipit tanah hinggap, mencari makan, dan terbang pergi...
sekali-sekala jugak, merasa deru angin burung walet yang terbang menerjah di belakang kepala, ada ketika di hadapan muka kita...

...dan kadang-kadang aku melihat awan,
mencongak tingginya awan itu,
menganggar tebalnya awan itu,
dan meramal ke mana akan perginya awan itu...
dan apakah awan itu yang nantinya akan menghamburkan butir-butir hujan di tanah berpasir... di sini.!

:)

Jahirah said...

teringat dulu2...kalau org tanya hobi apa?jawapannya ialah melihat tingkah laku manusia....hahaa

tasekM said...

aku cuba buat tangan mcm ko buat tu.
kenapa aku rasa susah eh...?



.

Jna marcello said...

hahhah btul jugak na try buat rasa nk patah jari ;D

aza ni said...

nmmm.jam mana?

Nizam.Ariff said...

wanita mutalib,
panjangnya namaaaaa....



SM,
atauuu....
blogger jadi tiang atau lampu....


LW,
aku suka gak dgr citer dibalik kain... so, apa citernya?


sepa,
mana air coca cola?
bukankle kalau ko termenung, ko kena ada coca cola?



Aishah,
hahahaha.... aku pun keje camtu la...


TM,
aku boleh buat sebab aku dah OKU kut.. huhhu


Jna,
meh sini aku ajarkan.... hehehe


Azani,
aku mmg tak suka pakai jam tangan..
nak tau masa, aku tgk matahari je.
Bagi aku sehari ada 5 masa je... Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya'...
COntoh: Sekarang ni dan Zuhur tapi belum Asar lagi..

cheryna zamrinor said...

Nizam,

Itu sebab orang sekarang tulis buku Keep Calm and Drink Coffee dan sebagainya.

In your case, it is Keep Calm and Duduk dengan Jari dan Tiang.

Anda menulis, dan sebelum menulis anda berfikir. Tapi kalau fikir tak tentu hala nanti tulisan serabut. Ada baiknya cuma bersandar dan lihat...utk dapatkan inspirasi.

Anda manusia, mana boleh hanya berjalan tanpa berhenti. Ada masa lepas lelah utk lihat di keliling juga:)

So, ada masa hanya perlu Keep Calm...sandar dekat tiang:)

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
yup...
kadang2 kita perlu menyerap situasi dan merasainya tanpa perlu ada keinginan untuk memahaminya...

menahan keinginan untuk memahami itulah yang terlalu sukar untuk aku buat... kerana aku manusia biasa, sifatnya ingin tahu memang kuat.

AKu cuba...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com