Thursday, November 15, 2012

Dua budaya yang ditemukan atas titik perjalanan hidup yang di panggil KESAKITAN

.

Wanita muda itu melapikkan meja pembaringan dengan sekeping kertas nipis di sudutnya, kemudian meminta aku meniarap di atas meja pemeriksaan itu. Aku akur kerada dia seorang doktor. Oleh kerana dia berasal dari Iran dan mendapat pemdidikan di USA, perbualan kami dilakukan dalam bahasa bukan ibunda masing-masing. Aneh. Kami menggunakan bahasa pihak ketiga untuk berbual.


Setelah aku meniarap di atas dada yang bidang, wanita Iran yang masih muda itu pun menekan-nekan pangkal leher, kemudian di bahu. Kemudian dia membilang setiap potong ruas tulang belakang aku dan pada setiap satunya dia akan menekan dengan lembut dan berkata kepada aku jika aku terasa sakit, aku patut beritahunya. Aku diam.

Kemudian dia periksa tahap kelurusan tulang belakang aku, mahu melihat jika ada anomali. Dia gunakan jarinya untuk menyentuh pangkal leher aku kemudian dia larikan jarinya itu di sepanjang lurah tulang belakang sehinggalah ke pangkal pinggang. Dia lakukannya dengan lembut sekali...

"err... " terpancul dari mulut aku.

"Yes? Do you feel anything?"
Tanya dia sambil jarinya terus berlari-lari di sepanjang tulang belakang dari pangkal leher ke pangkal pinggang.

"Yes I do"

"Is it pain?"

"No, I feel... something... else " jawabku tersekat-sekat dan perlahan dalam sensasi.




Bagaimana seorang wanita Iran dan seorang lelaki Melayu pan-asian boleh bertemu di dalam sebuah bilik rawatan di SACC Mall sedangkan sebelum ini masing-masing mempunyai jalan hidup dan takdir yang tidak bertaup? Akhirnya, semalam takdir telah pertemukan dua insan yang mempunyai budaya hidup yang berbeza. Mahu sahaja aku buatkan satu cerpen tentang kisah ini... tentang perjalanan hidup dia dan perjalanan hidup aku dan akhirnya perjalanan kami bersilang pada satu titik... titik kehidupan yang digelar KESAKITAN dan HARAPAN.




.

10 comments:

Jna marcello said...

asl Hari ni Na mcm lembap gila..dah 3kali bace entry ni still xfaham.. ;c

Nizam.Ariff said...

Jna,
sebab hari ni memang cuaca lembap, mampu menyebabkan kelopak mata menjadi layu...

lagi pun, entri tu ada tersirat sikit.... hehehe

ckLah @xiiinam said...

Sedang cuba mencari siratan di sebalik cerita. Macam faham....macam tak.


Hehe...


Lawa tak doktor Iran tu Zam?

Nizam.Ariff said...

Cklah,
rupanya macam orang dari hindustani atau pakistani je... namun dia petah berbahasa inggeris... membuatkan aku terpaksa merenung bibirnya untuk membaca setiap gerak bibirnya.. agar aku boleh faham.... hehehe

Granny Hani said...

Akak Faham.

fifie said...

Fie pun tak paham, fie paham kerja perempuan tu dan awak. Tapi maksud kesakitan tu apa.

Lady Windsor said...

Laaa renung bibir dia? Ko baca gerak bibir eh? K la acah je. So apa ko rasa? Pain atau sebaliknya? Aku rasa aku faham...aku ingat ko gi PPUM...

Nizam.Ariff said...

Hani,
Iye?
*Shhh...*


fifie,
kita pesakit, dia doktor.
kita jumpa dia sebab kita sakit.
dan perjumpaan itu atas sebab kesakitan.... tu je... hahaha



LW,
tak.. aku tak tau jalan ke sana
aku cari yg dekat2 je... .hahaha

sepa said...

ko tak angau, kan.?! :P

Nizam.Ariff said...

sepa,
tak atau belum lagi.... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com