Jet dan kapal terbang bergerak lebih laju daripada kereta di lebuh raya tetapi jumlah kemalangannya sangat sedikit (secara relatifnya). Membawa dengan laju tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah ialah apabila tidak boleh / tidak dapat berhenti apabila sepatutnya dia berhenti. Sama ada brek rosak atau gagal menekan brek sampai berlanggar.
Bermacam-macam sistem yang telah dibangunkan untuk membantu pemandu semasa memandu. Yang berkaitan dengan sistem brek dan aplikasi gunaan sistem brek ini ialah Anti-lock Brake System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Traction Control (TC), Electronic Stability Control (ESC) dan mungkin ada beberapa lagi.
Apakah benda-benda ni?
Sistem brek kereta yang paling 'koroi' atau minimum ialah pedal brek yang menekan minyak brek dan tekanan minyak brek tadi akan menolak piston untuk menekan brake pad pada brake drum atau brake disc. Untuk membantu kaki ketika menekan, pengubahsuai tekanan (Brake Master Cylinder, Brake Booster) dipasangkan supaya sedikit tekanan oleh kaki sudah cukup untuk membuatkan tayar berhenti berputar.
Masalah timbul apabila kita tekan brek, kereta seakan-akan mahu berpusing. Bak kata orang, tayar belakang nak potong tayar depan. Ini disebabkan brek kita mencengkam dengan terlalu efisien sehingga melekat! Sudahlah begitu, kuasa cengkaman pada setiap roda adalah tidak sama disebabkan haus. Jadi, sebelah roda dicengkam lekat tapi sebelah lagi masih boleh berputar. Apa lagi, berpusinglah kereta.
Oleh sebab itu, brek tidak sepatutnya mencengkam erat roda. Maka, dibangunkan sistem ABS. Kalau tak silap, sistem ABS ini mula-mula dibangunkan untuk keretapi dan kapal terbang. Dengan sistem ini, brek akan di tekan dan dilepas berulang-ulang kali... walau pun kita tekan sekuat/selama mana pedal brek itu.
Namun aksi tekan-lepas-tekan-lepas ini berlaku terlalu cepat, mungkin pada kadar 5 kali sesaat, jadi kita tak berasa apa-apa kecuali sedikit gegaran pada kaki yang menekan pedal brek. Dan yang lebih penting, ada komputer yang buat aksi ini. Kalau kereta tanpa ABS, buatlah sendiri dengan kaki.... tekan lepas tekan lepas. Akibat aksi tekan-lepas-tekan-lepas ini, roda tidak dicengkam lekat dan masih boleh berputar sedikit-sedikit. Oleh itu, kereta tidak berpusing jika dibrek kecemasan.
Bayangkanlah kalau kita membrek di atas pasir + tar, pasti berpusing kereta itu tetapi dengan sistem ABS ini, kereta mungkin tidak berpusing.
Satu anggapan salah tentang ABS (mungkin wanita - prejudis lagi ... keh keh keh) konon-kononnya dengan ABS, kereta akan berhenti lebih cepat. ITU SALAH! Dengan ABS kereta akan lebih lajak kehadapan!
Secara perbandingan, jika sebuah kereta dengan sistem brek biasa pada 60km/j boleh berhenti pada jarak 50m, kereta dengan ABS pada 60km/j akan berhenti pada jarak 65m! Ini kerana ABS akan membenarkan roda berputar sedikit untuk mengelakkan roda 'melekat'. Tapi kelebihannya ialah kita masih boleh mengelak apa-apa yang dihadapan kerana roda masih berputar WALAU PUN brek ditekan habis ketika itu.
Ada satu masalah lagi. Itu kalau ketika kita membrek. Bagaimana pula kalau kita sedang pecutkan kereta sedangkan roda di atas pasir dan sebelah lagi di atas tar?
Sudah tentu sebelah roda mencengkam manakala sebelah lagi berpusing di atas pasir. Kalau kereta 2-pacuan roda masih boleh diampunkan lagi kerana ada 2 lagi roda belakang yang menghalang dari berpusing. Kalau kereta 4-pacuan roda? kena pula yang jenis berkuasa tinggi atau turbo?
Bukan setakat pasir sahaja. Ketika hujan pun sama. Kalau kita pernah melanggar lopak air, kita pernah terasa kereta terpusing sedikit. Jika langgar lopak yang dalam, kita akan rasa kesan 'drag' apabila tayar dihalang oleh air. Tetapi jika lopak air itu cangkat atau sekadar air yang mengalir, kesannya adalah sebaliknya. Tayar kereta (lebih-lebih lagi jika bunganya sudah haus) akan 'terapung' dan tayar yang tidak mencengkam jalan adalah seperti layang-layang putus talinya. Efek ini digelar 'aqua-panning'.
Jadi, sistem brek dinaik taraf lagi dengan mencampurkan sistem ABS dengan EBD/TC. Sistem EBD/TC pula bertindak apabila roda dikesan berputar pada kadar yang berbeza (bermakna berlaku 'slipping'), maka tindakan tekan-lepas-tekan-lepas tadi diberikan lebih kepada roda yang masih berpusing. Dengan kata lain, kuasa brek diselaraskan mengikut keperluan keadaan. Macam mana sistem tahu tayar 'tergelincir'? Sebab ada sensor yang diletakkan pada roda yang mengira putaran roda sesaat. EBD pada dasarnya adalah untuk mengagihkan kuasa brek diantara tayar depan dan tayar belakang tetapi sistem TC lah yang memastikan roda berputar pada kadar yang sama. Barulah kereta bergerak lurus...
Itu jika di jalan yang lurus. Bagaimana pula kalau kita memecut atau membrek di selekoh, takkan tiba-tiba kereta menjadi lurus?
Itulah sebabnya amat berbahaya jika membrek di selekoh tajam kerana kereta pasti terbabas ke bahu jalan kalau selekoh itu sempit. Ini kerana kuasa membrek diselaraskan agar 'roda berputar pada kadar yang sama'. Bayangkan kalau kaki kanan melangkah 12 inci dan kaki kiri pun 12 inci, secara logiknya, kita akan bergerak lurus ke depan. Samalah juga dengan kereta.
KECUALI jika kereta itu turut mempunyai sistem Electronic Stability Control (ESC). Dengan sistem ini, kereta itu tahu bahawa ia sedang membelok. Macam mana dia tahu? Biasanya sistem ESC ini pasangannya ialah Electric Power Steering (EPS) atau ada juga yang panggil Electric Power-Assist Steering. Pada steering shaft itu ada sensor yang mengesan darjah putaran / piuhan steering. Unit kawalan sistem tersebut akan mengira putaran steering ini dan melaraskan kuasa brek pada roda bahagian radius luar dan radius dalam. Dalam hal ini, membrek atau memecut ketika membelok akan menjadi lebih selamat.
Baiklah. Itu adalah intro kepada entri ini.
Ini apa yang aku syorkan...
Jadi, aku syorkan kepada kerajaan, daripada membuat polisi dan tindakan yang memfokus kepada KELAJUAN kereta sahaja, apa kata turut diberikan perhatian kepada SISTEM BREK kereta juga.
Sepatutnya, sistem brek perlu di standardkan mengikut berat kenderaan dan kuasa enjin. Malah patut dipertingkatkan keupayaan sistem brek itu supaya pemandu dapat menghentikan keretanya pada masa dan jarak yang sepatutnya dia berhenti. Bukannya berhenti setelah berlanggar atau melanggar orang lain.
Sepatutnya juga pihak berkuasa membuat ujian penilaian kemampuan refleksi kaki bakal pemandu. Bakal pemandu yang gagal memberikan reaksi membrek pada masa yang ditetapkan sepatutnya tidak dibenarkan mempunyai lesen sehinggalah dia berjaya baiki masa reaksi (reflection time - reaction time).
.
16 comments:
ini blog ke buku teks?
KOG,
blog+teks = bloeksss...!
hahaha...
ko ambik tau la sikit pasal mekanisma kereta tu.... untuk keselamatan gak...
Terus jadi pandai mekanikal eng. sejak dua tiga hari baca blog Nizam nieh. Memangla panjang...ada yg kena belajar lebih dalam lagi. Tapi sekurang2nya ada informasi yg jd ilmun setiap hari. Terima Kasih tau!:)
cheryna,
bak kata org putih: sharing is caring, kan?
hahaha...
kereta cap thundercat tu guna sistem brek mende....?
.
TM,
sistem brake Bosch dan TRW, bergantung jenis kereta... tapi ECU guna sistem dari Siemen-VDO.
Kekeke... Banyak betul idea ko ni Nizam. Ce ko citer, berapa kali ko dah kena sama dengan AES ni? Nampak gaya ko mmg bengang sgt dgn sistem ni.
LyDS,
setakat ini belum ada kena lagi la...
cuma aku tak berapa nak setuju kalau niatnya untuk menambah pendapatan. kalau niatnya untuk mengelakkan kemalangan, banyak benda lain boleh dibuat...
cuba tanya kat dia orang tu, apa analisis punca kemalangan daripada data kemalangan yang menimbun tu...
adakah kerana membawa laju atau faktor lain... suruh dia org Pareto kan data mereka dan lihat 80% daripada kemalangan itu apakah puncanya...
jangan dia malas nak jawab. jawapan orang malas ialah: sebab faktor manusia / kelalaian manusia.
contoh jawapan orang yang rajin nak cari kebenaran punca kemalangan ialah: letih, lesu kerana memandu lama, mahu cepat sampai ke destinasi, mencilok dari sebelah kiri, tak perasan ada motor dari sebelah kiri, kenderaan bertukar lorong secara tiba-tiba... (semua ni memanglah faktor manusia tetapi lebih nampak puncanya)
kemudian, cuba lihat berapa % yang diakibatkan oleh memandu laju dan gagal membrek?
perempuan lagiiii
info yg bagus..wlaupun na bace 2-3 kali kekekekek perhhh rajin awk eh!!! mengkaji..
Jna,
hahaha... aku sengaja cari masalah dgn pompuan minggu ni... kih kih kih
aku kalau drive tak boleh nak anggar jarak..tahu tahu dah dekat dengan keta depan..ampun la aku nak hidup lama lagi wehh..cemane nak atasinya tu...tulun!
LW,
aku rasa 2 bende kena check:
1. mata
2. brek makan ke tak
LW, itukan fitrah...! bila kita dah meningkat umur, judgement jarak dah mula tak tepat - sebab tu le Michael Schumacher dah tak juara F1. tp, advantage pulak org berumur, judgement ttg heart&feeling lebih mendalam....
eh. Dino, memula aku tak nak baca. sebab : akukan lelaki - aku tau semuanya. tp, aku baca jugak...!
*cara ko tulis nih kan... aku rasa baik ko buat manual eh... simple, dan technical yet senang faham.
dan... satu aku nak bagitau kat ko. aku ada lesen B-full.
apsal kreta depa tak kelaskan lesen : contohnya D1, D2, D-full dan etc...?!
oya, sebab depa nak majukan public transport...!!!
Dino,
Aku ada 3 spek mata, tu pun aku nak kena tambah power lagi...
Sepa,
O yer aku setuju judgement bab feeling tu memang real.
Whoaaa ko ade B-full? Caya la beb!
datuk salim patut baca.bravo
sepa,
aku tak de hasrat nak guna 500cc lagi..
LW,
ko guna 3 sekali... tak payah tambah power..
azani,
kawan sama kerja dulu dah ada kat jkjr... dia org tahu.
skrg cuma pasal politik + polisi je
Post a Comment