.
Salam pagi penghulu segala hari.
Malam tadi, aku bermimpi. Mimpi yang sungguh Sci-Fi sekali.
Aku bermimpi langit terbuka pada satu malam, dan muncul segelung cahaya yang mencari penduduk dunia.
Ia datang semasa kita semua dalam kekalutan dan keterujaan.
Teruja dengan temasya suka demi temasya sukan.
Kalut dengan peperangan demi peperangan.
Dan malam itu, di satu kawasan yang berpadang di sekitar Bukit Cherakah dan S.Alam.
Tiba-tiba langit malam menjadi cerah.
Dari balik awan tebal pula perlahan-lahan muncul satu cahaya yang terang.
Kemudian, perlahan-lahan langit membentuk lubang yang semakin membesar.
Manakala awan-awan pula menyisih ke sisi, membentuk satu gelungan yang berputar di sekitar lohong itu.
Tak lama selepas itu, ada beberapa cahaya terang seperti lampu limpah menyuluh bumi.
Seolah-olah mencari-cari sesuatu yang hilang.
Muncul pula beberapa makhluk terbang seperti obor-obor yang lutsinar dan bermandikan cahaya.
Ia turun dari lohong itu, ia hanyut dengan lembut dan gemalai.
Ia menghampiri dan mencari-cari.
Orang ramai ketakutan.
Ada yang beranikan diri untuk berdiri ditengah-tengah padang untuk mengambil gambar.
Ada yang lupa diri, terus-terusan berpesta di bawah lampu limpah yang berbagai-bagai warna itu, menari.
Yang berkeluarga dan beranak kecil, mereka lari dan menyorok di dalam rumah
Ada juga yang berlari masuk ke hutan dan naik ke gunung atau bukit.
Tidak terkecuali aku.
Aku bersembunyi di celah-celah pokok hutan dan kelapa sawit.
Aku dapat rasakan yang lampu-lampu itu sedang mencari aku.
Entah bagaimana, tetapi aku dapat rasakan yang mereka di atas sana sedang mencari aku...
.
9 comments:
apa ada denganmu...?
:D
.
TM,
Dosa.....
kejap. ko kena suluh, tak?!
sepa,
kena suluh... aku lari2
Ni kisahnya sebab nengok ASTRO 'falling skies'...pastu tertidur...
.
.
.
ish..
Hmm...dah macam entry UFO pulak dah Nizam!!! Tp kalau cahaya yang mencari..mungkin ada baiknya kan?
so mlm ni dyeorg dtg ambekk awk..hahahaha ;D
Ashley,
aku tak tengok cerita falling skies pun...
Cheryna,
semoga begitulah... tapi kalau perkara baik datang mencari, kenapa aku perlu larikan diri? jeng jeng jeng...
Jna,
huh... tak nak tido la malam ni... huhuhu
keh keh..tuduhan tersasar...
Post a Comment