Tuesday, November 20, 2012

Makan malam di Windmill, Shah Alam...

.

Sungguh! Aku tak terniat nak buatkan anda semua keliuran.
Aku cuma nak kongsikan bahawa aku baru tahu yang Restoran Windmill ada di Plaza Masalam, Seksyen 9 S.Alam. Dan dengan jelas mereka tulis di pintu masuk: Semua makanan adalah Halal. Jadi, aku beranikan kocek aku untuk masuk ke restoran itu, maklumlah, dah ada di kejiranan, aku kenalah berkenal-kenalan dengan jiran.

Aku pilih 'dinner set' sebab malas nak fikir. Maklumlah, kali pertama. Terima sahajalah apa yang ditawarkan. Aku bukan reti sangat pun nak pilih bukan-bukan. Nak sebut pun payah. Nak bezakan 'sirloin' dan 'rib eye' steak pun aku tak tau.

Dan juga 'spring chicken' yang aku ingatkan lebih kurang macam 'ayam penyet', dimana 'spring chicken' tu dilembutkan dengan cara ditarik / digantungkan menggunakan spring beberapa ketika sebagaimana 'ayam penyet' di penyekkan sebelum digoreng. Rupa-rupanya bukan...!



Starter... dinner roll dan keju

Salad yang aku pesan lain.. tak termasuk dalam dinner set.

Sup tomato berkrim dengan isi ketam, bukan crabstick tau! perghh... lazatnya

Main Course 1 - steak apa mende ntah tapi daging lembu la. Gravynya sungguh pekat dan sedap

Main course 2 - Kebab ayam dan ikan... rupa-rupanya mereka bagi spaghetti juga

Buat pertama kalinya aku makan di sebuah restoran tanpa tambah sos cili atau tomato.
Satu lagi Main Course untuk Mama ialah Fish & Chips. Juga ada lagi yang aku tak masukkan di sini: salad udang sejuk, ice cream dan kopi yang termasuk dalam 'dinner set' tu.





.

17 comments:

Anonymous said...

sebelah plaza masalam tu ada cendol yang boleh tahan sedap. rojak pun ada. jenis berniaga pakai lori, parking betul2 celah bangunan. aku kalau pergi shah alam, sedaya upaya singgah situ... dengan syarat, hari panas!

Nizam.Ariff said...

SM,
Ooo.. yg kat belakang kedai lampu tu ek? Aku nak cuba juga la nanti...

LydSunshine said...

Plaza masalam? Yey! Boleh pegi. Ni sempena Ariff dpt 5 A kan? Kan? hehehe.

Nizam.Ariff said...

LyDs,
sempena lapar pun ye gak tu... hahaha

Unknown said...

wah..selera...

Anonymous said...

paling suka salad tu

Jna marcello said...

okayyy kebab aym tu serious tergoda..~!! lalalllaal

sepa said...

aku pernah terbaca di menu di suatu restoren di Kuching - 'ayam boxing'.! aku agakla, depa bawak ayam tuh masuk ring, dan tinju2kan yer...!!! hehehe

*nak tanya. yg banyak2 dalam gambo tuh, untuk satu perut ke.?!

fifie said...

Starter tu pun dah mengancammmm. huhu. Bestnya makan makan

Nizam.Ariff said...

izan,
tengah lapar, batu durebus pun jadi selera.... hahaha


KA,
salad tu dia ada letak macam cendawan jeruk... sedap gak ...



Jna,
Kebab ayam tu sedapppp.... tapi sikit sangat... tak puas... hahaha



sepa,
ayam boxing tu ayam yang mati masa berlaga... dia org masak.... hahaha
itu untuk 3 perut...



fifie,
ada lagi starter yg aku tak tunjuk... salad udang! perghh...

Tijah said...

oit keji la. ni mana aku nak cari makan kol 12 nih. huwaa.

Lady Windsor said...

wahh makan kat windmill...nak dekat-dekat dah tu dengan nama windsor haha. salad udang sejuk tu aku suka. kalau pi IKEA aku suka paw lelebih..

Nizam.Ariff said...

Tijah,
ko makan dalam mimpi je la jah..

dah pagi ni. sarapan apa?

Nizam.Ariff said...

LW<
aku pun suka salad udang tu...
yg buat sedap ialah thousand island dia tu jeh aku rasa... hahaha

cheryna zamrinor said...

hmmm...tanpa tambah sos cili dan tomato tu tanda2 yang baik maknanya kan nizam?

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
betul...
kalau tak tambah sos biasanya rasanya dah cukup ngam... tak perlu perasa tambahan...hahaha

hazanis said...

malam-malam tgk makanan memang lapar la jawabnya,.. salam follow. :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com