Kalaulah kerengga juga termasuk dalam kategori semut, maka di dalam foto ini adalah salah satu ratu semut yang bersayap?
Kalau aku mahu memancing, diantara umpan yang lebih 'bersih' dan 'professional' dari segi iltizam untuk memancing puyu atau ikan-ikan sawah yang lain ialah umpan anak kerengga (pupa yang berwarna putih). Kalau dapat yang sudah bersayap adalah lebih baik kerana lebih besar. Untuk memancing ikan sepat pula, telur kerengga boleh digunakan.
Selain daripada kerengga, anak tabuan juga sering menjadi umpan. Tapi saiznya lebih besar dan lebih payah untuk dicari kerana sarang tabuan tanah itu perlu dibakar dan tabuan-tabuannya perlu dihalau atau dibunuh. By default, cacing tanah adalah umpan 'rasmi' dan juga 'resmi' untuk memancing ikan-ikan sawah.
Cacing tanah yang dibuat umpan sebenarnya ada pelbagai jenis. Cacing tanah yang biasa dibuat umpan ialah cacing yang berwarna merah, panjangnya dalam sejengkal dan berukur lilit kepala anak mancis (masih ada yang kenal anak mancis tu apa? Orang zaman sekarang cuma kenal pemetik api sahaja). Umpan cacing ini adalah universal sifatnya, bermakna banyak jenis ikan suka makan cacing.
Kalau tersilap pilih, cacing gelang pula akan digunakan. Aku geli cacing gelang. Cacing gelang bersaiz lebih besar dan warna kulitnya lebih coklat dan kehitaman. Ciri yang membezakan cacing gelang dan cacing tanah pada pengamatan aku ialah cacing tanah lebih lemah gemalai sedangkan cacing gelang lebih pantas dan apabila disentuh ia akan menggeletek atau meletik-letik. Itu yang membuatkan aku geli. Bayangkan, waktu mahu cucuk mata kail ke kepala cacing gelang yang menggeletek tu... ishh!
Ada juga yang memggunakan cacing yang kecil dan hidup di dalam tanah/selut yang berair, saiznya seperti benang dan panjangnya sekitar 2-3 inci. Memang kecil dan aku tak tau nama cacing ini. Mungkin cacing kerawit? Entahlah. Cacing yang ini digunakan untuk mata kail saiz kecil, no 2 atau 3 kut. Biasanya untuk memancing ikan yang bermulut lembut dan kecil seperti Sepat.
Umpan belalang beras atau belalang hijau boleh dikategorikan seperti umpan ratu atau berenga atau pupa semut, kerengga dan tabuan juga. Ianya umpan yang 'bersih'. Cuma nak menangkap belalang itu pula satu seksa. Semasa aku kecil-kecil dahulu, aku berjalan di atas batas-batas sawah sambil kaki aku mengibas-ngibaskan rumput supaya nampak jika ada belalang yang melompat terbang. Menangkap belalang perlu gunakan gaya 'mencekup'.
Selain belalang, katak minyak juga boleh dijadikan umpan. Katak minyak bersaiz sederhana (sebenar ibu jari tangan) adalah sesuai untuk memancing ikan haruan atau toman atau ikan-ikan yang gemar 'menangkap'. Cara terbaik ialah 'gewang' atau casting. Untuk parit atau sungai yang sempit atau banyak tumbuhan rumpair di permukaannya, teknik 'kelo' adalah lebih efektif. Kelo diperbuat daripada batang buluh sepanjang 15-30 kaki dengan hujung yang tirus dan melentur. Ia sama seperti joran pancing biasa cuma saiznya yang lebih besar dan tersangat panjang. Tujuan ia panjang ialah untuk capai tempat yang jauh.
Nanti aku cuba kongsikan umpan-umpan tradisi dan kurang tradisi yang biasa aku / kami gunakan untuk memancing ikan di sekitar tempat aku / kami...
.
11 comments:
Suka makan haruan. Tp bila mintak haruan, org yang memancing pasti cari katak. Haahh...mulalah kembang tekak.
Tp dah jadi lauk, makan jugak:)
Cheryna,
dulu-dulu aku tak sanggup makan haruan sebab bentuknya macam ular je....hahaha
sekarang dah boleh... no problem.
Kalau ikan darat fie makan ikan keli je. hehe
nakk nk lari sikit dari entry ni..
dlu na suka gila ikan keli..tp na dgr cerita cara dyeorg bele ikan keli guna taik lembu na terus x mkn ikan tu..
kembang2 tekak na ;c
fifie,
ikan puyu dan sepat?
sedap kalau digoreng garing tau....
Jna,
Ada betulnya. Tapi tgk siapa yang ternak la...
Abahng aku sendiri pernah pergi ke ladang ternak ikan kelli milik bukan muslim, dia nampak pekerjanya merebus saki-baki/ carcass termasuk perut lembu (babi?) atau bangkai ayam dalam tong drum 200L tu... bila dah siap direbus supaya tak busuk, semuanya dicurahkan ke dalam kolam ikan keli...
jala pun buleh jerr...
.
.
.
semua dapat..
.
.
.
ikan laut, ikan darat..
kikikikikiki
Ash,
hah... nampak sangat main jala je, patutlah jala cepat koyak.
kat parit / sungai yang banyak rumput/ kangkung mana nak dijalanya kak oii...
pernah mancing kat sawah padi semasa pokok padi sekaki tinggi? kalau dijala habislah pokok padi tu tumbang...
hehehe...
.
.
.
.
aku pesen nenggek tepi batas jer.
mancing idak,
jala pun idak.
.
.
.
nengok orang!
Ashley,
hah... dah agak dah... hahaha
satu lagi umpan yg tertinggal, pepatung atau dragonfly tu. hehe...
saya mancing juga dulu, ikut abg dan adik lelaki. kat bendang blkg rumah. guna buluh jer biasanya sbg joran. kalu tk pepatung, kami korek tanah cari cacing. masa kecik, lgsg tk geli.. tp skrg ya ampun, geli yg amat!
Aya,
ada.. aku ada cerita pasal dragonfly kat newer entry...
aku pun dah naik geli pegang cacing.. pehal ntah.. hahaha
Post a Comment