Thursday, January 3, 2013

Kelangsungan Hidup...

.

"Sial...!" gerutu pakci tua.

Suratkhabar berbahasa Inggeris dilemparkan ke meja kopi sebelah. Pakcik tua tak bersekolah tinggi, dia tak reti baca suratkhabar Inggeris malah utusan melayu pun merangkak-rangkak membacanya. Kertas kecil bercatat nombor 4Digit di koyak-koyakkan halus-halus.


Pakcik tua itu teguk kopi O suamnyer cepat-cepat. Ada kerja di kebun peninggalan orang tuanya yang masih belum selepas. Pokok Kelapa yang tumbuh 10 batang perlu dikait buahnya. Hasilnya nanti bolehlah digunakan untuk bayar Yuran PIBG 3 orang anaknya. Ada setandan pisang awak sudah cukup tua dan boleh dihantar kepada Makcik Wok untuk dibuat kerepek pisang. Hasil setandan pisang awak itu tidaklah seberapa tetapi cukuplah untuk membeli gula dan garam. Kalau ada lebih, dia boleh tambah stok ikan gelama masin yang berkurangan. Pening kepala orang tua itu mahu mencari rezeki.


Pakcik tua itu renung dalam-dalam basikal tuanya yang sudah terlalu uzur, sudah berkarat-karat. Khidmat basikal tua itu masih dibutuhkan lagi. Malam nanti pakcik tua perlu ke pondok di hujung kampung. Dia mahu mencuba nasibnya malam nanti, mana tau judinya menjadi dan bolehlah dia belli beras dan tepung. Malam kelmarin dia hilang RM20. Dua tiga malam sebelum itu pula dia hilang RM10. Walau pun dia asyik kalah, dia perlu berusaha mendapatkan duit lebih. Anaknya yang sulung dah masuk tingkatan 5 tahun ini. Banyak buku latihan perlu dibelinya. Anaknya itu juga asyik meminta dibelikan komputer. Katanya, cikgu banyak berikan nota tambahan melalui email sekolah. Kepala pakcik tua bertambah pening memikirkannya.


Itulah yang membuatkan pakcik tua itu termenung panjang ketika merenung basikal tuanya. Hasri memandang pakcik tua itu dari tadi. Dan dia juga tahu apa cerita pakcik tua itu. Mereka sekampung. Rumah mereka berselang 3 buah rumah sahaja.


"Sudah-sudahlah tu, pakcik." tegur Hasri. Tegurannya disambut kerlingan tajam dari pakcik tua.

"Jangan buat perkara-perkara haram tu. Hidup kita bukan setakat di dunia ini sahaja." sambung Hasri memberikan nasihat.


"Kamu bukan ditempat aku. Apa yang kamu tahu tentang hidup, hah? Ustaz Hasri...?!!!" bentak pakcik tua.







.

10 comments:

kucingorengemok said...

pakcik tua tu nama aaron ke?

tasekM said...

kog,
aaron muda.
yg tua nama aeron.


.

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Nizam.Ariff said...

KOG,
Pakcik tua tu anonymous.... dia noname.... dia antisosial gak sikit2...



TM,
Aeron tu nama trademark aku ek... nak taip kena bayar royalty, yakni jiwamu... nanti aku bercangkung kat hujung kaki sambil pakai rambut pelesu panjang..


Azani,
Tak.. tak.... Hasri seorang ustaz yang baik walau caranya kurang berhikmah...

Anonymous said...

banyak berjudi.. camne duit nak lekat kat tangan. ishhh...

Nizam.Ariff said...

cik gee,
dia berjudi sebab kesempitan wang...
high risk, high return...

sepa said...

Assalamualaikum Ustaz Hasri.!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Hah.. .siapa pulak yang bagi salam kat Ustaz Hasri ni? Watak ke-3 nih....

sepa said...

itu pasal la... dan sejak bila pulak Hasri nih, yg bercanda dengan Nita, jadi ostad... hehehe

Nizam.Ariff said...

sepa,
HAsri juga tau taubat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com