Saturday, January 5, 2013

Kita tak perlukan peti sejuk yang besar-besar dan ...

.

Hari Jumaat lepas (semalam, aku dengan sekuat tenaga yang boleh telah memindahkan tong gas dari rumah lama ke rumah baru. Aku dengan hati-hatinya memasangkan 'low pressure valve' dan hos getah yang aku beli sepanjang 2 meter.

Bukan sebarang hos getah tetapi mamat Bangla di kedai 'hardware' telah berikan aku hos gas yang digunakan untuk alat pemotong besi. Ia mampu menampung tekanan sehingga 10 bar, melebihi tanggungan beban tekanan maksima 'low pressure valve' yang hanya 7 bar. Berapa kekuatan 1 bar? Untuk senang nak bayangkan, tekanan 1 bar lebih kurang muka yang kena sedas penampor sulung.

Dan juga, aku dengan takut-takutnya menyambungkan hos getah itu kepada dapur penunu Rubine. Oleh itu, kini Mama boleh memasak menggunakan dapur gas pula. Sejak seminggu lalu Mama terpaksa menggunakan dapur elektromagnet dan 'sauce-pan' Meyer je. 

Dan sebenarnya, aku nak kongsikan satu perkara tentang pengalaman aku ketika ini.

Sudah seminggu kami hidup TANPA TV dan yang pentingnya, TANPA Peti Sejuk!

Bagaimana kami makan malam dan bersarapan pagi? Kami terbayangkan datuk nenek dulu-dulu. Mereka hidup tanpa TV dan Peti Sejuk. Aku pelajari sesuatu yang menarik... bahawa peti sejuk bukanlah segala-galanya untuk menyimpan bahan mentah dan sayur-sayuran. Dan aku dapati banyak makanan tak perlukan peti sejuk untuk menyimpannya. Oleh itu, sebenarnya kami tak perlukan peti sejuk 2 pintu yang besar-besar pun.

Nantilah aku ceritakan lagi.... esok-esok.





.

3 comments:

sepa said...

peti sejuk boleh jugak digunakan sebagai lemari baju... ko beli hanger-baju bebanyak, cangkuk bebanyak... walla, jadila lemari baju.

:D

tasekM said...

alasan la ko tu.
Mama, sila tuntut peti ais besor.
aku sokong dr jauh.




.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
haah.... baju musim sejuk boleh diletakkan kat situ sebab baju jenis tu tahan frost bite...




TM,
Ko jangan nak mengapi-apikan Mama ek... nanti aku beli peti ais macam kat pasar basah tu karang.... sekor lembu boleh masuk tanpa perlu dilapah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com